Bab 13

25.5K 967 10
                                    


Seminggu telah berlalu dari hari perkahwinan mereka. Danial kini telah mengambil alih syarikat papanya sambil menghabiskan pengajian yang tinggal beberapa hari lagi manakala Mia turut menyambung kembali kuliahnya. Lantaran usia perkahwinan mereka baru lagi jadi mereka masih tinggal sebumbung dengan orang tua Danial.

"Kenapa la kamu berdua ambil cuti sikit sangat?," tanya Dato' Hishamuddin. Seminggu je cuti untuk kahwin. Paling tidak pun ambil la seminggu dua lagi ke. Boleh pergi honeymoon sambil merehatkan minda.

"Kuliah Mia dah start papa. Mia ambil short sem. Mia ingat nak cepat-cepat habis belajar," jawab Mia sambil menatang dulang yang berisi minum petang mereka.

"Itukan kolej swasta. Bila-bila masa kamu boleh continue study. Syarikat arwah papa kamu tu pun ada orang uruskan. Kenapa nak tergesa-gesa?"

Damia Husna binti Darus. Sewaktu akad nikah baru dia tahu Mia merupakan anak arwah Darus dan Wardina. Arwah merupakan kawan lamanya. Dah besar dah anak arwah Darus. Dulu dia ingat lagi si kecil Mia yang makan bersama-samanya.

"Mia pun macam Danial pa. Tak sabar nak merasa pengalaman bekerja," jawab Danial bagi pihak Mia. Sebagai suami dia haruslah menyokong isterinya selagi tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang negara.

"Betul tu papa. Mia nak kerja supaya Mia tahu macam mana selok belok uruskan syarikat. Suatu hari nanti Mia boleh berjaya macam papa dan arwah papa Mia," sokong Mia.

"Kamu berdua jangan nak workholic sangat. Mama dah tak sabar nak timang cucu. Bila mama dan papa boleh merasa cucu dari kamu kalau kamu sibuk dengan kerja?," ucap Haslina yang baru menyertai minum petang mereka di halaman rumah.

'Auchh, soalan mama ni. Cepumas betul.' Mia pandang Danial. Danial hanya berdiam diri sambil menghirup teh yang dituangnya. 'Aku la ni kena jawab soalan mama. Tahu la aku yang mengandung bukan kau,' marah Mia. Dalam hati jelah.

"Mia ingat....." Baru je dia nak buka mulut Danial telah memotong percakapannya. Yes, sayang kau Danial. Buat masa ni.

"Kami dah rancang mama nak tangguh pasal anak ni sampai Danial dah habis belajar dan dah stabil dengan syarikat. Lagipun masa Mia belajar panjang lagi. Kan sayang." Danial lantas meletakkan lengannya di atas bahu Mia.

"Betul tu mama, papa. Kami masih muda, takut kami gagal menjadi parent yang terbaik untuk bakal anak kami," tambah Mia lagi. Panggilan 'sayang' daripada Danial tidak dihiraukannya.

"Mama kamu dulu mengandungkan Danial umur 20 tau. Papa umur 25 waktu tu. Elok je kami jaga Danial. Jadi manusia juga." Dia dan Haslina berkahwin atas pilihan keluarga. Alhamdulillah rumah tangganya kekal sampai sekarang lebih-lebih lagi apabila mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Bercinta lepas nikah kan lagi sweet. Pegang tangan tempat awam pun tak haram, dapat pahala lagi.

"Apa kata papa suruh Danisha tu kahwin and produce cucu untuk papa," cadang Danial. Erk, gila apa Danial suruh adik dia tu kahwin. Umur baru 18 tahun. Lagipun Danisha tu baru je further study ke UK. Entah calon suami pun belum ada lagi. Mia tidak pernah bersua muka dengan adik iparnya itu lantaran Danisha tidak dapat pulang ke Malaysia pada hari perkahwinan mereka. Teringat pula Mia perbualan antara Danial dan Danisha seminggu sebelum perkahwinannya berlangsung. Habis dimarahi Danial kerana tidak menunggunya pulang ke Malaysia. Namun setelah Danial berjanji untuk membelikan adiknya beg berjenama barulah kemarahan Danisha turun. Tahu saja Danial bagaimana mahu sejukkan adiknya itu.

"Kamu jangan nak mengarut. Danisha tu mentah lagi bab kahwin-kahwin ni walaupun dia tu dah cukup umur untuk kahwin," sangkal Haslina.

"Ok la. Drop the topic. Nanti gaduh pula pasal anak ni. Papa tak kisah la bila kamu nak ada anak asalkan kamu bahagia. Jangan sampai tua bangka baru nak anak dah la."

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now