Bab 49

19.3K 676 1
                                    

Penerbangan mereka pulang ke Malaysia adalah pada tengah hari itu jadi sempatlah Mia berkemas paginya. Sedih pula rasanya nak tinggalkan Australia. Bila lah dia dapat datang ke sini semula.

Sebelum mereka check in flight, sempat lagi Mia membeli sedikit cenderamata untuk dijadikan ole-ole.

Kali ini Danial tidak kisah mengambil flight pada waktu tengah hari kerana ada yang menemaninya berborak dan bercanda.

"Sayang," panggil Danial. Namun sahutannya tak berjawab lantas dikalih. Laa, tidur dah rupanya isteri dia. Flight baru je gerak 1 jam yang lalu. Cepat betul. Bosan lah dia. Kacau Mia lah. Jealous tengok isteri dia tidur.

Danial mengusap mata Mia, turun ke pipinya dan lama di bibirnya.

"Bie jangan nak buat tak senonoh dalam flight ni," tegur Mia sambil memejam matanya. Lengan Danial diraih bagi menjadikannya sebagai tempat bersandar.

"Kenapa pula tak boleh? Mana ada siapa-siapa yang skodeng. Lagipun kita kan dah kahwin."

Senyap.

"Sayang!!!!," rengek Danial apabila Mia tidak membalas kata-katanya.

"Hemmm."

"Sayang janganlah tidur. Semalam sayang dah tidur awal kan. Jom lah teman bie borak-borak," pujuk Danial manja.

"Hemmm, bie cakap lah sayang dengar," jawab Mia tanpa membuka matanya.

"Okay, kenapa Australia?"

"Hah? Pardon?"

"Bie tanya kenapa sayang pilih Australia?," ucap Danial mengulangi pertanyaannya.

"Sebab Australia dekat di hati bie. Jadi berada di Australia tiadalah sayang rasa bie jauh sangat dengan sayang. Lagipun sayang nak tahu apa yang best sangat pasal Australia sampai Mira tak nak balik Malaysia," jawab Mia.

Satu ciuman di pipi diberikan kepada Mia. Tak terjangka marah-marah Mia pun dia masih memikirkan dirinya.

Mata Mia terus terbuka luas apabila Danial menciumnya. "Bie!!!"

"Okay. Okay. Tak buat dah. Tidur laa balik," arah Danial seraya melentokkan kepala Mia ke bahunya semula.

"So, conclusionnya?"

"Australia memang terbaik. Banyak tempat yang fun. But still Malaysia is the best," jawab Mia.

"Kenapa Malaysia best?"

Mia bermain dengan jari Danial. "Sebab di Malaysia ada mama, papa dan juga sudah tentu bie."

Danial tersenyum berpuas hati dengan jawapan Mia. "Tidurlah sayang," arah Danial. Kesian pula dia menganggu Mia.

Setelah 10 jam berada di dalam pesawat akhirnya mereka sampai jua di Malaysia. Kepulangan mereka disambut oleh Datin Haslina dan Dato' Hishamuddin.

"Mia," panggil Haslina lantas memeluk menantu kesayangannya itu.

"Mama apa khabar?," tanya Mia.

"Alhamdulillah, sihat. Mia macam mana sewaktu duduk di negara orang?"

"Mia pun sama sihat walafiat je di sana. Cuma rindu sangat pada mama dan papa," jawab Mia.

"Mama, maafkan Mia sebab selalu menyusahkan mama," sambung Mia.

"Ish, Mia mana ada susahkan mama. Mama ni kan mak kamu juga. Susah senang kamu terasa juga tempiasnya pada kami."

"Terima kasih mama. Jasa mama tak mungkin Mia dapat balas dengan harta benda," ucap Mia seraya menepis air mata yang terbit.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now