Bab 34

19.1K 726 11
                                    

'Kringggggg.....'

"Hello, assalamualaikum mak cik Fatimah," ucap Mia apabila dia mendapat panggilan dari mak cik Fatimahnya.

"Kenapa ni mak cik?," tanya Mia hairan mendengar tangisan ibu saudaranya itu. Hatinya terus dipagut kebimbangan.

"Ya Allah!!! Inalillahi wa inailaihirajium," ucap Mia setelah Fatimah memberitahu berita yang amat mengejutkannya. Berganda-ganda kesedihannya mendengar berita kematian pak ciknya. Serasanya dia baru sahaja ketemu pak ciknya di pejabat. Masih terngia-ngia perbualan mereka sewaktu dia memohon cuti tadi. Namun kini pak ciknya telah tiada.

"Sayang kenapa?," tanya Danial yang baru memasuki rumahnya setelah menghantar Danisha di rumah keluarganya. Dilihatnya Mia tak henti-henti menangis. Kenapa ni? Risau dia.

"Pak cik..." ucap Mia dalam sendu. Dilupakan dulu masalahnya dengan Danial. Hal pak ciknya lagi utama dari memikirkan masalahnya. Masih banyak lagi masa untuk dia bertanyakan Danial perihal perempuan yang dilihat berduaan dengannya.

"Kenapa dengan pak cik?," tanya Danial sambil mengusap bahu Mia.

"Pak cik dah meninggal," ucap Mia dengan suara tersekat-sekat. Sesungguhnya dia tidak kuat menghadapi kematian orang terdekat dengannya. Kematian kedua-dua orang tuanya sudah memberi impak yang besar kepadanya.

"Inalillahi wa inailaihirajium."

"Cepat sayang bersiap, kita ke rumah pak cik sekarang," arah Danial. Dia membantu menyarungkan tudung buat isterinya dan memimpinnya ke kereta. Tenaga Mia seperti hilang apabila mendengar berita yang amat mengejutkan itu. Lemah lututnya.

"Sayang, jangan macam ni. Dah jangan nangis. Kalau mak cik Fatimah tengok sayang nangis lagi lah dia sedih. Sayang ingat Allah. Selawat banyak-banyak," pujuk Danial seraya menggengam tangan isterinya untuk memberikan kekuatan.

Pujukan Danial terkesan dihatinya. Mia angguk. Dia cuba untuk menghentikan tangisannya dengan berselawat dan berdoa buat arwah pak ciknya. Walaupun tangisannya telah tiada namun sendu tetap jelas kedengaran.

"Sayang okay?," tanya Danial sewaktu mereka sampai di perkarangan rumah pak ciknya.

"Okay," jawab Mia sepatah. Jelas di mata dan hidungnya kemerahan tanda baru lepas menangis.

"Jom," ajak Danial lalu memimpin Mia masuk ke dalam rumah pak ciknya. Sudah ramai tetamu yang hadir bagi menghormati arwah Daud. Arwah Daud merupakan seorang yang peramah dan jujur dalam berniaga. Ramai yang menyenanginya. Jadi tidak hairanlah ramai yang haadir bagi memberikan penghormatan terakhir. Terdapat juga beberapa orang yang Danial kenal lantaran dia pernah berurusan dengan mereka.

"Mak cik," panggil Mia seraya memeluk Fatimah.

"Mia. Mak cik tak sangka, Mia," raung Fatimah lalu mendapatkan anak saudaranya. Namun cuba ditahan raungan dan esakkannya. Suami yang disayangi sepenuh jiwa raganya telah pergi meninggalkan dia. Masih terasa hangatnya pelukan Daud sebelum dia ke kerja pagi itu. Tidak disangka itulah pelukkan terakhir dari sang suami.

Mia memeluk erat mak ciknya itu. Setitis demi setitis air mata yang dikawalnya jatuh ke pipi.

"Danial!!," panggil Mira seraya memeluk Danial. Air mata palsu dikeluarkannya. Lakonan bakal bermula.

Danial terkejut namun tidak menolak pelukkan dari Mira. Tak sanggup kerana Mira baru sahaja kehilangan ayah yang tersayang. Namun dia serba salah antara kasihan dan hukum agama. Wajah Mia dipandangnya. Mia cuma memandang sekilas lalu. Dibiarkan Danial menyelesaikan masalahnya sendiri.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now