Bab 8

25.4K 1K 11
                                        

"Dude, asal muka kau macam orang mati bini je ni?," tegur Haikal.

"Betul tu. Nak kata stress belajar, kau baru je sehari masuk kolej ni," ujar Amirul pula lalu duduk bertentangan dengan Danial.

"Nak mati bini macam mana wei kahwin pun tak lagi," keluh Danial.

Sebut pasal kahwin teringat syarat papanya itu. Arghhh, stress!!!!! Disebabkan berfikir pasal kahwin nilah buat dia hilang semangat. Semangat nak belajar yang dulu membara pun boleh hilang.

"Habis tu apa kes kau ni? Serabut semacam je," soal Imran, hairan.

"Huuuuuh, panjang ceritanya," keluh Danial.

"Pendekkan!!!!!," jerit Amirul, Imran dan Haikal serentak.

"Okay..Okay.. Korang tahu kan aku memang nak sangat jawatan papa aku. Nak dijadikan cerita papa aku dah janji akan berikan jawatan tu selepas aku habis pengajian ni."

"Bagus lah tuh, beb," potong Amirul.

"Tapi... Papa aku letak syarat kalau aku nak ambil alih syarikat tu," sambung Danial.

"Biar aku teka syarat dia," potong Haikal pula.

"Apa???," tanya Amirul, Imran dan Danial serentak.

"Ni mesti papa kau paksa kahwin kan," tembak Haikal. Duss, tepat tekaan Haikal.

"Macam mana kau tahu?," tanya Danial hairan.

"Well ni Haikal kan. Pencinta wanita. Tengok dari muka kau tu tak lain tak bukan mesti masalah perempuan."

"Lagipun macam lah kami tak kenal perangai kau tu. Agaknya kalau papa kau tak paksa kahwin sampai bila-bila kau tak kahwin gamaknya," sambung Haikal.

"Betul juga kan. Awek pun dah cabut lari," akui Amirul. Selesai berkata terus dia berasa hairan. Semua diam dan memandangnya. Kemudian baru dia menyedari bahawa di telah terlanjur kata. 'Alamak.'

"Danial, sorry. Aku....."

"Chill beb. Takpe semuanya dah berlalu. Let bygone be bygone." Bahu Amirul ditepuknya. Biarlah itu semua kisah dulu. Sudah malas dia mahu mengungkitnya. Nak marah pun benda dah berlalu. Redha je lah.

"Itulah wei masalahnya. Aku mana ada awek. Sekarang ni aku tak tahu nk cari siapa untuk jadi isteri aku. Aku baru balik dari Australia kot. Papa aku kasi masa 6 bulan je untuk cari calon isteri aku. Nak kenal hati budi lagi," sambung Danial meluahkan kerungsingannya.

"Hah, aku tahu siapa calon isteri kau," ucap Imran seraya memetik jari.

"Siapa??," tanya Amirul, Haikal dan Danial sekali lagi serentak. Cepat betul si Imran ni jumpa calon untuk dia sedangkan dia sendiri buntu.

"Tu," tunjuk Danial.

Serentak mereka berpaling dan ternampak pasangan kembar Melissa dan Marissa sedang tergedik-gedik memandang Danial.

"Twins tu? Calon isteri aku? Oh no no no no," bantah Danial. Kembar itu mahu dijadikan pasangannya? Tidak mungkin!! Gedik semacam je.

"Okay apa kembar tu. Cun, seksi, menggoda, auuuuum," puji Imran. Erk, si kembar yang tergedik-gedik macam ulat bulu tu boleh dikatakan seksi. Imran ni salah telan ubat nampak gayanya.

"Aku rasa kalau kembar tu jadi isteri Danial mahu tak berasap dapur. Hari-hari diajaknya Danial makan dekat luar je," sangkal Amirul. Teringat dia akan kejadian yang berlaku pada semester lepas, sewaktu mereka mengadakan hari usahawan. Nak tunjuk berlagak pandai punya pasal spaghetti bolognese bertukar jadi spaghetti masak kicap gara-gara campur tangan si kembar.

Aku Bukan CinderellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang