Bab 53

20.2K 728 10
                                    

Malam ini Mia akan selesaikan segala kekusutan yang melanda rumah tangga mereka. Be prepare!!

Mia tersenyum bahagia. Keadilan adalah miliknya.

"Wahhh, banyaknya sayang masak," tegur Danial.

Teguran dari Danial membawa Mia ke alam nyata. Ish. Boleh pulak berangan tengah-tengah memasak.

"Well, we have special guest today kan," jawab Mia. Pelbagai menu dibuatnya sambil dibantu Datin Haslina.

"Oh, pukul berapa mereka sampai?"

"Lepas Ishak," jawab Mia.

Danial memeluk Mia dari belakang. "Ummm, sayang bau kari la. I like,"

"Bie. Sayang tengah masak ni. Nanti anything bad happen kan susah," tegur Mia.

"I miss you," ucap Danial. Mia dari pagi lagi berada di dapur menyiapkan segala juadah untuk malam ini. Acap kali jugalah dia menjenguk Mia. Risau.

"Ya Allah, budak bertuah ni. Dekat dapur pun nak bermanja ke?" Tergeleng Datin Haslina dengan sikap anak tunggalnya itu. Dia baru je keluar untuk solat sebentar Danial sudah mula mengacau Mia.

"Rindulah mama. Lama sangat Mia ni terperap dekat dapur. Nak manja-manja sikit pun susah," adu Danial.

"Ish, kamu ni. Macamlah setahun tak jumpa. Lagipun bukannya Mia nak lari ke mana-mana. Kamu ni melambatkan kerja kami je. Kalau nak menolongnya itu iya gak," bebel Datin Haslina.

"Bie, betul tu apa yang mama cakap," sokong Mia.

"Yelah. Yelah. Tak kacau dah. Last dah ni," rajuk Danial lalu merenggangkan pelukkannya.

Satu ciuman kilat di pipi Mia mengejutkannya. "Bie," marah Mia. Merah mukanya, malu dengan mama.

Danial mengenyit mata seraya berlalu keluar dari dapur.

Datin Haslina tersenyum bahagia melihat keletah anak dan menantunya. Ya Allah, kekalkanlah hubungan mereka sehingga ke jannah.

Malam ini rumah keluarganya meriah dengan tetamu jemputannya, Haikal, Sara, Azlin, Amin dan tidak lupa tetamu istimewanya malam itu, Mira.

"Jemput makan lah korang. Jangan malu. Jangan segan," pelawa Mia.

"Jemput makan," pelawa Datin Haslina pula.

Usai makan mereka beristirehat di ruang tamu sambil berbual-bual antara satu sama lain.

"Emmm, perhatian. Dengar sini semua saya ada nak umumkan sesuatu," ucap Mia.

Terus mata Mira bercahaya mendengar kata-kata Mia.

Mia tersenyum dalam hati melihat reaksi Mira.

"Silakan Amin untuk umumkan hal tersebut," sambung Mia.

Terus riak wajah Mira berubah. Apa kaitan Amin dalam hal ini pula?

Amin segera bangun dan mencapai dokumen yang berada di dalam bagasinya. Seboleh mungkin dia elakkan dari memandang Mira.

"Sebelum saya teruskan ke agenda utama, saya ingin memohon maaf kepada Puan Mia sekeluarga atas kekhilafan saya."

Mira sudah tidak senang duduk apabila mendengar mukadimah Amin. Matanya sekejap dikalih pada Mia sekejap di pandangnya Amin pula.

"Ada apa ni Mia?," bisik Mira kepada Mia yang duduk disebelahnya. Mia hanya senyum bagi membalas pertanyaan Mia.

"Suka cita saya ingin maklumkan bahawa syarikat Air Trio akan diserahkan kepada Puan Mia kembali," umum Amin.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now