'Betul ke apa yang aku buat ni?,' soal Mia dalam hati. Dia nekad untuk lari jauh dari Danial. Tak sanggup menghadapi kecurangan Danial yang terang-terangan, lebih-lebih lagi dengan musuh yang tidak dianggapnya, si Mira. Sudahlah syarikatnya sudah ditawan oleh Mira. Kini suaminya pula yang dicuri. Tekadnya dia sudah tidak mahu menjadi insan yang lemah, yang hanya tahu mengeluarkan air mata.
"Panggilan terakhir penerbangan MAS MH027 dari KLIA ke Melbourne, Australia." Mia tersentak. Bila masa mereka ada buat pengumuman?
Mia dengan kelam-kabut berjalan ke arah ruangan laluan penumpang terus ke dalam pesawat.
Selepas memasuki pesawat, Mia meminta bantuan pramugari untuk mencari kedudukan kerusinya. Bersama senyuman mereka menunjukkan Mia tempat duduknya. Mia meletakkan bagasi tangan di ruangan di depan tempat duduk, sebab senang bila dia nak keluar, tak perlu nak mencari-cari beg di ruangan simpanan di atas. Mia mengikuti arahan yang diberikan oleh pramugari itu. Dia memastikan tali keledar di pasang kemas, kerusi ditegakkan, dan barangan elektronik dipadamkan. Well, ini kali pertama dia merasai pengalaman naik kapal terbang. Nak nak dia berseorangan. Takut lah juga sikit.
7 jam kemudian dia sampai di Melbourne. Lenguh badan dia sementelah hanya duduk, makan dan tidur selama 7 jam di dalam kapal terbang. Apabila sudah sampai, Mia terus membuat pemeriksaan imigresen di lapangan terbang Melbourne. Sempat jugalah dia search serba-serbi pasal Melbourne dalam flight tadi. Kalau tak memang dia macam rusa masuk kampung la.
Apabila keluar sahaja daripada lapangan terbang, Mia terus menaiki skybus untuk pergi ke Southern Cross. Di Southern Cross ada banyak pertukaran keretapi. Apabila sampai di Southern Cross dia bertanya di kaunter bas mengenai laluan ke Flinders Street sebab berdasarkan pembacaannya, di sana ada banyak backpacker hostel yang murah-murah. Antaranya YHA, Nomad dan lain-lain. Di sini Mia harus berjimat cermat kerana dia sendiri tidak tahu bila dia mahu pulang kembali ke Malaysia.
Alhamdulillah, sesampainya di sana, YHA backpacker hostel masih ada lagi kekosongan. Apa lagi terus Mia check in. Bayaran yang dikenakan sebanyak 50AUD semalaman. Kalau diconvert kepada duit Malaysia kira-kira RM151. Mia ambil 2 hari sahaja.
Selepas selesai check in, Mia mandi, solat dan rehat sebentar sebelum berjalan-jalan di luar. Ambil angina segar katakan. Udara di luar cukup sejuk, berbeza cuaca di Malaysia.
Dia tidak tahu mahu melancong ke mana sebaik sampai di Melbourne di sebabkan dia tidak membuat perancangan rapi untuk ke Australia. Nasib baik dia terjumpa Melbourne Visitor Centre yang dibuka setiap hari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Perkhidmatan yang disediakan adalah percuma. Lagi lah Mia berpuas hati. Jimat perbelanjaannya.
Sejenak dia teringat akan Danial. Rindu yang menyelit tiba-tiba diusirnya pergi. Cuba menyibukkan dirinya dengan menangkap gambar untuk dijadikan kenangan. Lagipun bukan selalu dia dapat datang ke sini.
Mia memulakan pengembaraannya di Melbourne ke tengah-tengah bandar raya yang sibuk. Nak jimat, Mia hanya mengambil bas shuttle. Bas ini percuma tau. Kau ado? Mia menyusuri Pasar Queen Victoria yang terkenal dengan kesibukkannya. Melihat pelbagai ragam manusia berlainan bangsa membuatkan dia lupa seketika akan hatinya yang walang. Di abadikan keadaan itu menggunakan kamera yang sentiasa dibawanya.
Alang-alang ke negara orang apa salahnya melawati pusat kebudayaan dan muzium di Federation Square. Boleh juga mengenali budaya masyarakat Australia ini. Menjelang senja Mia mencari restoran yang halal di situ. Bukan susah pun nak cari, Mr.Google kan ada search je mana-mana tempat yang murah. Tak pun search je di google maps. Confirm ada lah sekerat dua.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...