Bab 2

33.5K 1.2K 10
                                    

Panggilan telefon menyedarkan Darus dari mimpinya. Kenangan lalu terbayang-bayang di matanya. Di sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan jua di tengah hari. Kini genap setahun Wardina meninggalkannya dan Mia. Wardina meninggalkannya ketika dia masih memerlukannya, ketika dia masih belum bersedia untuk berpisah darinya. Namun siapa dia untuk menyalahkan takdir yang telah tertulis untuknya.

Sebulan selepas mereka pulang dari London, Wardina terlibat dengan kemalangan ketika mahu menjemputnya di pejabat bersama-sama pemandunya. Kemalangan yang terus meragut nyawa isteri yang dicintainya.

Bagaimana sengsaranya dia apabila Wardina pergi meninggalkannya. Tidur, makan dan pakainya tidak terurus. Dia seolah-olah seperti mayat hidup.

'Kringgg.. Kringgg..'

Sekali lagi deringan telefon menyentaknya dari lamunan.

Tertera panggilan dari rumahnya.

"Assalamualaikum, papa. Papa di mana? Mia rindu," ucap Mia setelah panggilannya bersambut.

"Walaikumusalam. Sorry sayang papa terlelap di pejabat. Papa balik sekarang okay." Lantas tangannya laju mengemas mejanya yang bersepah.

"Okay, papa. I love you."

"I love you too, sayang," ucap Darus sebelum menamatkan panggilan.

Mia. Anak yang tabah. Tidak setitik pun air matanya jatuh ketika diberitahu mamanya telah tiada. Tiada satu kata pun yang terungkap. Mia hanya diam. Seolah-olah dia mengerti segalanya. Walhal, Wardina meninggalkan Mia ketika Mia masih memerlukan kasih sayng dan perhatian darinya.

Dia bangkit dari kesedihan dan kesengsaraanya disebabkan Mia. Satu-satunya bukti kukuh cinta antara dia dan Wardina. Mia yang mengembalikan keceriaan hidupnya dikala dia diulit kesedihan.

Janjinya pada Wardina akan dikotakan. Janji untuk menjaga Mia sepenuh jiwa dan raganya.

Ketika dia dalam perjalanan pulang ibunya menelefonnya meminta untuk pulang ke rumah keluarganya. Katanya ada hal penting. Lantaran itu, dia menjemput Mia di rumah dan terus bergegas ke Johor.

"Papa, kenapa kita pulang ke rumah granny?," tanya Mia memecahkan kesunyian.

"Emmm, Mia rasa?," tanya Darus berteka-teki.

"Ini mesti sebab granny rindukan Mia," jawab Mia yakin.

Darus tergelak mendengar jawapan Mia.

"Granny je rindukan Mia. Mia tak rindukan granny ke?"

"Mestilah Mia rindukan granny. Tapi Mia lagi rindukan mama," jawab Mia.

Terdiam Darus mendengar kata-kata Mia. Iya, dia pun turut merindui Wardina.

"Mama cakap dengan Mia jangan nakal-nakal. Mama suruh Mia jaga papa," sambung Mia.

Darus akui semenjak Wardina tiada Mia banyak menghabiskan masanya dengan dia. Di mana dia ada di situlah Mia ada kecuali ketika dia ke pejabat.

"Sayang papa pegang apa tu?," tanya Darus merujuk kepada buku yang dipeluk Mia.

"Ini. Buku mama, buku fairytale," jawab Mia lantas memeluk erat buku tersebut seolah-olah dia memeluk mamanya.

Darus mengusap kepala anaknya itu. Mengerti perasaan yang dirasai anaknya itu.

Setelah 5 jam perjalanan akhirnya mereka sampai di perkarangan rumah keluarganya.

Tidak sampai hatinya mahu mengejutkan anaknya yang sedang nyenyak tidur. Lantaran itu, dia mendukung anaknya menuju ke biliknya. Setelah itu dia turun untuk berjumpa dengan ibunya.

"Kopi," pelawa Darina.

"Terima kasih ibu," ucap Darus lalu mencium tangan ibunya.

"Perkara apa yang ibu nak bincangkan dengan Darus?"

"Emm, begini. Wardina telah setahun tinggalkan kamu." Darina berhenti berbicara untuk melihat reaksi Darus.

Darus seperti dapat menjangkakan apa yang ibunya mahu sampaikan.

"Jadi, ibu berfikir ada baiknya jika Darus berkahwin lagi satu," cadang Darina.

Seperti yang dijangkakan. "Ibu, cinta Darus hanya untuk Wardina. Darus tak mampu untuk cintai orang lain. Hati Darus telah terkunci rapat."

"Kalau bukan untuk Darus pun fikirlah demi Mia. Mia perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang ibu. Darus seorang sahaja tidak memadai."

"Tapi ada bibik dan pengasuh yang menjaga dia," sangkal Darus.

"Iya, betul. Tapi tak sama dengan penjagaan dan kasih sayang dari seorang ibu."

Darus diam.

"Darus naik dulu lah ibu," pinta Darus.

"Fikir-fikirkan lah cadangan ibu ni," ucap Darina sambil menepuk bahu anaknya itu sebelum anaknya berlalu.

Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan si puteri yang sedang lena tidur sambil memeluk buku pemberian Wardina.

Kepala Mia diusapnya penuh kasih. Jelas di wajah Mia dia rindu akan belaian seorang ibu.

Terngia-ngia akan kata-kata ibunya. Ada benarnya apa yang dikatakan ibunya. Dia harus mencari seorang ibu untuk Mia. Kata putus telah difikirkan semasak-masaknya.

Kemudian, Darus baring di sebelah Mia. Anaknya ditarik ke dalam pelukannya. Mia adalah semangatnya untuk hidup. Dia mahukan yang terbaik buat anaknya itu.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now