Bab 37

19.5K 709 2
                                    

"Pagi," ucap Mia apabila tersedar dari lenanya gara-gara ciuman di pipi oleh Danial.

"Pagi sayang. Sayang still nak pergi kerja ke harini?," tanya Danial. Penat melancong ke Langkawi masih tak hilang.

"Mestilah bie. Nak tak nak sayang kena hadapi juga Mira tu. Lagipun Mia dah lama tak masuk kerja," jawab Mia lalu menuju ke bilik mandi.

Ikut kan hatinya dia masih mahu bermanja dengan Mia namun apa kan daya. Danial turut ke syarikatnya. Buat apa nak duduk dekat rumah kalau isteri kesayangannya tiada di sisi.

"Morning," ucap Mia kepada Azlin.

"Mia!!," panggil Azlin dan rakan sekerjanya dengan wajah simpati.

"Korang kenapa ni? Ada bad news ke?," tanya Mia pelik. Ini yang membuatkan dia risau sangat ni.

Azlin menunjukkan surat yang berada di meja pejabat Mia.

"Surat apa ni?," tanya Mia perlahan lebih kepada dirinya sendiri.

Mia lantas membuka surat tersebut. 'Notis Perletakkan Jawatan Serta Merta,' baca Mia. Dia terus menuju ke bilik yang pernah dihuni pakciknya.

"Mira!!!," jerit Mia.

"Well. Well. Well. Ada apa wahai sepupuku yang tercinta sampai sanggup kau mencemar duli ke sini?," perli Mira lalu duduk menyilangkan kaki.

"Ini apa?," marah Mia seraya membaling surat yang baru diterimanya tadi.

Sekilas lalu Mira memandang surat yang dilemparkan Mia.

"Surat perletakkan jawatan la. Kau tak pandai membaca ke?," sindir Mira.

"Apa makna kau? Kenapa aku dapat notis ini?," marah Mia.

"Amin, sila masuk," arah Mira melalui interkom.

"Ya Cik Mira." Berapa minit sahaja Amin sudah menerjah masuk ke dalam bilik pejabat Mira.

"Aku nak kau terangkan dekat perempuan pembawa malang ni kenapa dia dapat notis ni," arah Mira.

Amin terkedu. Dia diam sebentar. Sedih hatinya mahu mmemandang Mia.

"Emmm, Cik Mia. Cik didapati tidak hadir ke pejabat berkali-kali tanpa surat yang disahkan. Selain itu, Cik tidak banyak membantu dalam syarikat ini. Jadi bagi mengurangkan kos syarikat, Cik Mia diberhentikan serta-merta," terang Amin tanpa memandang sedikit pun pada Mia.

"Korang boleh jangan buat lawak bodoh!!," marah Mia.

"Hei perempuan, kau sedar tak kerusi yang kau duduk sekarang ni hak milik aku. Kau tiada hak langsung atas syarikat ni. Ini syarikat papa aku," tengking Mia.

"Kau ada bukti ke syarkat ini hak kau? Pembetulan, dulu ini syarikat papa kau. Sekarang aku secara sah adalah pemilik syarikat ini. Tak percaya? Kau boleh refer pada peguam aku," ucap Mira angkuh.

Mia terdiam.

"Hah, kenapa diam? Kalah?," perli Mira.

"Kau. Kau. Kau tunggu jelah. Kau takkan duduk lama atas kerusi ni. Sooner or later aku akan buat kau jatuh tersungkur," tengking Mia memberi amaran. Kemudian dia keluar dari pejabat tersebut. Amin ingin menghalang. Namun terhenti apabila Mira mencerlungkan matanya.

"Mia...," panggil Azlin dengan sayu.

Mia tidak dapat menahan sebaknya. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Azlin terus mendakapnya.

"Sabar Mia. Orang yang teraniaya, doanya in shaa Allah dimakbulkan. Doa banyak-banyak ya Mia," nasihat Azlin. Mia mengangguk dalam tangisan. Hancur lebur harapannya. Macam mana dia nak rampas semula syarikat papanya itu.

"Perempuan jalang itu memang tak patut. Tiada langsung perikemanusiaan," marah AIshah. Masing-masing sudah arif sangat dengan sikap Mira. Tapi apa yang mereka boleh buat. Mereka tiada kuasa untuk menghapuskan Mira dari syarikat itu.

"Betul. Kalau aku ada kuasa dah lama aku hantar dia tu balik Australia. Menyemak je duduk Malaysia," sokong Syuhada.

Tergelak Mia dengan kata-kata rakan sekerjanya.

"Guys. Terima kasih atas sokongan korang. Janji dengan aku korang akan setia pada syarikat ini walau apa pun yang terjadi," ucap Mia sambil mengelap air matanya. Terharu dengan sokongan padu dari kawan-kawan sekerjanya.

"Kami janji," jawab mereka serentak.

Mia senyum kemudian dia mengemas apa-apa yang patut. Yang lain turut membantunya.

"Azlin aku nak minta tolong dengan kau boleh?," pinta Mia sewaktu Azlin menghantarnya ke parking lot.

"Tolong apa? In shaa Allah selagi aku boleh bantu kau, aku tolong dengan sedaya upaya aku," janji Azlin.

"Tolong sampaikan berita apa-apa pasal syarikat pada aku. Segala yang terjadi pada syarikat aku nak minta kau tolong updatekan pada aku. Kau tau kan e-mail aku?"

"No hal. Kerja senang je tu."

"Aku gerak dulu. Terima kasih Azlin. In shaa Allah nanti kita jumpa lagi."

Mia terus memandu pulang ke rumahnya.

"Pa, Mia dah gagal papa. Mia gagal untuk teruskan perniagaan papa," ucap Mia sambil merenung gambar papa dan mamanya sewaktu hari pernikahan mereka.

"Ma, tolong Mia mama. Tolong Mia hadapi ujian ini," keluh Mia.

"Sayang??," panggil Danial apabila melihat isterinya sedang menangis. Niat dia pulang awal ke rumah kerana ingin mengambil fail syarikat yang tertinggal. Tak sangka pula Mia pulang lebih awal dari dia.

"Bie...," panggil Mia. Serta-merta air matanya laju membasahi pipi. Lantas dipeluknya Danial.

"Kenapa ni sayang?," tanya Danial hairan. Sayu hatinya mendengar tangisan isterinya. Apa lagi dugaan yang dihadapi Mia?

Setelah tangisannya reda barulah dia menceritakan apa yang berlaku.

"MasyaAllah, sanggup Mira tendang sayang dari syarikat sayang sendiri. Sabar ya sayang ada hikmah disebalik yang terjadi," nasihat Danial seraya menepuk bahu isterinya untuk memberikan semangat buat isterinya.

"Hikmah apa yang sayang dapat bie? Bie tahu kan syarikat itu impian sayang. Syarikat yang banyak berjasa buat sayang."

"Bie tahu syarikat itu penting untuk sayang. Tapi ingat janji Allah. Dia takkan berikan hambanya ujian yang tidak tertanggung oleh hambanya. Mungkin Allah telah sediakan sesuatu yang lagi baik untuk sayang. Siapa tahu rahsia Allah," nasihat Danial yang sedikit sebanyak menyedarkan Mia.

Ia. Janji Allah. Hampir Mia lupa. Nasib baik Danial mengingatinya.

"Terima kasih bie ingatkan sayang," ucap Mia ikhlas.

"Small matter sayang. Sesama ihsan mestilah saling menasihati."

"Lega sikit hati sayang dengar nasihat bie. Oh, kenapa bie balik awal ni?," tanya Mia sekaligus mengingati Danial akan tujuan asalnya.

"Ini. Bie tertinggal fail."

"Bie nak makan ke? Sayang masakkan."

"Takpe lah sayang. Sayang rest je. Malam ni kita dinner dekat luar."

"Bie gerak pergi kerja dulu la. Takpe ke sayang duduk rumah sorang ni?," tanya Danial risau.

"I'm okay. Lagipun kawasan rumah kita kan dikawal oleh pak guard."

"Iyelah bie pergi kerja dulu," ucap Danial. Mia lantas menyalami tangan suaminya.

'Tiada apa yang perlu ditangisi Mia. Kau ada Danial. Kau ada mama, papa dan Isha,' getus Mia dalam hati. Ia dia tidak keseorangan dalam menghadapi ujian ini.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now