Hari yang ditunggu-tunggu oleh evil sisters akhirnya menjelma. It's party time!!!!! Masa apa lagi yang seronok untuk bersosial dan berdandan habis-habisan kalau bukan party time.
"Mia!!!!! Mana kasut aku!!!!!," jerit Melissa.
"Mia!!!! Carikan anting-anting aku!!!!," jerit Marissa pula.
Kelam-kabut Mia dibuatnya, ke sana ke sini mencari apa yang evil sisters tu arahkan. Stress betul Mia. Mereka memang tak reti nak prepare awal-awal, last-last Mia juga yang jadi mangsa keadaan.
"Cepatlah. Majlis dah nak bermula," arah Azizah apabila anaknya tidak siap lagi berdandan.
"Okay, mama. Kami dah besedia!!!," jerit Melissa dan Marissa lalu melangkah ke arah Azizah.
"Kau dengar sini, aku nak rumah ni bersih tanpa ada satu habuk pun. Lepas tu, kutip baju-baju kotor dan basuh. Kemas bilik aku, Melissa dan Malissa......."
"Mama, cepatlah. Nanti kita terlambat," potong Marissa sebelum Azizah mengeluarkan bermacam-macam arahan kepada Mia. Mahu sampai esok tak habis arahan Azizah kepada Mia.
"Yelah-yelah. Mama buat macam tu supaya dia tak mengelat dan pergi ke party tu," terang Azizah sambil melangkah ke arah BMW 6 Series.
Sayup-sayup Mia terdengar apa yang diucapkan oleh Azizah. Lantas dia menuju ke arah bilik Azizah dan terkejut melihat keadaan bilik Azizah yang seperti sengaja disepahkan. Padahal baru semalam dia kemaskan.
Macam mana dia nak bersihkan rumah ni dalam masa yang singkat. Majlis itu pun akan berlangsung tak lama lagi. Lantas dia mencapai handphonenya dan mendail nombor Sara. Masuk panggilan yang ketiga dia terdengar ketukan di pintu rumahnya.
'Tok tok tok.......'
Lantas Mia membuka pintunya dan ternampak Sara yang sudah siap berdandan cantik dengan pembantu-pembantu rumahnya.
"Sara!!! Penat aku call kau. Aku rasa....."
"Kau jangan cakap nak cancel pergi ke majlis tu. Aku dah tahu apa yang jadi dan aku tahu apa yang aku perlu lakukan," potong Sara lantas memberi laluan untuk pembantu-pembantunya memulakan kerja.
"Now, masa kau untuk bersiap dan di mekap kan oleh aku," arah Sara sambil mengarahkan seorang pembantunya untuk membawa pakaian dan alat mekap ke dalam bilik Mia.
"Macam mana kau tahu?," tanya Mia sambil tangan Sara lincah memakaikan mekap pada mukanya. Sara ni ada pasang CCTV ke dekat dalam rumah dia ni?
"Aku nampak mak tiri kau tu sepahkan barang kat dalam bilik dia tuh," terang Sara.
"Ohh, baru je nak cancel. Kau memang pantas la," puji Mia.
"Well.... Okay, dah siap. Tukar baju cepat," arah Sara. Sara hanya mengenakan mekap yang nipis terhadap Mia disebabkan wajah Mia yang putih kemerah-merahan sudah memadai.
Mia lantas menukar gown yang dipilih dan dibelikan oleh Sara. Kemudian dia berpusing di hadapan cermin untuk memastikan gown tersebut dipakainya dengan betul. Perfect!!!
"How was it?" tanya Mia.
"Ermmm, hah!! Duduk," arah Sara. Dengan pantas Sara mendandan rambut Mia yang ikal dan keperangan itu, sesuai dengan gown yang dipakai oleh Mia.
"Okay, now it's done," ucap Sara.
"Cantik," puji Mia akan hasil dandanan Sara itu. Melalui biasan cermin dia dapat melihat Sara. Sara pun apa kurangnya, cantik dengan dress biru dan rambutnya yang dibiar bebas. Gayanya menampakkan dia menjadi lebih tinggi dan langsing.
"Nah, ni hadiah aku untuk kau," ujar Sara lalu meletakkan tiara kecil di atas rambut Mia.
"Perfect!! Like a Cinderella," ucap Sara. Tak pernah dia melihat Mia bermekap dan berpakaian seperti itu.
"Dah nama tema fairytale kan."
"Jangan kau tertanggal sebelah kasut dah lah," gurau Sara.
Mia tergelak. Sayangnya kalau kasut dia ni hilang. Dah lah limited edition.
"Jom, kita dah lambat," ajak Mia.
"Nampak gayanya ada yang excited nak ke party. Jom. Jom."
"Wau, besar gila rumah Dato' Hishamuddin ni," ucap Mia teruja lantas membuka pintu kereta. Macam ramai orang je yang menetap di rumah itu.
"Wei, kau lupa ni," ujar Sara sambil menunjukan mask yang dipegangnya. Nasib baik dia sempat menarik tangan Mia. Kalau tak kantoi laa.
"Opss, hehehehe," sengih Mia. Disebabkan teruja, dia terlupa akan mask tersebut. Lantas mask itu dipakainya.
"Are you ready??." tanya Sara.
"Absolutely yes!!!" jerit Mia.
"Yeah, let's rock and roll," jerit Sara pula.
Lantas mereka berdua menuju ke arah laman rumah Dato' Hishamuddin di mana majlis tersebut diadakan. Sudah ramai yang memenuhi perkarangan rumah Dato' Hishamuddin disebabkan itu tiada siapa yang menyedari kedatangan mereka.
"Wauuuuu," ucap Mia kagum apabila dapat merasai kemeriahan majlis tersebut.
'This what a birthday party look like,' bisik Mia dalam hati.
"Jom kita isi perut dulu," ajak Sara lantas menuju ke arah meja yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan.
'Wah, syurga makanan,' bisik Mia.
"Banyaknya cupcakes and dessert. Menyelerakan," bisik Mia perlahan kepada Sara.
"Let's enjoy," balas Sara.
Macam-macam yang disediakan di birthday party tersebut. Mia melihat sekeliling meja makanan tersebut. Tiada langsung tanda-tanda 'minuman yang tidak sepatutnya ada' pada majlis tersebut. Bersyukur dia apabila mereka tahu halal haram. Selalunya apabila majlis bersama dengan orang berada pasti ada sahaja minuman keras yang dihidangkan. Mia pun pelik dengan kebanyakkan orang berada yang bersikap seolah-olah tidak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah SWT berikan.
Lantas dia mengambil segala makanan yang dia inginkan sampai penuh pinggannya. Itu pun dia rasa mahu ambil lagi satu pinggan. Tapi memandangkan ada para gadis yang memandangnya pelik dibatalkan sahaja niat tu. Selesai yang ni baru dia tambah lagi. Apa dia heran yang penting perutnya diisi. Bukan selalu dapat makan macam ni.
"Wei, kau ni perut apa?? Banyak giler kau makan," tegur Sara sambil membandingkan makanan yang berada di dalam pinggannya dengan makanan di dalam pinggan Mia.
"Perut buaya," jawab Mia sambil melangkah ke meja kosong yang disediakan.
"Hah, menjawab. Pandai dah menjawab sekarang ni," ujar Sara dengan nada marah yang sengaja dibuat-buatnya.
"Hehehehe...... Kata suruh enjoy. So, tengah enjoy la ni," jawab Mia dengan sengihan. Well peluang hanya sekali. Time-time ni lah dia nak merasa makanan yang mahal-mahal secara FOC (Free Of Charge).

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomantizmCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...