Bab 20

22.8K 837 15
                                    

"Ahak, tak sangka kau kerja dekat sini. Kau kerja apa? Tea lady?," perli Mira yang terserempak dengan Mia di Syarikat Air Trio.

"Excuse me? Do I know you?," balas Mia sarkastik lalu dia menjeling Mira dan berlalu dari situ. Buang masa je bertegang urat dengan orang tak cukup akal.

"Abah!!," panggil Mira dengan nada kasar seraya membuka pintu dengan ganas. Geram dia dengan perlakuan Mia tadi.

Daud yang sedang berbincang dengan accountancenya terkejut. Ya Allah nasib baik jantung dia tak luruh. Kalau tetiba jantungnya buat hal tadi, mau dia dah jalan.

"Awak boleh keluar," arah Daud kepada pekerjanya.

"Mira tak pandai nak beri salam ke? Dah acap kali abah tegur tapi langsung tak nak dengar. Apa hajat Mira datang pejabat abah ni? Duit nak shopping tak cukup?," tembak Daud. Sudah banyak kali ditegur sikap Mira tapi langsung tak berkesan macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Apa abah ni, Mira tak cakap pun nak minta duit. Abah ni selalu perli Mira," rajuk Mira. Abah dia ni langsung tak sporting. Apa yang dia buat selalu salah di mata abahnya tapi apa yang Mia buat selalu je diiakan abah.

"Habis tu apa yang kamu nak?," tanya Daud malas melayan rajuk anaknya.

"Mira dah decide nak stay in Malaysia. Jadi Mira nak kerja di syarikat papa ni," jawab Mira. Misi membalas dendam dan merampas Danial kembali bakal bermula. Ini Mira laa. Danial pasti akan tersungkur di kakinya. Cakap berlagak. Choiii.

"Kenapa? Dah puas duduk Australia?," perli Daud lagi sekali.

"Abah ni kalau sehari tak perli Mira tak boleh ke? So, abah benarkan tak?."

"Ini bukan syarikat abah. Ini syarikat arwah papa Mia, pak long kamu."

"So? Sekarang abah kan yang dah take over syarikat ni. Pak long sendiri yang wasiatkan," potong Mira.

"Memang lah pak long kamu wasiatkan dekat abah tapi..."

"Abah memang tak nak Mira tinggal di Malaysia ke? Mira duk Australia tu nak balik jenguk Malaysia pun susah," potong Mira lagi. Sengaja buat cerita sedih padahal dia memang sengaja tak mahu pulang ke Malaysia sebab dia bebas melakukan apa sahaja di Australia itu daripada dia berada di Malaysia.

"Okay fine. Abah letakkan kamu di...."

"Pengarah Kewangan," pintas Mira. Agak kurang ajar la memotong percakapan orang tua lebih-lebih lagi parent kita sendiri.

"Aaaa, okay. Pengarah Kewangan." Niat di hati dia nak letakkan Mira sebagai Pengurus Front Office macam Mia supaya dia dapat belajar selok-belok menguruskan hotel. Lagipun Mira bukannya mengambil kos akaun. Dia merupakan lulusan kulinari. Namun, kalau dia bantah pasti ada je alasan dan rajukkan dari Mira. Silap haribulan anaknya itu merajuk tak nak pulang ke Malaysia buat selama-lamanya.

"Tapi abah nak ingatkan kamu, ni syarikat arwah pak long kamu. Bukan syarikat abah. Kamu jangan nak buat kerja sambil lewa je. Esok kamu dah boleh start bertugas," arah Daud.

"Yes boss," ucap Mira sambil tabik spring.

"Mira balik dulu ye abah." Dia lantas mencium pipi abahnya dan berlalu keluar dengan hati yang girang. Walaupun dia tak tahu langsung pasal uruskan kewangan sekurang-kurangnya jawatan dia lagi tinggi dari jawatan Mia di syarikat itu.

Keluar sahaja dari bilik abahnya, Mira terus mencari kelibat Mia.

"Hoi, betina," panggil Mira dengan kasar.

Mia yang sedang bergelak ketawa dengan rakan sekerjanya tersentak. 'Isyh, perempuan ni tak tahu malu langsung,' marah Mia dalam hati. Semua pekerja yang berada dengannya saling berbisik mengenai kelantangan perempuan yang tidak dikenali itu.

"Meet my cousin, Mira," ucap Mia memperkenalkan sepupunya itu yang sedang berjalan menghampiri mereka. Masing-masing menunjukkan riak terkejut. Kasar gila percakapan sepupu Mia berbeza dengan Mia.

"Engkau dengar sini mulai esok aku akan berkerja di sini. Segala urusan kewangan syarikat aku yang pegang. Itu bermakna aku akan duduk di Malaysia forever. Satu berita yang menggembirakan bukan."

'Oh crap, bosan la aku duduk menghadap muka dia dekat office ni. Kalau perangai cantik yelah gak,' kutuk Mia dalam hati.

"Oh bagus lah, ingatkan kau tak tahu jalan pulang ke negara asal. Tak tahu pula aku kau ada ambil course perakaunan dulu. Dasar anak manja, tak reti nak usaha sendiri," perli Mia selamba.

"Kalau aku anak manja pun apa kau kisah. Kau cemburu? Well, orang mati mak bapak macam tu la," balas Mira dengan senyuman menghina.

"Sekurang-kurangnya orang yang MATI mak bapak ni tahu berdikari sendiri, tak duduk bawah ketiak macam kau. Euu, gross."

Pekerja yang berada bersama-sama Mia hanya memerhatikan sesi perang mulut dari mereka berdua.

Mira mendekati Mia dan bersiap sedia untuk mencekik Mia. "Kau memang....."

"Woo cik, bawak bersabar. Cik boleh dikenakan hukuman cubaan membunuh...."

"Kau siapa??," marah Mira apabila langkahnya dihalang oleh lelaki yang berbadan tegap.

"Saya Amin. Lawyer bagi syarikat ini," ucap Amin memperkenalkan diri.

Mira terus terdiam. 'Sibuk je lawyer ni. Takpe Mia ada lori ada bas, ada hari aku balas,' marah Mira dalam hati. Siap berpantun dua kerat lagi.

Mira kemudian dengan berlagaknya berjalan keluar dari syarikat itu. Don't wanna mess with a lawyer. Nanti tak pasal-pasal dia masuk penjara atas tuduhan mencederakan Mia.

"Thanks Amin," ujar Mia.

"Sepupu kau tu baru keluar dari hospital sakit jiwa ke? Berangin semacam je," tegur Azlin.

"Tak lah, dia dalam bulan mengambang la tu. PMS. Itu yang macam singa. Dah-dah back to work," jawab Mia.

Teruknya PMS sepupu Mia tu. Boleh telingkup syarikat ini dengan angin dia. Better stay away from her.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now