Bab 32

19.6K 750 2
                                    

Keesokannya Mia tersedar setelah Danial keluar dari bilik mandi. Jam di tepi ditolehnya.

'Ya Allah.. Subuh aku!!,' jerit Mia dalam hati apabila jam tepat menujukkan pukul 9 pagi.

"Awak sebenarnya saya...."

"Sorry sayang. I'm late. Balik nanti kita jumpa okay," potong Danial lalu dihadiakannya ciuman di dahi Mia sebelum berlari keluar ke keretanya.

"Humph!!!," keluh Mia. Baru je nak luahkan perasaan dia, Danial dah cabut lari.

Alang-alang dah lambat baik ambil emergency leave terus. Ish ish emergency leave di saat syarikat tengah bermasalah. Elok sangatlah tu. Nasib baik pak ciknya bos besar kalau tak dah lama dia menerima surat amaran. Setelah menghantar mesej kepada bosnya baru lah Mia menuju ke bilik mandi. Setelah itu dia menunaikan solat subuhnya walaupun jam sudah menginjak ke pukul 9.30 pagi sekaligus dia menunaikan solat duha.

Baiklah adik-adik, kakak-kakak, abang-abang sekalian, bagi mereka yang tertinggal solat fardu Subuh, waktu yang paling sesuai untuk mengqadha'kannya adalah ketika teringat masih tidak mengerjakannya lagi. Dalam persoalan ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

"Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: 'Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku'. [Maksud hadith dari Qatadah radiallahu-anhu riwayat Imam Muslim)

Oleh yang demikian, jika tertinggal solat Subuh disebabkan bangun lewat, maka waktu solat Subuh yang paling sesuai adalah ketika tersedar daripada tidur tersebut.

Setelah mesyuaratnya tamat iaitu pada pukul 12 tengah hari barulah Danial teringat akan handphonenya yang belum dihidupkan lagi.

Banyaknya miss call yang diterimanya dalam masa tak sampai sehari. Ada 27 miss call dari Mia dan tiga miss call dari adiknya. Sudah dijangka mesti Mia sudah menelefonnya berkali-kali. Perasaan bersalah menghantuinya. "Maafkan Danial, sayang."

Lantas dibukanya mesej-mesej yang diterimanya semalam. 3 mesej dari Mia yang menyuruhnya pulang awal dan mesej menanyakan bila dia nak pulang. Akhir sekali baru dia membaca mesej kiriman adinya.

Abang!!! Kenapa tak on phone? Busy tangkap cintan dengan Kak Mia ke? Adik nak balik Malaysia ni. Jangan lupa fetch me okay. - Danisha -

Balik Malaysia?? Bila? - Danial -

Terus Danial menaip mesej kepada adik kesayangannya itu.

Janganlah adik dia tu dah sampai Malaysia. Mengamuk sakan la dia kalau Danial tak ambilnya di airport.

Right now abang!!!!!!!!!!!!!!!!!! - Danisha -

Banyaknya tanda seru. Ni memang dah mengamuk gayanya. Lantas dicapainya kunci kereta.

"Kak Ida, tolong cancelkan semua appointment saya hari ini. Lepas tu suruh Haikal ambilkan fail untuk Syarikat Hartamas di atas meja saya. Saya tak masuk office hari ini," arah Danial kepada PAnya itu.

"Baik tuan."

"Terima kasih Kak Ida." Setelah itu Danial berlari anak turun ke parking lot. Lagi lambat dia sampai ke airport lagi berasap la telinganya mendengar adik dia membebel. Bebelan adiknya mengalahkan Datin Haslina. Entah perangai siapa la adiknya warisi tu.

"Sara hang out jom. Pergi window shopping nak," ajak Mia menerusi telefon.

"Wei mak cik, kau tau tak sekarang ni pukul berapa?," tegur Sara. Ada ke patut diajaknya dia window shopping pada waktu pejabat.

Alamak lupa pula dia sekarang ni waktu pejabat. Mati kebosanan pula dia berada di rumah sendirian.

"Kau ambil la emergency leave. Sekali sekala apa salahnya," pujuk Mia. Teruk betul dia mengajar Sara curi tulang.

"Jomlah Sara. Please. Aku belanja kau makan," sogok Mia. Mana boleh dia window shopping seorang-seorang bosan kot.

"Yelah.. Yelah.. Kita jumpa dekat sana. Jangan lupa belanja aku makan. Aku nak makan sushi dekat Sushi King tau." Demi kawan yang dah macam keluarga apa salahnya kan sekali sekala punteng kerja. Hehehee. Jahat betul perangai.

"Isha!!!," panggil Danial seraya melambai tangan pada adiknya yang sedang duduk bersilang lengan sambil menjuih bibir. Marah lah tu.

Danial mendekati adiknya itu. "Sorrylah. Abang tak sengaja. Semalam phone abang bateri kong."

"Alasan-alasan. Abang tahu tak adik dah tunggu sini nak dekat 2 jam. Dah la ni first time adik balik Malaysia selepas berbulan-bulan tak balik. Abang memang tak sayang adik. Abang tahu....."

"Okay.. I'm wrong and you are right. Abang belanja makan ais-krim dekat Baskin Robin okay," pujuk Danial sebelum adiknya membebel dengan lebih panjang.

"Deal. Adik nak yang mahal sekali." Sebut je Baskin Robin memang laju je DanIsha. Favourite place tu. Macam-macam jenis ais-krim ada. Tunggu pilih je mana yang berkenan di hati.

Danisha terus menarik bagasinya menuju ke kereta. Tak sabar mahu ke Baskin Robin sampai sudah terngia-ngia lagu Baskin Robin dikepalanya.

"Marah-marah la juga. Adik dah tak nak salam abang ke? Dah tak rindu abang?," tegur Danial.

Danisha terus berhenti melangkah. Adoii, lupa la pula. Itulah marah punya pasal. Danisha terus berlari memeluk abangnya.

"Nan, neomu neomu neomu NEOMU bogoshiposo," ucap Danisha lalu menyalami satu-satunya abang dia di dunia ini.

"I really really miss you too," jawab Danial. Adik dia ni further study ke UK. Tapi pulang Malaysia cakap Korea la pula. Ni mesti penanga drama-drama Korea. Nasib baik dia faham sikit-sikit.

"Jomlah abang. Baskin Robin tengah tunggu adik tu," gesa Danisha seraya menarik tangan Danial.

"Cantiklah dress labuh ni," puji Sara sambil membelek dress-dress yang tergantung di Butik Covergirl.

"Sesuailah dekat kau kalau nak pergi apa-apa function syarikat."

"Betul. Betul. Betul. Aku ambil satu lah," ucap Sara seraya mengambil sehelai dress labuh berwarna biru kehijauan. Kemudian dia terus masuk ke fitting room.

Sementara menanti Sara, Mia melihat-lihat fesyen terkini di butik tersebut. Niatnya hanya mahu berjalan-jalan sambil mencuci mata. Lagipun di rumahnya masih terdapat baju yang belum dirasmika

Tiba-tiba matanya terpandang kelibat Danial dengan seorang perempuan muda yang bergaya. Tapi bukan Danial sepatutnya ada di syarikat ke? Sekarang lunch hour pun dah habis. Yang menjadi tanda tanya siapa perempuan di sebelahnya itu? Nampak manja gila dengan Danial. Siap peluk-peluk lagi.

Mia merenung mereka yang melalui depan butik tersebut. Danial langsung tidak perasan akan kehadiran Mia di situ. Hancur luluh hati Mia apabila Danial langsung tidak menyedari akan dirinya.

"Macam mana? Okay tak?," tanya Sara.

Mia menyapu air mata yang terbit di celah kelopak matanya. Tak mahu Sara mengesyaki apa-apa.

"Okay. Cantik. Sara kita balik sekarang," ajak Mia lesu.

"Okay. Okay," Sara lantas membayar harga dress labuh tersebut apabila menyedari wajah Mia yang berubah mendung.

Sewaktu melintasi Baskin Robin dia terlihat Danial sedang suap-menyuap dengan seorang perempuan muda. Tahu lah dia kenapa Mia berwajah keruh. Mia turut terpandang akan kelibat Danial itu.

"Mia, kau bincang elok-elok dengan dia okay," nasihat Sara sebelum Mia bergerak meningglkan mall tersebut.

"Sorry Sara. Aku gerak dulu."

Di dalam perjalanan air mata Mia jatuh bercucuran. Nasib baik tak banyak kereta yang menggunakan jalan yang diambilnya itu. Kalau tak accident sia-sia je.

Sampai hati Danial buat dia macam ini setelah apa yang mereka lalui semalam. Apa makna cinta yang diucapkan Danial selama ini? Mia teringat akan cerita yang disampaikan oleh kakak tirinya. Jadi semua omongan kakak tirinya itu betul belaka.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now