"What are you doing here?," jerit Danial lantang apabila melihat Mira duduk di kerusi kerjanya di syarikat.
"Kenapa? Salah ke I duduk atas kerusi you ni?," tanya Mira lalu menyilangkan kakinya yang menyebabkan dress singkat yang dipakainya terangkat menyerlahkan pehanya.
Danial terus berpaling dari memandang Mira. "Siapa yang benarkan kau masuk?"
"Baby I'm really sorry okay. Berilah I peluang kedua. I janji I takkan curang dengan you lagi. I janji I akan berubah," pujuk Mira lantas memeluk Danial dari belakang.
"Ya Allah, Mira kau tak tahu halal haram ke?," jerit Danial lalu merungkaikan pelukkan Mira.
"Tahu," jawab Mira sambil tersenyum menggoda. Dengan senyuman itu lah Danial terpikat padanya. Mungkin kali ini dia boleh memikat Danial menggunakan taktik yang sama.
"Habis tu kalau kau tahu halal haram yang kau pakai baju tak cukup kain, bersentuhan dengan bukan muhrim tu apa hukum dia," tegur Danial. Tegas, padat dan mantap tegurannya.
"You dah kenapa Danial? Tetiba berubah jadi pak ustaz. Dulu elok je you tengok I pakai macam ni. By the way dulu pun kita pernah berpegangan tangan bukan," peril Mira.
"Itu dulu Mira. Dulu aku jahil. Mujur aku masih pandai menjaga adab aku. Alhamdulillah selepas aku berkahwin dengan Mia banyak yang aku pelajari tentang Islam. Semuanya kerana Mia. Jadi sebagai saudara seislam tak salah aku menegur kau bila kau buat salah," nasihat Danial.
"What!!! I'm not done anything wrong. At least I pakai baju kan. Bukan bertelanjang," marah Mira pantang betul ada yang menegur cara pemakaiannya.
"Tak sangka kau dengan duit melimpah-ruah tapi sayangnya miskin dalam berpakaian. Sedangkan orang yang miskin tu pun kaya dengan cara pemakaian," perli Danial apabila nasihatnya langsung tidak berkesan.
"Itu sebabnya mereka tu buta fashion. Tak up to date. You ni nak samakan pula I dengan orang miskin dekat luar tu. Go to hell with them," marah Mira. Kenapa perlu samakan dia yang kaya-raya dengan orang papa-kedana.
'Kita walaupun ada harta berjuta tiada guna juga kalau nak menderma seringgit pun susah. Cuba kita letakkan diri kita di tempat orang yang kurang berkemampuan. Macam mana perasaan kita waktu tu? Asyik fikir di mana nak cari duit. Duit nak beli makan pakai anak-anak, nak bayar segala macam jenis bil lagi. Jadi kita yang berduit ni lah yang boleh ringankan beban mereka. Kita tak minta ganjaran di dunia tapi yang kita mahukan ganjaran di akhirat nanti.' Danial teringat akan pandangan Mia sewaktu mereka menonton cerita Bersamamu. Kata-kata yang membuatkan dia sedar akan erti bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadanya.
"Danial??"
"Danial??," panggil Mira apabila Danial merenung jauh tanpa mempedulikan dia.
"Hah.. Siapa yang buta fesyen? Aku rasa kau tu yang buta fesyen. Sekarang ni macam-macam fesyen muslimah yang up to date. Cantik, menutup aurat. Sejuk mata memandang. Tengok saja pada sepupu kau a.k.a my beloved wife, Mia. Up to date je dengan fesyen-fesyen ni." Sempat lagi Danial memuji Mia sekaligus mengedarkan Mira bahawa dia sudah berpunya.
"Apa kaitan Mia dengan I. Sejak bila you jadi pak ustaz ni. Hey, aku tahu la macam mana nak jaga diri aku sendiri. Dosa pahala aku biar aku la yang tanggung. Lagipun kubur lain-lain kan," tengking Mira. Lantas dia keluar dari pejabat Danial dengan menghentak kaki. Panas hatinya apabila nama Mia terbit dari bibir Danial.
"Mia!!! Mia!! Mia! Tak boleh ke dia sebut nama aku pula. Mira!! Mira!!," bebel Mira sambil berjalan pantas meninggalkan syarikat Danial. Menyesal dia datang. Tak pasal-pasal dapat ceramah free.
"Alamak!! Dah nak maghrib ke? Banyak lagi kerja aku kena settle ni," rungut Danial. Hari ini seharian dia bermesyuarat. Lepas tu ceramah Mira lagi. Sedangkan ada projek yang perlu disiapkan segera. Bagi menjimatkan masa baik dia buat di pejabat saja.
Usai solat maghrib di surau syarikatnya, barulah dia mengeluarkan smartphonenya.
"Yes!! Great timing," jerit Danial.
"Time-time ni lah pulak bateri kong," bebel Danial. Patutlah smartphonenya tak berbunyi apa-apa. Mesti Mia risaukan dia saat ini. Ingin je dia terbang balik rumah sekarang.
Mia menanti malam menjelma penuh debar. Dia harus luahkan pada Danial sebelum Danial dirampas oleh orang lain. Tapi Danial kan dah memang cintakan dia.
"Kenapa dia tak reply mesej aku ni?," tanya Mia perlahan.
"Takpe lah maybe dia busy kot. Dia baca lah tu mesej aku," cakap Mia pada diri sendiri. Dia sudah menghantar mesej supaya Danial pulang awal.
'Tik... Tok.. Tik... Tok.....'
Jam 10 malam Danial masih tak balik-balik lagi. Sudah berpuluh-puluh call yang dia buat. Semuanya masuk voice mailbox.
"Humph!!!!!," keluh Mia. Agaknya makanan yang dimasaknya maghrib tadi semua dah sejuk.
Mia mendail lagi sekali nombor Danial namun seperti panggilan yang sebelumnya, terus ke voice mailbox.
'That it!!!,' marah Mia dalam hati. Buat penat je dia berhias diri untuk malam ini. Tanpa menghiraukan perutnya yang lapar dia terus menuju ke katilnya untuk tidur. Penat menunggu Danial yang tak tahu bila pulangnya.
Danial sampai ke rumahnya tepat pukul 12 malam.
"Mia dah tidur la ni," bisik Danial apabila melihat biliknya sudah gelap-gelita. Rindu pula dia untuk menatap wajah Mia setelah seharian bekerja.
Perlahan-lahan dia membuka pintu rumahnya. Nasib baik lah dia bawa kunci spare.
"Ada apa-apa ke hari ini?," tanya Danial pada dirinya apabila melihat makanan yang terhidang namun sedikit pun tidak berusik di atas meja makan. Mesti Mia tunggu dia. Danial menyimpan semua lauk-pauk yang dimasak Mia ke dalam peti. Takut basi pula nanti. Esok boleh panaskan sahaja.
Kemudian dia menuju ke biliknya untuk beristirehat. Setelah mengecas smartphonenya baru lah dia menghampiri Mia yang sedang lena. Dibukanya lampu tidur di sebelah katil.
Danial tergamam melihat lengan Mia disebalik kain selimut yang terselak. Pelik. Mia tak pernah pun pakai baju yang sleeveless. Lantaran kehairanan menguasi diri, dia menarik gebar yang menutupi badan Mia dengan berhati-hati.
Danial menelan air liurnya apabila melihat Mia memakai baju babydoll yang dihadiahkan oleh Sara. Seksi gila. Mia yang sedang tidur pun dia dah tergoda belum lagi kalau Mia terjaga. Mahu meleleh air liurnya.
Perlahan-lahan Danial membelai rambut ikal Mia. Kemudian dia mendekatkan wajahnya pada Mia lalu mencium dahi Mia. "Sorry sayang," bisik Danial. Kemudian kedua-dua mata Mia diciumnya dengan bisikan kata rindu, lalu turun ke hidungnya dan kedua-dua pipi Mia. "I really really love you," ucap Danial lantas bibir Mia dikucupnya.
Mia tersedar apabila terasa ada sesuatu yang merayap pada wajahnya. Namun dia tidak jadi membuka matanya apabila mendengar suara Danial berbisik.
Dengan lafas bismillah dan diiringi doa, maka malam itu mereka menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Bulan dan bintang menjadi saksi penyatuan mereka. Syaitan bersorak marah atas tindakan mereka kerana segala yang dilakukan mendapat pahala dan rahmat dari Allah SWT. In shaa Allah. Mia ikhlas dan rela atas tindakan Danial kerana itu adalah tanggungjawab yang selama ini dia menidakkan.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomansaCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...