Sara duduk termenung di hadapan pelaminnya yang sudah siap dihias cantik dengan tema vintage. Sekarang jam sudah menginjak ke angka 3 namun matanya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Lagi 10 jam lagi sebelum dia bergelar isteri kepada Haikal. Lutut dipeluknya lalu kepalanya disandarkan pada lututnya. Sudah berkali-kali diucapkan dalam kepalanya bahawa Haikal jodohnya, Haikal yang terbaik buatnya. Malah kedua-dua orang tuanya turut mengakuinya.
Saat pertama dia bertemu Haikal diulang tayang.
"May I have the dance?," ucap Haikal seraya menunduk sambil menghulurkan tangannya kepada Sara.
Sara yang sedang memandang Mia terkejut dengan huluran tangan Haikal.
Dia ragu-ragu mahu menyambut tetapi melihat Tiara menari membuatkan keinginannya untuk menari turut timbul.
"Sure," balas Sara lalu menyambut huluran tangan dari Haikal.
"Have we met before?," tanya Haikal ketika mereka sedang menari.
"Nope," geleng Sara laju tanpa berfikir. Sudah sah-sah la dia mengenali Haikal kerana mereka satu kolej. Lagipun ada kisah yang tak manis berlaku di antara mereka berdua.
"Emm," angguk Haikal.
"If we had met before I'm sure I will not forget you," sambung Haikal.
Mendengar kata-kata Haikal terus Sara memandang Haikal. Mata mereka bersatu. Terpana.
Tangan Haikal mula ingin membuka topeng mata yang dipakai Sara. Namun tindakannya terbantut apabila tangan dance partnernya ditarik oleh seseorang.
"Sara, jom!!!!!," jerit Mia
Sara terkejut apabila Mia menarik tangannya, membawa dia ke alam realiti dari terus tenggelam dalam renungan Haikal.
Sara terus berlari membuntuti langkah Mia. 10 minit sahaja dia sudah sampai di rumah Mia. Memang pecut habis la. Selesai sahaja urusannya bersama Mia dia pulang ke rumahnya. Topeng muka ditanggalnya lalu badannya disandar pada pintu biliknya. Nafas berat dilepaskan. Nasib baik. Nasib baik Haikal tidak sempat membuka topeng mukanya. Kalau tak...
Kalau tak apa? Dia yakin Haikal tidak mengenalinya. Dia sahaja yang masih mengingati Haikal. Lagi pula Haikal kan hot stuff mesti lah 'orang-orang biasa' seperti dia mengenalinya.
Gelak perlahan tercetus di bibirnya.
"Sara. Sara. Perasannya kau. Memang sah-sah la dia takkan ingat pada gadis biasa-biasa macam kau," ujar Sara pada dirinya sendiri. Kepala diketuknya perlahan.
Sangkanya itu pertemuan dia yang terakhir dengan Haikal namun tidak disangka Haikal sendiri yang datang ke rumahnya. Sesak nafas juga dibuatnya.
"Macam ni cik...."
"Sara," jawab Sara. Salam perkenalan dihulurkan Sara. Berdebar juga sekirannya Haikal mengenalinya.
Riak mukanya dikawal sehabis baik agar Haikal tidak menyedari ketidakselesaannya dengan kedatangannya lebih-lebih lagi ketika Haikal mula berbicara dengannya.
"Ha, cik Sara. Kami semua ni datang sebab nak cari jawapan bagi merungkai masalah kawan saya ni," sambung Haikal seraya menepuk perlahan bahu Danial. Ingatkan Haikal mencarinya rupa-rupanya dia mencari Cinderella yang hilang. See. Dia bukan seseorang untuk diingati.
Sara tersenyum kecil. Kan dah cakap Haikal tidak akan mengenalinya sebagai dance partner dia atau sebagai orang yang pernah dia bertemu mata. Keyakinan Sara untuk berbicara naik mendadak. Dia mula selesa untuk bersoal-jawab dengan mereka.
Namun sangkaannya salah rupa-rupanya. Ketika dia mahu pulang kembali ke rumahnya setelah Danial membawa lari Cinderellanya, Haikal menahannya dari melangkah pergi.
"Tunggu," halang Haikal.
"Kenapa?," tanya Sara hairan. Jantungnya terus berdegup kencang apabila Haikal menahannya.
"We've met each other, right?," tanya Haikal.
"Tak," sangkal Sara. Matanya dilarikan dari memandang Haikal.
"Yes, we had met before and I'm sure I will not forget you," ucap Haikal.
Sara menggeleng.
"Look at me," arah Haikal.
Sara terdiam sebentar sebelum mengangkat wajahnya.
"Sorry, to disappoint you but I don't know you," ucap Sara sambil memandang tajam Haikal. Lalu dia berlalu dari situ. Namun langkahnya terhenti apabila mendengar ayat Haikal yang terakhir.
"Mouth can lies but eyes not."

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...