Bab 16

24.6K 1K 12
                                    

'Tok.. Tok..'

"Masuk," arah Danial.

"What wrong dude? Aku dengar kau bad mood hari ini?," tanya Haikal.

Danial mengeluh. Ketara sangat ke mood dia hari ini?

"Macam berat je. Sebab projek kita ke?"

Danial menggeleng.

"Ni mesti sebab Mia kan?"

Sekali lagi Danial mengeluh apabila nama Mia disebut.

"Kau tahu tak dia cakap dekat aku dia tak jumpa lagi Mr.Right dia. Habis aku ni siapa?," luah Danial. Serious dia terasa dengan kata-kata Mia tempoh hari.

"La sebab tu je ke? Aku ingat hal apa lah yang sampai kau moody semacam." Apalah Danial ni. Dengan Mr.Right pun nak jealous.

"Serious ni beb. Kau tahu kan aku kahwin dengan dia bukan sebab nak dapatkan syarikat ni semata-mata. Seriously I'm deeply in love with her," luah Danial. Semenjak dari kali pertama dia bertentang mata dengan Mia dia sudah jatuh hati setelah bertahun-tahun hatinya tertutup rapat untuk insan bernama wanita. Love at the first sight.

"Yes, I know it. Tapi macam mana pula perasaan Mia? Dia cintakan kau juga ke?," tanya Haikal. Hakikatnya dia tahu hal perkahwinan antara Danial dan Mia. Sudah namanya BFF.

"Auch, mendalamnya soalan kau tu. Kau macam tak tahu. Mia tu langsung tiada hati dekat aku. Siap suruh aku ceraikan dia one day nanti. Gilalah aku nanti." Kebanyakkan perempuan cepat je cair apabila melihat wajahnya itu lebih-lebih lagi mengetahui yang dia anak Dato' Hishamuddin. Berduyun-duyun mahu rapat dengannya. Tapi Mia not one of them. She special. Dia tak pandang pada hartanya, juga pada ketampanannya. That's why I love her so much.

"Beb, kau tak payah nak moody-moody bagai. Baru sedikit Mia ucapkan kau dah bad mood. Lagipun, kau patut gembira dengan kata-kata Mia."

"Kenapa aku nak gembira pula? Bila terfikirkan Mia dengan lelaki lain buat aku marah, menyampah," potong Danial.

"Sebabnya itu bermakna Mia tiada siapa lagi yang bertahkta dihatinya. Dia masih mencari Mr. Rightnya. So, kau ada peluang untuk buat dia cintakan kau. Dah banyak kali aku cakap dengan kau. Goda Mia. Guna ayat-ayat jiwang kau yang dah berkarat tu. Sekarang ni lah masa kau nak tunjukkan cinta kau kepada dia. Kalau kena pada gayanya you'll be her Mr. Right dude," nasihat Haikal. Danial bila masuk bab-bab cinta ni memang low habis. Dulu-dulu mengayat awek pro gila sekarang ni nak ayat isteri sendiri pun tak reti ke. Apa daaaa.

Danial terdiam mendengar kata-kata Haikal. Nasihat Haikal terus meresap ke lubuk hatinya. Bijak sekali kata-kata Haikal. "I'll try. Kau tahu la kan aku dah lama tak jiwang-jiwang ni." Setelah Mira curang kepadanya, dia nekad untuk menutup pintu hatinya serapat-rapatnya. Mana-mana perempuan yang mendekatinya ditolak habis-habisan.

"Tapi, sekarang ni aku tak kira aku nak merajuk juga," putus Danial sambil tersenyum. Serta merta semangatnya naik mendadak. Kita tengok macam mana Mia nak pujuk laki dia ni.

Haikal tergeleng. Nasiblah kau Mia dapat laki macam ni. Pandai-pandai lah kau handle.

"Sara, kau kena tolong aku. Macam mana aku nak pujuk laki aku ni?," tanya Mia setelah dia menceritakan segalanya kepada Sara.

"Sekejap, kasi aku masa untuk berfikir. Yang kau ni pergi cari masalah kenapa? Kau tak nampak ke yang si Danial tu betul-betul sayangkan kau," bebel Sara.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now