Matanya membulat setelah membaca kertas yang terkeluar dari buku kisah dongeng itu. 'Wasiat papa!!!,' jerit Mia dalam hati.
"Syukur Ya Allah. Terima kasih kerana engkau telah memberi jalan buatku untuk menyelesaikan masalah yang dihadapiku," ucap Mia.
"Bie!!!," jerit Mia seraya berlari menuruni tangga.
"Ya Allah, sayang!! Stop running. Bahaya tau berlari sambil turun tangga," tegur Danial.
"Bie tengok ni," gesa Mia tidak mempedulikan teguran Danial.
"Kertas apa ni sayang?," tanya Danial.
"Bacalah bie," gesa Mia.
Danial membaca kertas yang diserahkan Mia. Reaksi yang sama seperti Mia ditunjukkannya.
"Betul ke ni sayang?," tanya Danial meminta kepastian.
Mia mengangguk kemudian dia menjerit kegembiraan. "Aaaaaa!!!!"
Datin Haslina yang berada di dapur berlari ke ruang tamu apabila mendengar jeritan Mia. "Ada apa?," tanya Datin Haslina sambil memegang sudip.
Dao' Hishamuddin yang berada di bilik bacaan turut berlari keluar. "Apa yang kecoh-kecoh ni?"
Mia menutup mulutnya. "Opss!!" Lantaran gembira lupa pula dia akan orang sekeliling.
"Ni hah mama, papa, Mia terjumpa wasiat arwah papa," terang Danial.
"Wasiat?," tanya Dato' Hishamuddin hairan.
"A'ah papa. Ni." Kertas ditangannya diserahkan kepada Dato' Hishamuddin.
"Jadi pemilik Syarikat Air Trio tu ialah Mia," ujar Hishamuddin setelah membaca wasiat itu.
"Tapi bagaimana wasiat pak cik kamu lain dari yang diwasiatkan arwah papa kamu?," tanya Haslina.
"Ugutan dari Mira, mama," jawab Mia.
"Bie dah agak wasiat pak cik tu bukan yang sebenar. Tapi macam mana sayang tahu?," tanya Danial pula. Dari wasiat arwah pak cik Mia dibacakan dia sudah dapat mengagak wasiat itu lain dari wasiat sebenar kerana wasiat yang dibacakan Amin berat sebelah.
"Dari rakaman yang dihantar Amin," jawab Mia seraya menunjukkan rakaman di handphonenya. Rakaman itu dimainkannya semula.
"Masya Allah," ucap Datin Haslina setelah tamat rakaman itu.
"Tiada perikemanusiaan langsung. Bapa sendiri pun sanggup dibunuhnya," ucap Dato' Hishamuddin tergeleng dia dengan sikap Mira. Luar dan dalam busuk. Manakala Danial terdiam sambil mengusap bahu Mia. Tiada perkataan yang mampu diucapkan melainkan 'Astarghfirullahhalazim'.
"Jadi apa yang Mia mahu lakukan sekarang?," tanya Dato' Hishamuddin.
"Nak buat apa lagi bang. Sumbat jelah perempuan tu dalam penjara," ujar Datin Haslina. Geram dia. Perempuan seperti Mira itu patut diberi pengajaran. Biar dia tahu erti kemanusiaan sikit.
"Sabar.."
"Bukti dah ada buat apa nak tunggu lagi," potong Datin Haslina. Tidak sempat Dato' Hishamuddin mahu membentangkan hujahnya.
"Mia ada cadangan yang lebih baik mama," sangkal Mia berserta senyuman jahat. Sudah terangka apa yang bakal dia lakukan kelak.
"Apa??," tanya Danial. "Sayang jangan buat benda yang bahaya. Ingat baby dalam perut tu," nasihat Danial.
"Bie jangan risau. Sayang ada rancangan baik punya. Bukan sahaja Mira, Amin pun akan sayang sumbat dalam penjara," ujar Mia berdendam.
"Amin?? Kenapa Amin pula?," tanya Danial hairan.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
Storie d'amoreCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...