Bab 59

19K 671 6
                                        

"Aaaa, sejuk!!," jerit Haikal apabila terasa ada benda sejuk hinggap di pipinya. Serta-merta dia terduduk tegak.

"Kau kenapa Haikal? Dari jauh lagi aku boleh nampak aura murung kau," tanya Amirul seraya menyerahkan air tin yang dibelinya tadi kepada Haikal.

"Humphhhh." Satu keluhan panjang dilepaskan Haikal. Tangannya lantas membuka penutup minuman dan seteguk air diminumnya.

"Hari ini kau tak pergi menepek pula dengan si Sara?," tanya Amirul lagi. Selalunya pantang ada masa free terus Haikal lesap pergi mengayat si Sara. Hairan. Tak pernah Haikal mengayat perempuan. Biasanya perempuan yang mengayat si Haikal ada lah. Ni bila dah terbalik ni maknanya ada something wrong somewhere dalam hati si Haikal ni.

"Humphhhhh." Sekali lagi keluhan panjang dilepaskan Haikal apabila mendengar pertanyaan Amirul. Kepalanya dibaringkan semula ke atas meja.

"La, dah kenapa pula ni. Ce cite. Ce cite."

"Mana tahu aku boleh jadi sumber jawapan bagi masalah kau," pujuk Amirul.

Haikal menegakkan kembali badannya.

"Hmmm, ceritanya begini. Macam mana nak tackle perempuan wei?," tanya Haikal.

Lahaiii, ingatkan nak bercerita. Rupanya soalan yang keluar. Tergeleng Amirul dibuatnya. Nasib baik sahabat sejati. Sabar je lah dengan perangai Haikal ni.

"Kau memang bertanya dengan orang yang betul. Aku doktor pakar cinta akan menyelesaikan masalah kau. Jangan risau," ujar Amirul seraya bingkas bangun.

"Jom, ikot aku," arah Amirul.

Haikal menurut sahaja arahan Amirul bagai lembu dicucuk hidung.

"Langkah pertama, kau berikan Sara bunga dan kita tengok reaksi dia," cadang Amirul.

"Biasanya perempuan ni suka bunga mawar. Ada je perempuan yang suka bunga lain. Tapi bunga mawar ni memang tak kan ada yang tolak la," terang Amirul.

"Setiap warna bunga mawar ni pula ada maksudnya. Mawar kuning ni sebagai tanda persahabatan. Mawar merah pula bermakna cinta, penghormatan atau keikhlasan untuk bercinta. Manakala mawar putih pula bermaksud cinta sejati dan menggambarkan kau ambil berat pada seseorang tu. Bukan tu je, mawar putih ni juga menunjukkan niat ikhlas kau dalam sesuatu hubungan. Last sekali, mawar merah jambu. Mawar warna ni biasanya diberikan oleh secret admire sebagai tanda cinta dia suka akan seseorang tu secara rahsia. Selain itu, mawar warna merah jambu ni memberi maksud cinta pertama," terang Amirul seraya menunjukkan satu-satu mawar yang berlainan warna yang ada di kedai bunga itu. Penjual bunga di kedai itu tercengang mendengar penerangan Amirul mengenai bunga mawar itu.

"Jadi kau nak warna apa?"

"Merah," pilih Haikal seraya mengambil sekuntum bunga mawar.

"Sekuntum mawar bermakna cinta pandang pertama atau kau yang satu," ucap Amirul.

Mendengar kata-kata Amirul, Haikal mengambil lagi sekuntum mawar merah.

"Dua kuntum mawar bermaksud saling menyayangi antara satu sama lain."

Sekuntum lagi diambil Haikal.

"Tiga kuntum mawar bermakna 'Aku Cinta Padamu'," terang Amirul lalu mengenyit mata kepada penjual bunga yang ternganga mendengar kata-kata Amirul.

"Amirul. Doktor pakar cinta," ujar Amirul kepada penjual bunga sewaktu Haikal membayar harga bunga yang dibelinya. Segaris senyuman diberikan kepada penjual itu.

Setelah membeli tiga kuntum mawar merah dan dibalut cantik, Haikal terus menyuruh kawan sekelas Sara, Erna menyerahkan bunga itu kepada Sara yang sedang sibuk menyalin nota manakala dia pula menyorok di belakang dinding.

Aku Bukan CinderellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang