Bab 58

18K 630 5
                                    

"Ajarkan saya pasal cinta."

Terkedu Sara mendengar ayat yang diucapkan Haikal.

"It's not funny," ucap Sara.

"Saya tak buat lawak Cik Sarah Emellia binti Roslan."

Sekali lagi Sara terdiam. Namun tiba-tiba ingatannya kembali kepada memori yang dia cuba untuk lupakan.

Sara buat-buat ketawa. "Memang lawak sekali kata-kata awak. Rasa nak gelak guling-guling dekat atas jalan tar ni. Tahniah saya ucapkan," sindir Sara.

"I've told you. I'm not telling you any joke," balas Haikal.

"Iya?? Tapi saya rasa ia satu lawak. Kenapa ye?"

"Sebab you don't know me," sambung Sara.

"Kita..."

"There no us, Haikal," potong Sara.

"Give me a chance to love you," pinta Haikal.

"I wish you to give me the same long time ago," sangkal Sara.

"Long time ago? Bila?," tanya Haikal hairan. Mereka pernah berjumpa ke sebelum majlis hari jadi Danial? Tak mungkin dia akan melupakan mata yang penuh dengan keanggunan ini.

Sara tergelak dengan pertanyaan Haikal.

"You don't know me but I do. I know everything about you back than."

Semakin hairan Haikal dengan kata-kata Sara.

Melihat wajah Haikal membuatkan dia bertambah kecewa. "Sudah la Haikal. There no chance for us. Sama seperti dulu. Just forget me like I do as you said before."

Makin bercelaru jadinya fikiran Haikal. Apa yang Sara cuba sampaikan? Apa yang pernah dia buat kepada Sara sehingga dia ditolak sebegitu.

"Sara," panggil Haikal.

"Go home," arah Sara lantas berlalu ke dalam rumahnya.

"Sara, tunggu," panggil Haikal.

"Go home and don't find me again," arah Sara lagi lalu dia menekan suis untuk menutup pintu pagar automatiknya.

Haikal meraup rambutnya ke belakang. Kata-kata Sara terulang-tayang di mindanya. Long time ago tu bila? 10 tahun dulu? 5 tahun dulu?

Dia masih setia berdiri di hadapan rumah Sara selama 10 minit. Namun menyedari bahawa Sara tidak akan bertemu dengannya selagi dia tidak dapat merungkai misteri dahulu kala, digagahkan jua kakinya untuk melangkah pergi.

"Haikal pergi mana?," tanya Fareeda sewaktu dia sedang melangkah menuju ke kamar tidurnya.

"Mama tak tidur lagi?," soal Haikal hairan. Jam sudah menginjak ke angka satu pagi.

"Mama risau. Kamu keluar tak beritahu mama atau papa kamu nak kemana."

"Maaf mama. Lain kali Haikal tak buat lagi."

"Hemm, kenapa ni? Ada masalah ke?," tanya Fareeda apabila melihat wajah keruh anak terunanya itu.

"Haikal ok mama."

"Pada mata mama tak ok. Masalah dengan perempuan?," serkap Fareeda.

Haikal mengangguk, mengiyakan kata-kata mamanya.

"Siapa? Sa'adah? Jenny? Mimi?"

"Mama sindir Haikal kan." Sudah berbuih mulut mamanya menasihati dan juga memerlinya yang sering bertukar pasangan. Namun biasalah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

"She different from them," luah Haikal.

"Duduk. Ceritakan pada mama," arah Fareeda.

"Ma, dia satu-satunya perempuan yang reject Haikal."

Tercetus gelak dari mamanya apabila mendengar luahannya. Akhirnya, ada juga perempuan yang berfikiran waras. Biasanya perempuan yang datang melutut, merayu Haikal tanpa perlu Haikal memulakan langkah. Dengan aset yang dia ada membuatkan dia tidak perlu susah-susah untuk mengoda lebih-lebih lagi dengan perempuan materialistik. Sekali petik, sepuluh datang merayu.

"Mama.. Tak patut la mama ni. Sepatutnya mama tolong tenangkan Haikal ini tak ditibai gelak ke Haikal ada la," rajuk Haikal.

"Ok. Ok. Apa yang kamu buat sampai dia reject kamu?," soal Fareeda.

"Mama, dia satu-satunya perempuan yang Haikal betul-betul luahkan rasa cinta. Tapi...."

"Tapi?"

"Dia tolak bulat-bulat perasaan Haikal ni," sambung Haikal.

"Mungkin dia sudah berpunya?"

"Tak ma. 24/7 hours dia berkepit dengan bestfriendnya. Bila masa dia berjumpa dengan pakwenya."

"Then, Haikal tak tanya kenapa dia tolak cinta Haikal?"

"Itu lah masalahnya, mama. She too mysterious."

"Haikal, perempuan ni sekeras-keras kerak nasi. Apabila ditambah air lembut la."

"Mama, Haikal tak faham la dengan orang perempuan ni. Suka berkias-kias. Cakap direct je la baru Haikal faham," adu Haikal. Dia langsung tidak memahami apa makna kata-kata mamanya tadi.

"Haikal, sudah lumrah perempuan lebih suka berkias apabila berbicara. Disebabkan mereka golongan yang lebih mudah terasa dari lelaki jadi bila cakap berkias ni perasaan mereka terjaga. Lagipun ia satu kenyataan bahawa perempuan lagi kreatif bercakap dari lelaki," terang Fareeda.

"Sebab cakap berkias-kias la ramai orang salah sangka," sangkal Haikal mengenai fakta yang mamanya ucapkan tadi.

"Well, it's a fact sayang. Macam mama cakap tadi, sudah lumrah perempuan begitu. Jadi Haikal sebagai lelaki kenalah cuba memahami gaya bahasa si perempuan."

"Okay, back to our topic. Apa yang mama cakap tadi maksudnya mula-mula perempuan ni memang cakap benci tapi jika kena pada caranya lama-lama dia akan jatuh suka juga. Perempuan ni luar je nampak keras tapi dalamnya lembut dan manis seperti marshmallow," sambung Fareeda.

"Jadi, macam mana Haikal nak tackle hati dia?"

Fareeda hanya menjongketkan bahunya bagi menjawab pertanyaan Haikal.

"Maaa...,' rengek Haikal.

"Tips dari mama, perempuan sukakan bunga, coklat, teddy bear, hadiah dan surprise. Tapi tak semua perempuan sukakan apa yang mama cakap tadi."

"Huh? Maksud mama?"

"Good night, Haikal," ucap Fareeda seraya berlalu ke kamar tidurnya.

"Maaa.." rengek Haikal lagi. Mama dia ni sukabuat kepala dia pusing. Tadi cakap perempuan suka bunga, coklat bla bla bla....Lepas tu cakap perempuan tak suka pula. Mana satu ni?      

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now