Bab 6

26.8K 1K 21
                                    

Danial asyik memerhatikan gadis bergaun turquoise + pink itu semenjak gadis itu memasuki kawasan rumahnya. Ada sesuatu yang menarik pada gadis itu yang membuatkan dia tertarik.

"Hey, Danial. Long time no see. Apa khabar, dude??," tegur Imran.

Tumpuan Danial terganggu dengan kehadiran kawannya, Imran.

"Alhamdullilah. Kau? Mana geng-geng kita yang lain? Rindu doe," jawab Danial seraya menyalami tangan kawannya itu.

"Aku macam ni lah. Takde yang lebih takde yang kurang. Tu hah geng-geng kita," ujar Imran seraya menunjuk tempat di mana kawan-kawannya berada.

"Jom jumpa mereka," ajak Danial seraya melangkah mendekati kawan-kawannya. Sebelum itu dia sempat melihat sekilas gadis yang mencuri perhatiannya itu. Mak aii, banyak betul perempuan tu makan. Tak heran kiri kanan dah. Harap badan je kecil. Gelak kecil tercetus keluar dari bibirnya.

"Hi, you guys!!! Miss me??," tegur Danial.

"Hey, bro. Makin hensem nampak. Apa rahsia anda??," seloroh Amin.

"Well, naturally handsome," gurau Danial. Wajah Danial yang putih dan mata yang sepet diwarisi dari nenek moyangnya yang merupakan Cina Muslim. Mix katakan, mestilah handsome.

"Apa cerita kau sekarang?," tanya Amirul pula.

"Tiada awek mata biru yang tersangkut dengan kau ke dekat Australia tu?," tanya Haikal merangkap BFFnya.

"Yoo, man. Whats up? Hati aku still pada Malaysia, Kal," jawab Danial seraya memeluk bestfriendnya itu.

"Hati pada awek di Malaysia ke?," gurau Haikal.

"Sort of," jawab Danial menyahut gurauan Haikal.

"By the way, this monday aku dah start class," tambah Danial.

"Dude, kau baru balik dari Australia terus nak attend class??," tanya Imran tidak percaya.

"Well, start class awal habis pun awal la," jawab Danial.

Perbualannya terganggu apabila dia disapa oleh pasangan kembar, Melissa dan Marissa.

"Hai, Danial, anak Dato' Hishamuddin kan?," tanya Marissa.

"Nice to meet you. Saya Malissa dan ini Marissa. We are twins," ucap Melissa memperkenalkan dirinya setelah Danial mengakui bahawa dia ialah anak kepada Dato' Hishamuddin.

"It's my pleasure," ucap Danial.

"Ohhh, he so hot," ucap Marissa sambil berjalan menjauhi Danial dan kawan-kawanya. Sempat Danial menangkap apa yang diucapkan Marissa disebabkan suara Marissa yang lantang.

"Nampaknya ada yang dah tersangkut dengan kau," gurau Amirul.

"Gadis Melayu gitu," tambah Haikal.

Dengan ketampanan wajah Danial dia boleh sahaja memilih mana-mana perempuan yang diinginkannya. Namun begitu, dia tak mahu bercinta buat masa sekarang. Katanya bercinta tu buang masa, last-last putus juga.

"Yelah, kau kan setia pada yang satu je. Tak macam Haikal, si buaya tembaga tu. Cuma yang satu tu je belum diketemui," seloroh Imran diikuti gelak tawa dari kawan-kawannya.

Baru sahaja dia ingin membalas kata-kata Imran dia terdengar alunan muzik berserta beberapa pasangan sedang mula menari.

"Apa lagi.. Guys!! Let's find the partner and let's dance," jerit Amirul.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now