Bab 4

28.8K 1.1K 27
                                        

15 TAHUN KEMUDIAN

'..........and they live happily ever after'

"Mia!!!!!!!"

"Yes, mak cik!!! I'm coming," jerit Mia lantas menutup buku fairytale yang dibacanya itu. Mia lantas berlari keluar dari biliknya. Kini dia tidak lagi menetap di bilik yang sama. Biliknya telah dijajah oleh Melissa. Kini dia menetap di bilik yang dijadikan bilik simpanan barang-barang. Nak buat macam mana kan. Nasib baik ada bilik sendiri cuba kalau evil monster tu campak dia dalam toilet tak ke haru namanya.

"Ambil ni," jerit Azizah lantas membaling mop betul-betul di kaki Mia setelah dia turun dari tangga. Nasib tak termelatah.

"Aku nak kau cuci rumah ni sampai bersih. Jangan ada satu habuk pun yang tertinggal," arah Azizah.

"Yes, madam," balas Mia, lemah. Cuci rumah lagi. Tiada ke benda lain nak suruh dia. Asyik-asyik kemas rumah, cuci pinggan, masak, basuh baju. Sekali-sekala suruh dia shopping pun best gak. Ahak, berangan jelah Mia.

"Pastikan bersih ye 'adik'," ucap Mellisa menyindir.

'Yelah. Pernah ke dia buat sekerat jalan,' getus Mia dalam hati.

"Let's go for shopping!!" jerit Marissa lantas melanggar bahu Mia yang sedang menghalang laluannya. Dia tersenyum sinis kepada Mia.

Mia memulakan tugasnya membersihkan rumah peninggalan arwah papanya itu. Azizah merupakan mak tirinya atau pun digelar evil monster, manakala Mellisa dan Marissa ialah kakak tirinya. Of course la ada gelaran juga iaitu evil sisters. Tapi gelaran itu cuma dia dan Sara je tahu. Kalau mereka tahu pasal gelaran tu confirm seminggu Mia tak diberi makan.

Episod dukanya diulang tayang, arwah papanya berkahwin dengan Azizah setelah ibunya meninggal ketika dia berumur 5 tahun. Arwah papanya merupakan pemilik syarikat Air Trio. Buat masa sekarang syarikat itu diuruskan oleh adik papanya. Sewaktu papanya masih ada, dia selalu didera oleh mak tirinya tanpa pengetahuan papanya. Sementelah papanya sering ke luar negeri atau negara atas urusan kerja. Jadi senanglah Azizah menderanya. Sewaktu papanya masih ada dia menerima ugutan dari Azizah yang menyebabkan dia tidak pernah mengadu kepada papanya. Kini setelah papanya pergi menyambut seruan Ilahi, mak tirinya makin melampau. Mia dilayan seperti orang gaji.

"Oh right, bukan 'seperti' orang gaji memang aku ni orang gaji pun kat rumah ni," keluh Mia.

Mak tirinya memberhentikan semua orang gaji yang pernah berkhidmat di rumahnya itu. Segala kerja yang dilakukan oleh orang gajinya dulu kini terletak di atas bahunya. Memasak, membasuh, mencuci, semuanya dialah yang buat. Kakak-kakak tirinya itu pun satu kepala dengan mak tirinya, suka mengarah dia. Dia pula dengan terpaksa mengikut segala arahan mereka.

"Arghhhhhhhhhhh, ingat aku ni Cinderella ke!!!!!!," jerit Mia sambil menghempas penyapu bulu ayam yang dipegangnya. Nasib baiklah tiada sesiapa di rumahnya itu.

Teringat pula dia kisah Cinderella yang didera olah mak tiri dan kakak-kakak tirinya.

"Masalahnya mana prince charming aku ni. Cepat-cepat lah selamatkan aku." Setelah berkata begitu Mia tergelak.

"Gila. Mana ada prince charming dalam dunia ni," bebel Mia.

"Kenapalah arwah papa bina rumah gedabak macam ni?? Yang susah siapa jugak, aku!!!," jerit Mia sekali lagi lalu mengambil penyapu bulu ayam yang dibalingnya tadi dan meneruskan kerjanya membersihkan banglo itu. Bila la cuti semester ni nak habis. Sekurang-kurangnya bila ada kelas kurang sikit dia diarah oleh mak dan kakak-kakak tirinya itu. Nasib baiklah mak tirinya membenarkan dia menyambung pengajian. Itu pun semata-mata nak tutup pandangan masyarakat bahawa dialah mak tiri yang bertanggungjawab.

Aku Bukan CinderellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang