Kertas yang ditulis Sara dibaca berulang kali. Haikal mengeluh lagi. Kenapa susah sangat dia mahu mendekati seorang wanita bernama Sara. Pelbagai cara sudah dilakukannya termasuk lah perkara yang dia tidak pernah lakukan pada sesiapa pun. Tidak nampakkah Sara pada keikhlasan hatinya ini.
Even the sweetest chocolate expires. Same goes with your love, sweet talker. - Sara -
Sekali lagi dibacanya ayat yang dikarang Sara. Badannya direbahkan ke atas katil. Ya Allah, sakitnya perasan dia sekarang ni. Ini ke balasan dia kerana banyak mempermainkan hati wanita.
Tiba-tiba kertas yang dipegangnya itu terjatuh ke lantai. Lantas dicapainya kertas itu. Ketika itu dia terpandang akan sebuah kotak yang berada di bawah katil. Ahhh, kotak di mana dia menyimpan segala kenangan zaman sekolah menengahnya. Kotak itu dikeluarkan dari bawah katil.
Di dalam kotak itu terdapat banyak gambar-gambarnya ketika di sekolah menengah dulu. Tergelak dia melihat aksi-aksi yang diabadikan itu. Tangannya terhenti pada sekeping surat yang disimpannya bersama gambar-gambar itu. Lalu surat itu dibukanya.
Satu saat yang berlalu,
Tak kan pernah kembali,
Waktu yang dilewati,
Membuatku tersedar,
Bahawa aku menyukaimu.
P/S Saya suka awak, Abang Haikal. - Emellia, 4 SS -
Haikal tersenyum membaca surat cinta yang ditujukan kepadanya itu. Emellia? Entah bila dan dari siapa dia menerima surat itu. Lupa sudah.
'Ehh, tapi tulisan ni macam aku kenal,' getus Haikal lantas dia mencapai kertas yang ditulis tangan oleh Sara.
"Impossible," ucap Haikal. 99% tulisan pada surat cinta itu sama seperti tulisan Sara.
Haikal lalu mengeluarkan segala majalah sekolahnya. Satu persatu dibeleknya.
"Emellia."
"Emellia."
"Emellia."
"Ahak, jumpa," jerit Haikal.
"Emellia. 4 SS. Barisan atas. 5 dari kanan," sebut Haikal seraya matanya mencari gambar Emellia.
"Nonsense," ucap Haikal.
Ditenung lama gambar Emellia itu. Ada persamaan pada wajah mereka.
"Sarah Emellia," ucap Haikal seraya meraup rambutnya kebelakang.
Apa yang sudah dia buat pada masa dulu? Apa yang dia jawab terhadap luahan Sara? Patutlah Sara pernah mengatakan bahawa Sara mengenalinya. Long time ago. Baru dia faham akan kata-kata Sara.
Tak boleh jadi ni. Dia harus bertanya pada Imran atau Danial. Mereka bertiga merupakan sahabat dari sekolah menengah lagi.
"Kenapa kau tiba-tiba ajak berkumpul ni?," tanya Imran seraya menarik kerusi yang bersebelahan dengan Danial.
"Aku ada masalah," ucap Haikal.
"Masalah Sara?," tanya Amirul yang sudah mengetahui akan masalah kritikal yang dihadapi oleh Haikal.
"Tapi bukan tadi dia dah boleh terima kau ke?," soal Amirul lagi apabila Haikal mengiyakan pertanyaannya.
Haikal menggeleng lemah.
"Aku dah tahu kenapa Sara tak boleh terima aku," luah Haikal.
"Kenapa?," tanya Amirul.
"Dia sekolah sama dengan kita," ucap Haikal.
"Sekolah apa? SM Sains Selangor?," soal Imran terkejut dengan kenyataan Haikal.
Haikal mengangguk, mengiyakan tekaan Imran.
"Terbaik," ucap Amirul.
"Jadi apa masalahnya. Lagi bagus korang pernah satu sekolah," ujar Amirul.
"Bagus kalau aku tak buat kesalahan pada dia," ucap Haikal sayu.
"Kenapa? Kau ada buat salah dengan Sara time sekolah menengah dulu ke," tanya Amirul.
"Itu lah masalahnya."
"Apa masalahnya?," tanya Danial. Dari tadi lagi dia menanti Haikal meluahkan masalahnya. Tapi tak keluar-keluar juga.
"Masalahnya aku tak ingat langsung pasal dia."
"Laaa, tu je masalah kau? Tak nampak masalah pun. Normal la kau tak kenal dia. Aku pun tak tahu dia satu sekolah dengan kita," ujar Danial.
"Masalahnya dia ada beri aku surat cinta."
"Surat cinta!!!!," jerit Danial, Amirul dan Imran serentak.
"Habis tu kenapa sekarang ni dia macam nak lari jauh dari kau?," tanya Amirul hairan.
"Macam yang aku cakap tadi la. Aku lupa. Serious aku cakap aku lupa pasal kejadian surat cinta tu."
"Habis tu apa kau balas pada Sara dulu?," tanya Amirul lagi.
"Ya Allah, dah namanya lupa Amirul oii. Mana la si Haikal nak ingat apa jawapan dia pada luahan Sara," perli Imran.
'Ek, Haikal ada cakap lupa ke tadi?,' soal Amirul dalam hati seraya menggaru dagunya.
"Korang ada ingat tak kejadian aku terima surat cinta pada sesiapa?," tanya Haikal kepada Imran dan Danial.
"Hemmm, biar aku fikir dulu," jawab Imran.
"Aku rasa aku ada balas sesuatu yang teruk sehingga membuatkan dia terus menjauhi aku," luah Haikal.
"Kejadian tu dah lama berlaku. Tak mungkin aku ingat punya. Lain la kalau kejadian buat jahat dulu-dulu tu ingat la," ucap Danial.
"Lagipun dulu mana kita kenal Sara," sokong Imran.
Mendengar jawapan Dannial dan Imran membuatkan Haikal mengeluh panjang.
"Apa yang aku kena buat ni?"
"Memang cinta sungguh ni," ujar Amirul.
"Iyalah wei, kali ni memang aku serius. Aku cuma nak setia pada dia," azam Haikal.
"Nak tak nak kau kena juga paksa Sara untuk ceritakan apa kejadian yang berlaku tu. Selagi kau tak minta maaf secara betul-betul selagi tu hubungan korang tak kan gerak ke mana-mana," nasihat Imran.
"Aku risau dia tak boleh terima aku atas apa yang aku dah buat dulu."
"Dia cintakan kau," ucap Danial.
"Pernah. Dia pernah cintakan aku," ucap Haikal membetulkan kenyataan Danial.
"Oke. Pernah. Jadi buat dia jatuh cinta kembali pada kau," cadang Danial.
"Betul tu," sokong Amirul.
"Sokong," ujar Imran.
"So, korang kena tolong aku untuk dapatkan cinta hati aku tu," pinta Haikal.
"Anything for you bro," ucap Amirul.
YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...