'Kring.... Kringgg...'
Jam loceng di sisinya ditutup. Pukul 10 pagi. Semalaman dia menyiapkan urusan berkaitan kilang perabot. Usai subuh terus dia terbongkang di atas katil. Handphone ditatapnya. Ada whatsapp dari Danisha. Lantas dibukanya.
'Akak, Isha dah nak gerak balik UK ni.'
'Okay, take care darling. Ada masa Kak Mia lawat Isha di sana.'
'Isha dah sampai UK lah Kak Mia.'
Aik? Padanlah rupa-rupanya semalam Danisha menghantar chat kepadanya.
'Sorry.. Kak Mia baru baca. Good luck duduk sana okay. Jangan nakal-nakal. Belajar biar habis dulu baru nak menggatal,' nasihat Mia.
'Hahahaha.. Kak Mia juga. Jangan nakal-nakal. Nanti lagi merana abang.'
Eh, dia pula yang terkena.
'Kak Mia, Isha rasa akak patut tahu keadaan abang sekarang.' Berserta itu Danisha menghantar beberapa keping gambar kepada Mia.
Ya Allah!! Teruknya keadaan rumah. Tunggang-langgang. Baru je seminggu lebih dia tinggalkan rumahnya. Tiba di gambar terakhir dia terhenti. Dibesarkan gambar yang dihantar oleh Danisha. Danial nampak tak terurus, dengan rambut serabai, janggut yang mulai tumbuh dan wajah yang cengkung. Namun masih terselit kekacakkannya di situ. Ditenung lama gambar Danial. I miss him!!
'Kak Mia taknak contact dengan abang ke?'
Pertanyaan Danisha dipandang lama.
'Ada masa akak contact la dia. But not now.' Ego. Ya!! Dia memang egois. Taknak mengakui perasaannya.
Danisha terhenti dari menaip chat kepada kakak iparnya itu. Tak terkesan ke Kak Mia melihat abangnya yang tak terurus itu.
'Takpe lah akak. Isha dah nak kena gerak ke kampus ni.'
Mia merenung handphonenya. Dia tahu itu cuma alasan dari Danisha. I'm sorry, adik.
Sekali lagi Mia menuju ke Fisherman's Harbour. Pemandangan di sana membuatkan dia tenang seketika. Selain itu dia boleh memerhatikan gelagat manusia yang membuatkan dia terleka dari memikirkan masalah syarikat dan Danial.
Tidak puas melihat kapal-kapal di Fisherman's Harbour, Mia menuju ke Kings Park pula. Kings Park merupakan taman pertama yang dibuka kepada awam di Australia pada tahun 1872. Alang-alang dia ingin menikmati pemandangan, Botanic Garden turut ditujunya. Subhanallah, lihatlah betapa indahnya pemandangan di kedua-dua tempat yang dilawatinya. Tumbuhan hijau di Botanic Garden memberi kedamaian buatnya. Berada di sini dia boleh explore the river samada berjalan kaki atau berbasikal. Mia mengambil kesempatan itu dengan menyewa basikal dan mula mengayuh mengikut trak yang disediakan. Seronok. Sekali sekala mengeluarkan peluh. Sihat juga. Tapi lagi seronok kalau berbasikal ramai-ramai bersama keluarga. Tidak lupa di sepanjang tempat yang di lawatinya beberapa keping gambar diambil bagi dijadikan kenangan.
Sesampainya di tempat penginapannya, Mia terus merebahkan badannya. Penat setelah dia asyik ke hulu ke hilir dan berbasikal. Jam loceng di meja katil dikalih. Mukanya diraup bagi menghilangkan rasa mengantuk yang menyapa dirinya tiba-tiba. Ini mesti sebab dia keletihan. Lagi pula dia sudah lama tidak berbasikal di tempat-tempat yang mencabar seperti tadi.
Selesai membersih diri dan menunaikan solat Mia terus terlelap dek keletihan dan tak cukup tidur.
Gelap. Mia menggosok matanya.
"Hello," jerit Mia. Namun suaranya bergema tanpa ada sahutan. Dia di mana ni? Bukan ke dia berada di bilik penginapannya?
Mia meraba-raba di sekelilingnya. Kosong. Tiada apa yang disentuhnya. Tiba-tiba di kejauhan dia ternampak Danial.
YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...