Bab 21

22.4K 910 7
                                    

"Sayang dah balik," tegur Danial apabila mendengar bunyi pintu rumah dibuka.

"Awalnya awak balik." Mia menghampiri Danial dan menyalaminya kemudian Danial mencium dahinya. Rutin yang telah biasa diamalkan setelah diugut Danial.

"Tak banyak kerja di pejabat. Sayang nampak penat. Banyak kerja ke?," tanya Danial prihatin.

"Kerja macam biasa je. Cuma hari ini ada manusia baru keluar hospital sakit jiwa ajak bergaduh mulut," terang Mia.

"Ya Allah. Macam mana dia boleh keluar dari hospital sakit jiwa? Sayang pergilah mandi dulu. Saya dah masakkan untuk kita," arah Danial.

'Waw, Danial masak. Ni yang tak sabar nak rasa. Macam dia tahu-tahu je aku tengah penat,' getus Mia dalam hati.

"Makan dulu boleh?," pinta Mia. Matanya dikerdipkan berkali-kali bagi meminta simpati dari Danial.

"Nope. Mandi dulu," tolak Danial.

"Please," pujuk Mia.

"Tak elok la sayang lepas makan terus mandi. Nanti perut buncit," nasihat Danial.

"Yess boss," jawab Mia lalu menuju ke bilik mereka dan mandi. Tenang hatinya bila air sejuk menyentuh kulit. Hilang seketika beban dia lebih-lebih lagi apabila memikirkan masalah yang bakal dihadapi apabila Mira bekerja sebumbung dengannya nanti.

"Duduk lah," pelawa Danial sambil menuangkan teh ais ke dalam cawan.

"Terima kasih awak," ucap Mia terharu. 'Nasi goreng pattaya dengan ayam paprik. Not bad,' bisik Mia.

Danial senyum membalas kata-kata Mia. Apa salahnya dia sekali-sekala masak untuk santapan mereka.

"Tak sangka pula awak pandai masak."

"Sikit-sikit tu boleh la. Dah terbiasa masak waktu dekat Australia."

Danial membacakan doa makan dan mereka mula makan dalam suasana aman.

"What happened today?," tanya Danial memecah kesunyian.

"Oo, Mira datang dekat pejabat tadi. Lepas tu kami perang mulut sikit," jawab Mia sambil tekun menyuap nasi goreng yang di masak Danial.

"La dia ke manusia yang baru keluar rumah sakit jiwa tu. Memang padan la. Bila dia nak balik Australia semula?."

'Danial ni macam takde perasaan ala-ala terkejut pun bila dia sentuh pasal Mira. Takkan sedikit sisa-sisa perasaan cinta pun tiada.' Mia pandang Danial sekilas. Oh yalah, hari itu kan Danial sudah jelaskan padanya bahawa tiada Mira lagi dalam hatinya. Kemudian dia menguis nasi di dalam pinggannya.

"She'll be staying in Malaysia forever." Mia sekali lagi memandang Danial. Jelas dari raut wajah Danial bahawa dia terkejut dengan berita yang disampaikan Mia.

"Memang baru keluar hospital sakit jiwa betul. Dulu di agung-agungkan sangat Australia tu. Sampai tak nak balik Malaysia. Sekarang ni entah mimpi apa pula tetiba nak tinggal di Malaysia." Danial turut membalas pandangan Mia.

"Mulai esok Mira akan bekerja sebumbung dengan saya," luah Mia lalu dia mengeluh. Dia bukan takutkan Mira. Tapi hari-hari mendengar perlian dan penghinaan dari Mira membuatkan dia penat. Kalau telinga boleh cabut, dah lama dia cabut dari mendengar suara Mira.

"Great news," perli Danial lalu tersenyum mendengar keluhan Mia.

"By the way, apa sejarah korang sampai boleh gaduh-gaduh ni?," tanya Danial. Kata sepupu, takkan tak sebulu.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now