"Alamak!!," jerit Mia perlahan. Jam tangan ditiliknya. 'Fuhh.. Ingatkan aku dah terbabas tidur berjam-jam.' Lantaran keletihan Mia tertidur di bilik tetamu yang dihuninya. Lantas dia membersihkan diri dan menunaikan solat zuhur. Kemudian dia berlalu ke ruang tamu. Segan pula tinggal di rumah orang dengan hanya terperap dalam bilik sahaja.
"Jadi, ada apa-apa update pasal bakal isteri kamu? Dah jumpa calonnya? Masa yang papa tetapkan sudah nak ke penghujungnya." Langkah kaki Mia terhenti apabila dia terdengar kata-kata Dato' Hishamuddin. Cepat-cepat dia menyorok di sebalik dinding. Calon isteri? Masa? Apa kaitan calon isteri Danial dengan masa yang ditetapkan oleh Dato' Hishamuddin?
"Danial..."
"Ingat Danial kamu hanya boleh mewarisi syarikat papa setelah kamu sah berkahwin. Selagi kamu belum melafazkan akad nikah kamu jangan harap papa akan wasiatkan harta-harta papa atas nama kamu," potong Dato' Hishamuddin sambil menyelak surat khabar yang dibacanya. Danial tidak langsung diberi kesempatan oleh papanya untuk membela diri.
'Eh, papa takde cakap pun pasal wasiat. Tambah ugutan papa ni. Tak sabar nak suruh aku kahwin nampaknya,' gumam Danial dalam hati.
'Ahhh, itu ke sebabnya dia cari aku macam nak rak. Sebagai calon isteri bagi mewarisi harta papanya. Tapikan ramai lagi perempuan yang lain, yang lagi terbaik dari aku,' getus Mia.
"Danial panggilkan Mia turun makan. Dia mesti lapar tuh," arah Datin Haslina yang baru siap menghidangkan makanan.
"Mia??," tanya Dato' Hishamuddin kehairanan. Siapa Mia?
"Bakal menantu papa," jawab Danial dengan senyuman. Dia kemudian berlalu untuk memanggil Mia.
"Ocopot, Mia!!," latah Danial apabila Mia tiba-tiba muncul disebalik dinding.
Mia hanya membuat muka tiada perasaan dan berlalu melintasi Danial.
'Dia dengar ke? Alamak, habis la aku. Mesti dia salah sangka,' getus Danial sambil mengikuti langkah Mia menuju ke meja makan.
"Assalamualaikum, uncle," tegur Mia.
"Walaikumusalam. Oh ni ke Mia? Calon isteri Danial?," tanya Dato' Hishamuddin.
Danial mengangguk mengiyakan pertanyaan papanya.
"Duduk la Mia. Jangan segan-segan," ajak Dato' Hisahmuddin.
Mia lantas duduk setelah dipelawa Dato' Hishamuddin lalu dia membantu mengisi nasi ke dalam pinggan.
"Mia umur berapa?," tanya Dato' Hishamuddin.
"20 tahun uncle. Mia study sama kolej dengan Danial," jawab Mia sopan.
'Oh, dia tahu aku satu kolej dengan dia. Maknanya dia kenal aku dulu la sebelum aku kenal siapa dia secara realiti,' getus Danial dalam hati.
"Dah lama bercinta?" soalan Dato' Hishamuddin membuatkan Mia terdiam. Kenal pun tak macam mana nak bercintanya.
"Abang.. Kita makan dulu ya," potong Datin Haslina sekaligus menyelamatkan Mia dari terus disoal. Datin Haslina tahu suaminya banyak pertanyaan yang berada di minda berkaitan Mia lantaran dia langsung tidak tahu pasal kewujudan Mia dalam hidup Danial. Nantilah selepas ini dia akan ceritakan pula kepada suaminya itu. Dia yakin Dato' Hishamuddin akan menyukai bakal menantunya itu sepertimana dia menyenangi Mia sewaktu pertama kali bertentang mata.
"Oh yelah. Jom makan," ajak Dato' Hishamuddin lalu membacakan doa makan.
Usai makan Mia membantu Datin Haslina mengemas meja makan tanpa disuruh. Anak dara kenalah rajin-rajin kan diri. Lagipun Mia sudah terbiasa membuat kerja rumah. "Mama, meh la Mia tolong basuh. Dah la tadi Mia tak tolong pun mama masak." Datin Haslina tidak pernah membenarkan orang gajinya memasak kerana dia tahu memasak itu mampu mengikat kasih sayang antara dia dengan suaminya.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...