Semenjak dari itu Haikal mula mendekati Sara. Namun hairan, Sara sering mengelakkan diri darinya. Apabila berselisih di kolej selalu sahaja dilihatnya Sara menyibukkan dirinya dengan buku yang dipegang ataupun handphonenya. Bukan sekali dia cuba memulakan perbualan, beratus kali namun semuanya dibalas sepi oleh Sara. Tapi dia takkan sesekali mengalah. Itu bukan moto hidupnya, mengalah tanpa berusaha.
"Sara," panggil Haikal apabila melihat Sara keluar dari dewan kuliah tanpa ditemani Mia.
Melihat sahaja kelibat Haikal terus Sara melangkah laju.
Haikal turut mengikuti langkah Sara. Besar mana je langkah Sara tu berbanding dengan dia.
"Sara, we need to talk."
"Kenapa awak larikan diri dari saya?," tanya Haikal. Namun pertanyaannya hanya disapa oleh angin.
"Saya ada buat salah ke?" Sara diam dan meneruskan langkahnya. Tiba-tiba lengannya digenggam Haikal membuatkan dia terus berhenti.
"Sara..."
Sara terus meletakkan handphone pada telinganya.
"Hello, ya. Kau dah sampai aku....."
Handphone di tangan Sara dirampas oleh Haikal. Tiada langsung panggilan yang masuk. Lantas Haikal menaip nombor phonenya. Setelah beberapa deringan talian dimatikan.
"I'll call you. Better you pick it up," ugut Haikal sebelum berlalu meninggalkan Sara yang terpinga-pinga.
"Gila," ucap Sara sambil berjalan ke keretanya.
Sedang Sara sibuk menonton drama Playboy Itu Suami Aku dia dikejutkan dengan satu panggilan. Nombor yang tidak dikenali. Lantas dijawabnya. Mana tahu panggilan dari kolejnya.
"Hello," jawab Sara.
"Hello," balas si pemanggil.
"Boleh bercakap dengan Sarah Emellia binti Roslan?"
"Iya. Sara speaking. Boleh saya tahu ni siapa?," tanya Sara sopan.
"Haikal."
Mendengar sahaja gerangan yang memanggilnya terus Sara mematikan panggilan. Lantas dia berlari naik ke biliknya. Tak kisah dah dengan Fatah Amir yang hot mengacam tu.
"Bodohnya Sara," kepalanya diketuk perlahan.
"Kan mamat tu dah cakap yang dia nak call. Yang kau boleh lupa tu pehal," marah Sara terhadap dirinya.
Tak sangka Haikal betul-betul mengotakan janjinya. Sara tersenyum gembira.
"Uishh, yang kau senyum macam orang angau ni dah kenapa," marah Sara lagi seraya menampar mulutnya.
"Kau dah lupa apa yang dia buat? Masih nak taruh hati kat dia lagi."
Tiba-tiba handphonenya berbunyi yang menyebabkan dia tercampak handphonenya ke atas karpet. Tindakan reflek. Nasib baik karpet bulu tebal kalau tak retak seribu lah Iphone 5 nya itu.
Handphonenya diambil lalu dilihat nombor yang sama menghubunginya. Haikal. Tubuhnya dihempaskan di atas katil. Handphonenya tidak henti-henti berdering namun dia langsung tidak menghiraukannya. Lengannya diletakkan di atas dahinya. Entah berapa puluh missed call dari Haikal.
Tiba-tiba dia menerima mesej. Lalu dicapainya handphone dan membuka mesej yang diterimanya.
Please answer my call. - Haikal -
YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...