Bab 10

26.9K 1.1K 29
                                    

'Tok.. Tok.. Tok...'

"Mia!!!! Kau dah pekak ke?," jerit Marissa yang sedang ralit menonton drama Projek Memikat Suami. Terganggu tumpuannya untuk menghayati drama itu apabila seseorang menekan loceng rumah mereka.

Mia yang sedang memasak tersentak. Dia mengeluh. Jarak antara butang gate rumahnya dengan tempat Marissa menonton televisyen di ruang tamu itu cuma selangkah sahaja itu pun dia yang kena buat. Kang hangus masakan dia ni siapa susah? Tak pasal-pasal harini mereka gigit jari je.

Mia lantas menyarung tudung express yang dia sangkut dikepala kerusi dapur. Alhamdulillah selepas kejadian dia dikurung oleh Melissa dan Marissa lima bulan yang lepas, dia telah mendapat hidayah untuk bertudung. Tidak mahu kejadian yang sama berulang. Lagipun lepas dia bertudung rasa tenang jiwanya.

Mia menutup api dapur dan berlalu menekan butang gate untuk memberikan laluan kepada tetamu yang datang melawat.

"Assalamualaikum."

"Walaikumusalam," jawab Mia lantas membuka pintu.

"Boleh kami masuk?," pinta Haikal apabila Mia hanya berdiri tegak tanpa sebarang tindak balas.

Mia yang tergamam akan kehadiran Danial dan rakan-rakannya tersedar apabila mendengar suara Haikal. Apa hal pulak mamat-mamat ni datang ke rumahnya? Jangan-jangan..........

"Emm, jemputlah masuk," pelawa Mia.

"Mia siapa yang datang?," jerit Marissa.

Panggilan 'Mia' yang didengari Danial menarik perhatiannya. Diakah?? Wajah Mia diteleknya. Cantik, manis sahaja dia bertudung.

"Arghhhhhhh!!!!!," jerit Marissa dengan lebih lantang apabila melihat Danial and the geng. Mana tak menjeritnya kalau mukanya bertempek dengan bedak sejuk dan dia masih memakai pijama. Nampak noo tak mandi lagi sedangkan matahari dah tegak dekat atas kepala.

Jeritan Marissa menyedarkan Danial dari terus menelek anak dara orang. 'Jaga pandangan Danial,' nasihat Danial dalam hati.

"Sorry..," ucap Mia bagi pihak Marissa. Buat malu je anak dara menjerit macam nampak hantu. Jatuh saham.

"Duduk lah dulu. Saya buatkan air," pelawa Mia lantas dia berlalu untuk membuat air.

Setelah dia siap membancuh air, Mia membawanya ke ruang tamu. Dilihatnya Azizah dan evil twins telah berada di situ. Siap bermekap bagai padahal Azizah dan Melissa masih berada di alam mimpi sewaktu Mia sedang memasak tadi.

"Jemputlah minum."

Mendengar pelawaan Mia, Haikal terus menyambar gelas yang berisi air durian belanda itu. Penat dia seharian ke hulu ke hilir menyelesaikan assignmentnya lepas tu bergegas pula ke sini dengan Danial dan yang lain-lain sampaikan air seteguk pun tak sempat dia jamah. Mia kemudian berlalu semula ke dapur sementelah dia bukannya diperlukan di situ walaupun hatinya tertanya-tanya akan kedatangan mereka.

Danial memerhatikan sahaja langkah Mia menuju ke dapur. Mahu dihalang dia bukannya siapa-siapa.

"Mia!!!! Takkan air je. Kuih-muihnya mana?," jerit Azizah dari ruang tamu.

Haikal yang sedang meneguk air dengan rakusnya tersedak dan terbatuk-batuk mendengar suara Azizah yang lantang. 'Ya Allah, nasib baik aku ni sihat wal affiat kalau tak dah lama aku jalan,' ujar Haikal dalam hati. Mujur air yang diminumnya sempat ditelan kalau tak muka Azizah tu sudah lama menjadi mangsa semburannya.

'Isyh, anak dengan mak sama je,' bisik Danial dalam hati sambil menepuk belakang Haikal. Amirul dan Imran hanya menggeleng berserta dengan gelak yang ditahan dari meletus keluar.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now