Bab 54

20.8K 714 0
                                    

"How our baby today?," tanya Danial sambil mengusap perut Mia yang sudah membesar.

"They are fine," jawab Mia dengan senyuman manis.

"They?," tanya Danial hairan. Kenapa they? Jangan-jangan....

"Yup.. We will gonna have twin baby," ucap Mia.

"Sayang jangan bergurau."

"Ya Allah nak bergurau apanya bie. Memang dah sah-sah sayang mengandungkan kembar. Pagi tadi sayang cek di klinik dengan mama," akui Mia.

"Like seriously!! I'm gonna have two babies," jerit Danial kegembiraan. Padanlah dia lihat perut Mia besar sangat. Ada dua rupanya. Ini mesti ikut genetik dari keluarga mama yang ada salasilah kembar.

Mia ketawa kelucuan.

"So, sayang dah tak boleh buat kerja pejabat. Serahkan pada Amin dan Azlin untuk menguruskannya. Mulai sekarang sayang duduk rumah je," arah Danial.

Azlin sudah dinaikkan pangkat menjadi pengurus syarikat atau lebih tepat lagi sebagai penggantinya bila dia sibuk atau keluar negeri. Manakala Amin pula masih kekal sebagai peguam syarikat cuma kerja dia makin bertambah la lebih-lebih lagi dengan syarikat yang sedang diperbaharui sistemnya.

"Bie!! Sayang baru je 5 bulan. Awal lagi la. Lagipun syarikat tu baru je nak pulih," sangkal Mia. Alhamdulillah, syarikat Air Trio sedang meningkat naik. Dengan ciptaan perabot baru mengikut perkembangan semasa dan juga tenaga-tenaga mahir. Bersyukur dia apabila pekerja yang sudah berhenti dulu sanggup kembali bekerja dengannya semula. Kini syarikatnya itu bukan berada di ambang kejatuhan lagi.

"Yelah. Yelah. Bie gurau je. Yang penting sayang kena jaga diri dan yang dekat dalam ni okay," ucap Danial lalu memeluk Mia dari belakang.

"Yes boss!!," jerit Mia dekat di telinga Danial.

"Mia!!"

Mia tergelak dengan amarah Danial. "Oh sebelum itu ni Amin ada jemput kita ke majlisnya."

"Bila? Majlis apa sayang?," tanya Danial. Dagunya diletakkan di atas bahu Mia.

"Sabtu minggu hadapan. Aii, bie lupa dah ke? Amin kan bakal berkahwin dengan Azlin." Dalam diam rupanya ada rasa yang berputik di hati mereka. Tidak pula Mia perasan selama ini. Pandai ya mereka sorok daripada big boss mereka.

"Ya Allah. Lupa pula bie. Itulah asyik sibuk berkepit dengan Haikal je dua hari ni." Akhirnya Haikal dan Sara memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan. Danial la yang jadi mangsa menemani dia mencari barang-barang perkahwinan manakala Mia pula menemani Sara ke spa dan sebagainya. Orang dah berpengalaman dengan nikah la katakan.

"Aii, bie muda-muda lagi dah lupa. Ke bie dah nak tua ni?," gurau Mia.

"Amboi!! Sedapnya dia kata kita tua." Pinggang Mia di geleteknya.

"Bie!! Geli!!," jerit Mia.

"Amboi!! Seronoknya Abang dengan Kak Mia bergurau senda. Kami yang kat dalam ni dah kebulur tau," tegur Danisha dari halaman rumah.

Danial segera berhenti apabila terdengar suara Danisha.

"Opss, lupa lah adik!!"

"Cepatlah. Semua dah tunggu," ajak Danisha lalu masuk semula ke dalam rumah.

"Bie punya pasal la ni."

"Eh, kenapa pula bie yang kena?"

"Se.." Percakapan Mia terhenti apabila Danial meletakkan jari telunjuknya di bibir Mia.

"Kita sambung nanti okay sayang. Nanti lagi lama mereka tunggu kita untuk dinner bersama."

"Jom," ajak Mia. Danial menurut langkah Mia. Sliding door balkoni ditutupnya sebelum turun ke dapur.

"Sorry lambat," ucap Mia.

"No problem. Nanti lepas makan boleh sambung balik," gurau Dato' Hishamuddin.

"Tahniah Mia. Meriah lah nanti bila anak-anak Mia tu lahir," ujar Fatimah. Kini Fatimah tinggal bersama-sama Mia. Itu pun apabila Mia berkeras memaksanya untuk tinggal bersama. Lagipun bahaya mak ciknya tinggal seorang diri.

"Betul tu rumah ini pun sunyi bila masing-masing dah besar," sokong Datin Haslina.

"Isha sokong juga.. Tak sabar nak ada anak saudara. Mesti mreka comel macam maksu dia juga," jerit Danisha.

"Abaikan Isha. Jom makan," ajak Dato' Hishamuddin.

Mereka ketawa apabila Danisha memuncung, merajuk la tu. Namun cuma sebentar rajuknya, dia turut serta ketawa bersama mereka. What a happy family!!

Usai makan Danial dan Mia melepak di gazebo yang terletak di halaman rumah.

"Sayang, ingat lagi tak waktu pertama kali kita berjumpa?," tanya Danial.

"Mesti lah ingat. Dekat halaman ini la kita jumpa kan."

"Yup. Sebenarnya bie dah lama perhatikan sayang dari sayang dekat depan pintu pagar lagi," luah Danial.

"Wauu, kenapa? Sayang ni menarik perhatian bie ke?"

"Because you have a beautiful eyes. Dan mungkin bie dah rasa yang sayang ni jodoh bie kot."

"Auuu, so sweet." Pipi Danial dicubitnya.

"Sayang, like a Cinderella story kan. Ada mak tiri dan kakak tiri yang jahat. Berjumpa dengan prince charming yang kacak bergaya lagi."

Mia tergelak. Perasaan sungguh. Bercakap pasal mak dan kakak-kakak tirinya baru Mia teringat pasal mereka. Kini mereka bertiga berkerja as a cleaner di syarikatnya disebabkan ketiadaan wang. Lagi pula Mia menggugut mereka untuk berpindah dari rumah peninggalan ayahnya yang kini menjadi miliknya jika mereka malas bekerja. Rasakanlah mereka bagaimana peritnya mahu mencari sesuap nasi.

"I'm not a Cinderella," sangkal Mia.

"Yes you are. Cuma bezanya sayang Cinderella versi wanita melayu."

"No!!!"

"Yes!!"

"No!!"

"Yes!!"

"No!!"

"Eeeeeee." Geram Danial apabila Mia tidak mahu mengalah. Tangannya sudah bersedia untuk mengeletek Mia.

Mia apa lagi terus berlari anak la.

"Sayang jangan lari," jerit Danial. Dia pula yang bimbang melihat Mia berlari dengan perut yang semakin membesar itu.

Dipertengahan jalan Mia berhenti. Semput.

"Dah kata jangan lari. Kan dah semput," bebel Danial. Lalu dia menghampiri Mia dan memimpinnya masuk ke dalam rumah.

Mia hanya tersengih seperti kerang busuk. Dia memeluk pinggang Danial lalu menyandarkan kepalanya pada bahu Danial.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now