Bab 38

18.7K 638 5
                                    

Semenjak Mia diberhentikan oleh Mira, dia kini hanya menjadi suri rumah. Rumahnya menjadi sunyi apabila Danial ke pejabat. Tiada teman untuknya berbual. Nasib ada astro. Macam-macam ado. Tiadalah dia kebosanan.

'Ting.. Tong...'

Mia lantas mengalih perhatiannya dari kaca televisyen apabila terdengar loceng rumahnya ditekan.

"Mak cik, Lissa.. Masuk lah," pelawa Mia.

"Mia apa khabar?," tanya Azizah berbasa-basi.

"Khab..." Belum sempat Mia menjawab pertanyaan Azizah dia bergegas ke bilik mandi dan memuntahkan sisa-sisa makanan yang dimakannya. Dari pagi tadi dia asyik muntah-muntah. Badan dia pun lesu semacam.

"Mia okay tak ni?," tanya Azizah sambil mengurut belakang Mia.

'Urgh, bau,' getus Azizah dalam hati. Dia pula yang rasa nak muntah.

"Agaknya Mia salah makan kot mak cik. Badan rasa tak selesa je," adu Mia setelah rasa nak muntahnya reda.

"Ke ada tension sebab masalah kamu?," tanya Azizah.

Mia memandang Azizah hairan. Masalah apa pula? Mesti mak cik dia sudah tahu pasal dia diberhentikan kerja tu.

"Iyelah bukannya apa. Mak cik tak sempat nak jumpa kamu waktu majlis tahlil arwah Daud. Kebetulan pula mak cik dengar kamu kena tendang dari syarikat. Betul ke?"

"Hemm, nak buat macam mana mak cik. Dah nasib saya agaknya," jawab Mia sayu.

'Memang pun. Kau tu pembawa nasib malang. Takkan masih tak sedar-sedar lagi,' sindir Melissa dalam hati.

"Tak mengapalah mungkin syarikat tersebut bukan rezeki kamu."

"Oh, sebelum mak cik lupa. Ini ada sedikit buah tangan dari kami," sambung Azizah.

"Susah-susah mak cik je. Biar Mia buatkan air sebentar."

"Meh la mak cik tolong Mia." Azizah membuat isyarat mata kepada Lissa. Lissa mengerti akan isyarat mamanya. Misi bermula.

Danial yang sedang menguruskan fail dari syarikatnya berhenti sebentar apabila ada mesej masuk. Lantas dibukanya.

Meet me 5 o'clock at Hotel Greenleaf - Mia -

Danial tersenyum setelah membaca mesej yang diterimanya dari Mia. Ada apa yang istimewa ke hari ini? Ini mesti sebab dia kebosanan duduk di rumah.

"Hello, Assalamualaikum," ucap Mia menjawab panggilan dari Sara.

"Walaikumusalam, wei kenapa suara kau lain macam?," tanya Sara. Mereka bergaduh lagi ke?

"Aku rasa tak sedap badan la. Lepas mak cik aku balik, sekejap-sekejap aku rasa nak muntah. Makan pun tak selera," adu Mia kepada Sara pula.

"Mak cik??," tanya Sara pelik. Mak cik mana ni? Fatimah? Ke Azizah?

"Oh, aku lupa nak cerita dekat kau. Mak cik aku dah berubah. Alhamdulillah, dia dah terima aku," terang Mia.

Sara terdiam. Macam tak percaya je Azizah berubah. Dia tak rasa Azizah boleh berubah dalam sekelip mata. Mia ni mudah sangat percaya dekat orang. Innocent tak kena tempat.

"Sara??," panggil Mia apabila tiada balasan dari Sara.

"Oh, bagus la mak cik kau dah berubah. Hah, aku call kau ni nak tanya khabar je. Kebetulan aku pergi lunch dengan Haikal dan Danial tadi. Lepas tu Danial cerita la pasal syarikat kau tu," terang Sara tentang tujuan asal dia menelefon Mia.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now