"Amacam hidup kau?," tanya Sara sementara menanti lecture business mereka memulakan pelajaran untuk hari itu.
"Macam ni je lah hidup aku. Nothing change," jawab Mia. Hanya status hidupnya yang berubah dari single to married.
"Iye ke, kau ni. Mana tahu dalam hati dah ada bunga-bunga cinta," usik Sara.
"Kejadah bunga-bunga cinta. Tunas bunga pun belum tentu ada," sangkal Mia.
"Takkan tiada apa-apa terjadi sewaktu korang lepas nikah?," soal Sara. Mendalam maknanya.
"Kau tau kan aku kahwin dengan dia bukan sebab cinta. So, hubungan tu tak mungkin terjadi. Cuma....." Mia teringat akan kejadian Danial mencium pipinya. Dua kali pula tu. Tapi, alah cium pipi je kot.
"Cuma??," desak Sara apabila Mia tidak menyambung ayatnya. Ni mesti ada something happend.
"Shuushh, Prof. Aina dah start mengajar." Prof. Aina terkenal dengan ketegasannya. Tiada pelajar pun yang berani buat hal dengan prof tersebut.
"You owe me an explaination," bisik Sara.
Tamat saja kelas Prof. Aina bermakna tamat sudah kuliahnya untuk hari itu.
"So, back to your story. Kau nak cakap apa tadi?"
"Tiada apa pun aku nak cakap. Saja nak buat kau saspen." Mia saja nak lihat kesungguhan Sara mahu mendengar ceritanya itu.
"Mia kau memang tak sayang aku. Kau janji tiada rahsia antara kita," rajuk Sara.
Mia tersenyum. Bersungguh betul Sara nak tahu lifenya dengan Danial. "Rahsia kamar mana boleh bocorkan pada yang single mingle lagi. Tunggu kau kahwin baru aku cerita," gurau Mia.
"Mia!!," jerit Sara kegeraman.
"Okay-okay. Demi kau kesayangan aku, aku story dekat kau. Cuma kau je. Jangan bocorkan. Hakta dekat parent kau pun," putus Mia. Macam besar sangat je rahsia dia tu.
Sara mengangguk. Mia ni buat-buat lupa pula. Dia mana pernah bocorkan rahsia Mia. Cuma rahsia yang pasal Mia tu Cinderella yang Danial cari je lah pernah dia bocor.
"Dia pernah kiss aku...."
"Kiss!!!! Mouth to mouth??!" Jeritan Sara mengundang perhatian dari pelajar-pelajar yang turut berpusu-pusu untuk pulang ke rumah setelah tamat kuliah.
"Susssssshhhh!!! Kau ni agak-agak la nak jerit dekat sini. Kalau kita duduk luar negara takpe la jugak," tegur Mia sambil menutup mulut Sara.
"Aku tak cakap pun kiss dekat situ. Tu lah menyampuk je tahu," marah Mia lalu dia mengalihkan tangannya.
Sara sengih mengakui kesalahannya. "Opss, TERjerit la. Kau punya pasal la. Cakap sekerat-sekerat." Sengaja dia menekan berkata 'ter' menunjukkan yang di betul-betul tidak sengaja.
"Aik, aku pula yang salah." Alih-alih dia pula yang dipersalahkan Sara. Macam-macam la Sara ni.
"Habis tu dia kiss dekat mana?," bisik Sara. Takut ada yang memasang telinga. Nanti ada pula yang salah paham.
"Dia kiss dekat sini." Mia mencium pipi sahabat karibnya itu lalu berlari anak meninggalkan Sara.
"Mia!!!" jerit Sara berserta senyuman.
"Auch!!," jerit Sara lagi apabila terlanggar Mia yang berhenti tanpa signal.
"Kau kenapa?," tanya Sara sambil mengosok hidungnya yang terlanggar badan Mia tadi.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...