"Mia.. Mia.. Mia.. Who is the mysterious girl??," bisik Danial sambil merenung kasut yang dijumpainya sewaktu Mia terjatuh tadi. Cantik rekaan kasut itu. Pilihan yang tepat kerana sesuai dengan gayanya yang anggung.
'Tok.. Tok.. Tok..'
"Danial, Dato' dan Datin panggil turun," panggil Sunti, pembantu rumahnya.
"Okey.. Terima kasih Sunti," jerit Danial dari dalam. Lantas dia meletakkan kembali kasut tersebut di dalam bekas kaca yang sebelum ini diletakkan piala yang dimenangi sewaktu perlawanan bola sepak ketika di zaman sekolah dulu.
"Ya.. Kenapa papa dan mama panggil Danial? Ada hal penting ke?," tanya Danial seraya duduk bertentangan dengan kedua-dua orang tuanya yang sedang menghangatkan tubuh mereka dengan hot chocolate.
"Minum dulu," pelawa Dato' Hishamuddin.
Dituruti sahaja kata-kata papanya. Enak juga sejuk-sejuk begini minum sesuatu yang panas.
"Danial." Panggilan dari Dato' Hishamuddin menarik perhatiannya. Perkara apa yang ingin diutarakan oleh papanya?
"So, sekarang Danial sudah genap berusia 22 tahun..."
"Obviously yes," ucap Danial memotong percakapan Dato' Hishamuddin. Disamping mendesak Dato' Hishamuddin untuk terus berbicara straight to the point.
"Jadi papa rasa sudah sampai masanya untuk Danial menggantikan papa dalam urusan syarikat," cadang Dato' Hishamuddin.
"Yes!!!!," jerit Danial. Itulah ayat yang paling ditunggu-tunggu Danial. Mengambil alih syarikat papanya sudah menjadi idamannya semenjak dia menyambung pengajian dalam bidang perniagaan.
"Tapi ada syaratnya," sambung Dato' Hishamuddin. Terus lenyap senyuman di bibir Danial. Aii, nak lepaskan jawatan dekat dia pun mesti ada syarat ke?
"Syarat apa pa?"
"Papa dan mama dah fikir masak-masak. Kami sudah membuat keputusan bahawa sebelum kamu ambil alih syarikat papa kamu kena berkahwin samada dengan pilihan kami atau dengan pilihan kamu sendiri," sambung Datin Haslina.
"Its ridiculous," sangkal Danial tanpa berfikir sejenak pun. Macam mana nak kahwin kalau dia sendiri pun tiada calon. Nak harapkan calon pilihan mama, hell no!!
"Kami buat ni ada sebabnya, Danial," pujuk Datin Haslina.
"Then what the reason?," tanya Danial. Seriously dia kena kahwin sewaktu berumur 22 tahun. Awalnya!!
Tapi kalau berkahwin tanpa cinta, bertahan ke masjid yang dibina?
"Mama, tengok Danial macam tak berminat pada mana-mana perempuan pun," teka Datin Haslina.
'Aii, pelik mama aku ni. Patutnya mama harus bersyukur lah yang anak dia ni bukan kaki perempuan. Ini terbalik pula.'
"Mama, Danial bukan tak berminat pada perempuan tapi kebanyakkan perempuan yang rapat dengan Danial semuanya disebabkan duit," keluh Danial.
"Plus, ni bukan masa yang sesuai untuk Danial berkahwin. Danial masih ada satu tahun pengajian," sambung Danial. Mama dan papanya suka buat perkara diluar jangkaannya. Dulu lepas habis je SPM terus dia dihantar untuk menyambung pengajian di Australia. Time tu result SPM pun belum keluar lagi. Lepas tu tinggal satu semester lagi dia nak habis pengajian, papanya sudah memanggil balik ke Malaysia. Alih-alih sekarang ni suruh dia kahwin pula. Aduh, boleh pengsan dia macam ni.
"Jadi kamu hanya ada masa 6 bulan untuk mencari dan mengenali your future wife. Sekiranya kamu tidak berjaya calon mama sentiasa bersedia untuk menjadi pasangan kamu. Lagipun papa sokong apa yang mama cadangkan tu. Nak tunggu kamu kahwin berjanggut la. Lebih-lebih lagi bila kamu dah pegang jawatan sebagai CEO syarikat. Macam papa tak tahu, kamu tu workaholic macam papa muda-muda dulu. Sekurang-kurangnya bila kamu dah kahwin ada yang jagakan makan pakai kamu," terang Dato' Hishamuddin setelah lama berdiam diri.
Danial terdiam apabila papanya bersuara. Memang ada benar cakap papanya itu, dia memang seorang yang workaholic. Tapi, better lah workaholic kan dari womanizer. Kang dia jadi womanizer botak kepala papanya. But the problem now dia rasa dengan berkahwin bukannya dapat ubah apa-apa.
"Tapi......"
"No more excuses. This is my order. Samada Danial suka atau tak, selagi Danial belum berkahwin jangan harap Danial akan ambil alih syarikat papa," tegas Dato' Hishamuddin lalu berlalu ke dalam bilik tidurnya. Makin lama dia di situ makin banyak pula alasan dan bantahan dari Danial. Jalan terakhir supaya Danial mengikuti kemahuannya adalah melalui ketegasan.
"Or Danial nak mama tolong carikan??," tawar Datin Haslina.
"Thanks but no thanks. Danial boleh carikan sendiri," tolak Danial. Mau haru-biru hidupnya kalau mama yang pilihkan calon untuknya. Tak lain tak bukan pasti mamanya akan jodohkan dia dengan mana-mana anak Datin yang selalu mamanya jumpa dalam persatuan Mak Mak Datin.
'Patut lah papa dan mama beria suruh aku pulang ke Malaysia. Ada udang disebalik batu rupanya.'
Danial mengaru kepalanya yang tidak gatal. Persoalannya kini macam mana dia nak cari calon isteri dalam masa 6 bulan? Cari awek memang la senang tapi masalahnya sekarang ni nak cari calon isteri untuk dinikahi, setahun belum tentu cukup untuk selami hati masing-masing. Aduhhh pusing dibuatnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...