Pagi itu celik-celik je mata Mia terus menghantar gambarnya ketika di Penguin Island. Lupa pula dia menghantar clue tersebut semalam.
"Penguin Island??," baca Danial pada papan tanda yang terpapar pada gambar yang dihantar Mia tadi.
Macam dia pernah dengar nama ni. Penguin Island di mana? Melbourne? Gold Coast? Sydney?
Ah dari susah-susah berfikir baik suruh Mr. Google yang searchkan. Dia ni harap je belajar Australia tapi tempat-tempat begitu memang dia tak pernah jelajah.
Bingo.. Perth, Australia. Lalu Danial terus booking tiket terawal ke Perth, Australia.
"Ma, Pa I'm going to Australia," jerit Danial yang mengejutkan seisi rumah itu.
"Buang tabiat apa tiba-tiba nak pergi Australia?," tanya Dato'Hishamuddin. Makin pelik pula perangai anak dia ni. Dulu dia sendiri yang mengatakan bahawa dia takkan menjejakkan kaki ke Australia lagi. Sekarang ni sudah habis pantang Australia ke?
"Danial nak jumpa Mia la pa," jawab Danial berserta senyuman. Tak sabar. Rasa sekarang ini juga dia mahu terbang ke Perth.
"Hah? Mia ada di Australia ke?," tanya Datin Haslina pula. Alhamdulillah ketemu jua menantunya itu.
"Flight pukul berapa? Biar papa hantar," pelawa Hishamuddin.
"A'ah ma. Mia ada di Perth. Boleh juga tu pa. Tengah hari nanti flight Danial."
Perjalanan ke Perth dari Malaysia mengambil masa 8 jam. Bosan juga dia naik flight sorang-sorang. Kalau berteman elok juga. Tidak pun ambil flight malam. Tidur je lagi senang.
'Adik, I'm on my way to met Kak Mia. Dia ada di Perth, Australia. Doakan abang selamat sampai,.'
Danisha membaca chat dari abangnya sepintas lalu disebabkan sekarang dia berada di dalam dewan kuliah.
Danisha tersenyum. Dalam banyak-banyak negara, Australia juga yang menjadi pilihan Kak Mia. Memang terbaiklah.
Selesai menghantar mesej kepada Danisha, dia membuka laptop dan meneliti kerja-kerja yang telah lama dia tinggalkan bagi menghilangkan kebosanannya.
Yeah!!! Sampai jua dia di bumi Australia setelah berbulan lamanya tidak menjejaki kaki ke sini. Ini semua sebab Mia, kalau tak memang tak mungkin dia akan sampai ke sini lagi. Handphonenya dikeluarkan.
'Sayang, boleh bie teka di mana sayang berada?'
'Tekalah..'
'Sayang ada di Perth, Australia kan.'
Finally, berjaya juga Danial teka di mana dia berada. Mia senyum.
'Precisely. Pandai pun.'
'Bie ada dekat Perth dah ni sayang.'
Hah!!! Biar betik Danial ni?? Dibaca mesej Danial berulang-ulang kali. Lantas nombor Danial didailnya.
"Bie, are you serious??," tanya Mia.
"Ia sayang.. Bie dah ada dekat airport ni. Tak nak jemput bie ke? Tak kesian dekat bie yang tercongok sorang-sorang di airport?"
"Bie!!!," jerit Mia. Excited dia. Ingatkan Danial saja-saja bergurau dengannya. Laju betul Danial ni.
"Tunggu situ lagi 1 jam sayang sampai," arah Mia sebelum menamatkan panggilan. Mia lantas pergi menyewa sebuah kereta untuk menjemput Danial di airport.
Cukup sejam Mia sampai di Perth Airport. Nasib baik jalan tak berapa jammed. Sampai je di sana dia mencari bayang Danial. Mana Danial ni?
Mia tersenyum. Dari jauh dia ternampak Danial sedang duduk di kerusi yang disediakan sambil bercakap melalui handphone.
YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...