Bab 39

18.7K 680 12
                                    

"Erghh," erang Danial sambil memegang kepalanya. Perasaan mengantuk masih menghantuinya lagi.

Apa yang terjadi ni? Dekat mana dia ni? Dia cuba mengingati apa yang terjadi kepadanya. Keadaan dia yang mamai menyukarkannya untuk mengingati apa yang telah terjadi.

Mula-mula mesej Mia. Lepas tu Hotel Greenleaf. Dan Mira. Mira??

Lantas minda sedarnya berfungsi serta-merta. Dikalih di sebelahnya apabila terasa lengannya berat ditindih. Dilihatnya Mira sedang enak tidur dalam pelukkannya dengan hanya memakai kemeja yang dipakainya semalam. Lalu tanpa berfikir lama dengan pantas dia menolak Mira menjauhinya.

Mira lantas tersedar. "Sayang, kenapa ni? Bad dream ke sayang? You buat I terkejut la," marah Mira dalam nada manja.

"Semalam you memang the best laa. I like it," ucap Mira sambil menenyeh matanya. Mengantuk yang luar biasa dia rasakan sekarang ni. Tapi disabarkan hatinya kerana misinya sudah berjaya. Yang lain cuma tunggu dan lihat sahaja.

"Apa semua ni Mira!!!," jerit Danial lantang.

"You tak ingat ke apa yang terjadi semalam? You saja buat-buat lupa kan. Semalam I sanggup serahkan segala-galanya pada you termasuk body I," terang Mira tanpa berselindung. Diraut wajahnya sengaja diukir kesedihan dan kegedikkan.

"Apa kau merepek ni? Kau jangan nak fitnah aku," tengking Danial. Lalu dicapai segala pakaiannya yang bertaburan di lantai.

"Baju aku," minta Danial. Kasar.

Mira dengan selamba membuka kemeja yang dipakainya. Danial cepat-cepat berpusing membelakangi Mira. Setelah itu dia terus menuju ke bilik mandi untuk menyarungkan kembali pakaiannya.

Dasar perempuan sundal.

Danial meraup wajahnya. Apa yang dah terjadi? Dia yakin dia tidak melakukan apa-apa. Ini semua perangkap Mira.

"Danial. Baby. Sayang. I really miss you. Terima kasih untuk semalam. I really appreciate it," ucap Mira menggoda.

"Kau memang dah lama hidup kan perempuan," marah Danial lalu menghempas pintu bilik hotel tersebut. Lagi lama dia berada di situ lagi tak waras dia rasa.

Mira tersenyum bahagia. Kau sudah jatuh ke tangan aku Danial. Apa yang kau boleh buat sekarang ni? Sudah sampai masanya kau melutut di bawah kaki aku.

Mira memegang perutnya. "Tunggu ya sayang. Biar mama carikan papa untuk sayang," ucap Mira lantas gelak jahat. Usia kandungannya sudah mencecah dua bulan. Mahu dibuang seperti selalu doktor tidak membenarkan kerana risikonya tinggi. Nyawanya boleh melayang. Entah anak siapa lah yang dikandungnya itu. Mungkin Rizal? Mungkin David? Mungkin Anthony? Semuanya mungkin.

Danial terus memandu pulang ke rumahnya. Difikirannya tentu Mia risau akan dirinya yang seharian tidak pulang.

"Sayang?," panggil Danial lantas membuka pintu biliknya. Tiada. Lalu dia turun ke dapur. Kosong.

"Aik? Ke mana Mia pergi?" Lantas dijelajahnya rumah itu. Dia pasti Mia tiada di rumah lantaran keretanya tiada di tempat biasa.

Handphonenya dikeluarkan lalu dihidupkan. Berpuluh-puluh call dan mesej dari Mia.

Dia terus mendail nombor Mia. Lama menanti namun panggilannya tidak berjawab. Dicuba sekali lagi. Tiba-tiba dia mendengar ringtone handphone Mia di ruang tamu. Lantas dicarinya.

"Kenapa Mia tinggalkan handphone dia?," bisik Danial perlahan setelah menjumpai handphone Mia yang tersorok di bawah kusyen sofa.

Dibeleknya handphone Mia. "Ya Allah." Danial terkejut apabila gambarnya dan Mira dalam keadaan yang tidak sepatutnya terpampang pada screen handphone Mia.

'Tak guna punya Mira. Perempuan jalang. Perempuan sundal,' marah Danial dalam hati. Mia! Sayang!

Danial terus mendail nombor Sara dan Azizah. Ditanya samada mereka tahu Mia berada di mana. Namun jawapan yang diberikan amat mengecewakan. Masing-masing tidak mengetahui akan keberadaan Mia.

"Nak call mama nanti apa pula yang mama cakap. Call Isha aje lah."

"Hello adik," ujar Danial apabila panggilannya bersambut.

"Assalamualaikum abang," perli Danisha. Kelam-kabut semacam je abang dia ni. Ada hal apa pula?

"Walaikumusalam. Adik, Kak Mia ada dekat rumah ke?," tanya Danial tidak menghiraukan perlian Danisha.

"Ada..." Lega hati Danial mendengar jawapan Danisha.

"Tapi pagi tadi lah," sambung Danisha. Walang terus hatinya mendengar kata-kata Danisha. Habis tu di mana Mia sekarang?

"Abang ada buat salah ke?," tanya Danisha pelik. Tak pernah-pernah abang dia tanya Kak Mia di mana.

"Kak Mia datang rumah buat apa?," persoalan Danisha dibalas dengan persoalan.

"Kak Mia jumpa mama dan papa untuk minta maaf. Kenapa?"

Minta maaf?

"Itu je ke?," tanya Danial untuk mengetahui lebih lanjut.

"A'ah. Abang, baik abang jujur dengan Isha. Abang ada buat salah apa pada Kak Mia? Dari raut wajah Kak Mia tadi Isha dah tahu dia ada masalah." Mesti Mia tidak oulang ke rumah. Disangka kakak iparnya itu terus menuju ke rumahnya setelah pulang dari sini.

Danial mengeluh. Nak tak nak diceritakan jua kepada adiknya itu apa yang telah terjadi.

Mengucap panjang Danisha mendengar cerita abangnya. Tak sangka sejahat itu bekas teman wanita abangnya. Kesian Kak Mia yang menjadi mangsa.

"Adik jangan beritahu pada mama dan papa. Biar abang selesaikan dulu. Tapi serious abang cakap kami tak buat apa-apa," tegas Danial.

"Iya abang, Isha percayakan abang. Kalau ada news apa-apa dari Kak Mia Isha khabarkan pada abang."

"Terima kasih adik."

Setelah menamatkan panggilan Danial menuju ke bilik tidurnya untuk membersihkan diri.

Bagaimana dia nak menghubungi Mia? Satu-satunya perhubungan yang ada telah dia tinggalkan.

Usai mandi, Danial menunaikan solat sunat. Memanjat keampunan dari sang pencipta. Mungkin dia khilaf selama ini. Lega. Tenang.

"Ya Allah, kau peliharalah isteriku walau di mana pun dia berada."

Setelah itu dia duduk di meja solek dimana isterinya selalu berhias.

"Mia, sayang, di mana? Abang minta maaf sayang," keluh Danial. Setitik air matanya jatuh. Buntu. 'Di mana Mia berada sekarang?' Soalan itu berlegar-legar di kepalanya.

Ditariknya laci meja solek yang menempatkan dokumen-dokumen peribadi mereka. Buka-buka sahaja Danial terpandang akan alat ujian kehamilan.

'Two lines???.'

"Ya Allah!!! Terima kasih. Terima kasih." Dalam berduka Allah SWT masih lagi memberikan dia kegembiraan.

"Mia, sayang, kembalilah pada abang," rengek Danial di hadapan cermin seolah-olah Mia ada di situ.

Dibeleknya lagi laci tersebut. Tiada yang hilang kecuali pasport.

Pasport? Mia ke luar negara ke? Tapi di mana. Dunia ni luas. Di Amerika kah? Korea? Jepun? Apa yang perlu dilakukannya sekarang? Takkan nak pergi jelajah satu-satu negara.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now