Bab 14

25.3K 996 6
                                    

Hari ini Mia hanya ada satu kelas sahaja iaitu pada waktu pagi. Jadi masa yang selebihnya dia luangkan untuk menemani Datin Haslina di rumah.

"Mama, biasanya rumah ni mama kemas sendiri ke?," tanya Mia yang sedang menyapu lantai. Larat ke mama nak kemas rumah ni sorang-sorang? Aku yang muda belia kemas rumah arwah papa tu pun semput.

"Memang tak la mama kemas rumah ni sorang-sorang. Mau pancit mama. Biasanya bibik yang kemas rumah ni," jawab Datin Haslina. Dia turut bersama-sama Mia untuk mengemas rumah itu. Dari matanya dia tahu Mia tidak kekok untuk membuat kerja-kerja rumah ni. Tak macam ex-girlfriend Danial yang dulu.

"Assalamualaikum."

"Walaikumusalam," jawab Mia dan Datin Haslina serentak.

"Aik, awalnya Danial balik," tanya Datin Haslina kehairanan. Kini, Danial sudah menamatkan pengajiannya dan menumpukan sepenuh perhatian pada syarikat papanya yang telah dia warisi.

Sekarang ni baru je masuk pukul 2.00 petang.

"Danial balik awal sebab nak jumpa isteri kesayangan Danial la mama. I miss you sayang." Danial lantas memeluk Mia dari belakang. Harini kerjanya tidak banyak pun. Setakat sign dokumen penting. Lepas tu dia terus cabut la. Mujur syarikat sendiri. Kalau dia bekerja di bawah seliaan syarikat lain mesti sudah dipecat dengan perangainya itu.

Mia terkejut apabila Danial memeluknya. Ini sudah lebih sudu dari kuah ni. Mentang-mentang depan mama.

"Itulah papa suruh ambil cuti panjang-panjang tak nak. Ini mesti time kerja asyik teringat Mia je. Dah-dah kamu pergi naik mandi. Kesian Mia tu menahan bau peluh kamu," arah Datin Haslina. Degil betul. Orang dah kata ambil cuti panjang tengok sekarang mulalah tak menyempat nak berkepit.

"Ehem.. Tau Danial ni. Bau!! Masam," gurau Mia sambil menutup hidungnya tanda busuk. 'Berapa lama lagi kau nak peluk aku ni??'

"Yelah sayang. Masam-masam pun yang ni lah sayang peluk siang malam." Danial merungkai pelukannya. Sebelum berlalu Danial sempat menghadiahkan Mia ciuman di pipi.

Tergamam, terdiam, tersentap, terblushing Mia dibuatnya. 'Arghhhh, mamat ni makin melampau!!!! Dah la siap bersayang-sayang lagi. Menyampah,' marah Mia dalam hati. Danial senyum apabila melihat muka Mia yang malu-malu. Comel!

"Nasib baik la mama ni pernah muda," ucap Datin Haslina, tergeleng melihat tingkah laku Danial.

"Aaaaa, Mia. Mama nak tegur sikit boleh?," tegur Datin Haslina setelah Danial berlalu.

'Alamak!! Aku ada buat silap ke?.' Pelik je tetiba mama minta izin. "Mia ada buat silap ke mama?"

"Bukan. Bukan silap kamu pun. Cuma kamu dan Danial kan dah kahwin. Jadi mama rasa tak sesuai la asyik panggil nama je. Kita ni nak tambat hati suami kena la panggil manja-manja. Tak ke gitu?," nasihat Datin Haslina.

"Maksud mama?" Aku nak panggil Danial manja-manja? Erk, macam pelik je.

"Maksud mama panggil Danial dengan panggilan yang sepatutnya la. Macam 'abang'. Tak pun 'honey' 'bee' 'darling'," cadang Datin Haslina.

'Erk.. 'honey a.k.a madu' 'bee a.k.a lebah' 'darling a.k.a gedik'. Eiuuu, geli geleman aku dengar. Harus ke aku panggil Danial macam tu?'

"Dah-dah jangan nak mengelamun dekat sini. Sekarang kamu pergi layan suami kamu tu. Ni satu lagi tip dari mama untuk keluarga bahagia. Sentiasa sediakan pakaian untuk suami. Layanan first class tau," nasihat Datin Haslina lagi. Dia tahu tiada cinta untuk Danial dari sinar mata Mia. Tapi dia pasti Danial boleh bahagiakan Mia. Cinta kan boleh dipupuk macam dia dulu-dulu. Dia doakan semoga rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga hujung nafas.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now