Bab 42

19.7K 720 1
                                    

Syarikat Air Trio mempunyai 5 rangkaian hotel terbesar di Malaysia. Disebabkan itu banyak wang yang perlu dilabur bagi membaiki dan menambahbaikkan hotel-hotel tersebut. Namun semenjak Mira mengambil alih syarikat tersebut kewangan syarikat jadi merosot. Mia tahu Mira mengelapkan wang syarikat cuma dia tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Mira dimuka pengadilan.

"Mia ada bad news pasal syarikat," ucap Azlin melalui skype.

"Go on Azlin." Baru je dia ingin bersenang-lenang pada hari ini. Namun hal syarikat harus diutamakan kali ini.

"Kilang yang mengedarkan perabot-perabot untuk hotel kita sudah menamatkan kontrak. Mereka taknak berkerjasama dengan syarikat lagi," terang Azlin.

"Apa!!! Kenapa mereka taknak sambung kontrak? Bukan ke kita salah satu syarikat tunggal yang menggunakan khidmat mereka?." This is really bad news. Kalau mereka menamatkan kontrak bagaimana syarikat mahu mencari kilang lain yang mampu menyediakan perabot yang berkualiti. Lagi pula hanya kilang itu yang betul-betul fasih akan rekaan yang arwah papa reka.

"Macam biasalah Mia, kewangan. Kita lambat bayar kepada mereka. Lagipun syarikat dah tak mampu nak bayar perabot-perabot untuk hotel yang sedang dibina di Pahang."

"Macam mana dengan hotel yang sedang dibina tu?" Mia boleh jangka mesti hotel yang sedang dibina di Pahang terbengkalai.

"Pembinaan hotel tu terpaksa dihentikan. Buruh-buruh ramai berhenti sebab mereka merungut kita tak bayar gaji mereka. Malah pekerja-pekerja di syarikat ini pun ada yang sudah berhenti tanpa gaji. Cuma yang sudah lama berkhidmat di syarikat ini je yang tinggal." Walaupun gaji yang diperolehi Azlin tidak mencukupi namun dia tetap berkhidmat di syarikat itu. Dia pasti suatu hari nanti Mia boleh membangunkan syarikat itu semula. Lagi pula dia berjanji untuk membantu Mia menghapuskan Mira dari syarikat.

Tepat seperti jangkaan Mia.

"Kalau dibiarkan, Syarikat Air Trio akan dikuasai oleh syarikat yang lain. Sudah banyak syarikat-syarikat yang ingin menakluki syarikat kita ni. Cuma tunggu masa untuk kita betul-betul gulung tikar," adu Azlin.

Apa yang sudah Mira buat ni? Makin dibiarkan, syarikat jadi makin merosot. Tak akan sesekali Mia menyerahkan syarikat ini jatuh ke tangan pihak lain.

"Hem, Azlin tolong kumpulkan semua data-data pekerja Syarikat Air Trio yang sudah berhenti dan yang masih bekerja. Juga hal berkaitan kilang perabot tu. E-mel kan pada aku," arah Mia.

"Baik Mia." Laju sahaja tangan Azlin menghantar semua yang diminta oleh Mia.

"Lagi satu minta tolong Amin untuk kumpulkan bukti pasal penyelewengan duit syarikat. Kalau dia enggan khabarkan pada aku," pinta Mia. Hanya Amin yang boleh menyiasat hal berkaitan kewangan syarikat tanpa diketahui Mira.

"Okey. Ada apa-apa lagi ke?"

"For now itu saja. Terima kasih banyak-banyak Azlin."

"No hal bro. Kita geng kan." Ish Azlin ni sempat lagi bercanda.

Tamat sahaja skype, Mia terus meneliti data-data pekerja. Non-stop dia bekerja. Berhenti cuma untuk solat dan makan sebentar.

"Argh, sumbat!!!," jerit Mia. Pening dah kepala dia teliti data-data syarikat ni.

Lantas dia membawa diri keluar dari tempat penginapannya dengan membawa laptop. Fisherman's Harbour ditujunya. Matanya direhatkan sebentar dengan menjamu pemandangan kapal-kapal yang pelbagai saiz. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menenangkannya.

Kemudian dia mencari tempat yang sesuai untuknya menyambung kerja.

Sedang Mia leka menyenaraikan pekerja-pekerja yang telah lama berkhidmat dengan syarikat, dia dikejutkan dengan sebiji bola yang melantun dikakinya. Lantas diambilnya.

"I'm sorry. Can I have that ball?"

"Sure. Here it is." Bola di tangannya diambil oleh kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 3 tahun. Setelah mendapat bolanya kanak-kanak itu terus berlari menuju ke arah orang tuanya yang sedang duduk di bangku. Senyuman manis dihulurkan oleh parent kanak-kanak tersebut kepadanya.

Petah dan sopan sungguh bicara kanak-kanak itu. Perutnya diusap. Teringat bahawa ada nyawa lain berada di dalamnya. Alhamdulillah. Sepanjang dia berada di Australia badannya langsung tidak meragam. Muntah-muntah pun kurang. Seolah-olah bayi yang dikandungnya mengerti akan kesulitan yang dihadapinya.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi e-mel yang muncul di screen. E-mel dari Amin berkaitan kewangan syarikat yang terbaru. Syukur Amin masih mahu membantunya. Ingatnya Amin sudah berkomplot dengan Mira untuk menjatuhkannya namun dia sedar ini semua permainan Mira. Apakah kesalahan yang telah Amin lakukan di masa lalu yang membuatkan dia menurut kata-kata Mira?

Amin meraup wajahnya. Dia sudah selesai menghantar e-mel kepada Mia. Teringat mesej yang diterimanya dari Azlin.

Salam. Mia nak minta bantuan kau. Dia nak kau tolong siasat pasal penyelewengan kewangan syarikat. She trust you the most. -Azlin-

'She trust you the most.' Ayat itu asyik terulang-ulang dimindanya. Perasaan bersalah menghantuinya. Tak. Dia bukan orang yang boleh dipercayai Mia. In shaa Allah. Dia akan membantu Mia selagi terdaya. Apa yang dimahukan Mia akan diturutnya. Itu hukuman kepadanya. Kurang sikit rasa bersalah atas apa yang terjadi.

"Huh," keluh Amin. Dia menjadi seorang pengecut hanya kerana sekeping gambar. Gambar yang mampu meranapkan masa depannya. Pilihan apa yang dia ada sekarang selain mengikut telunjuk Mira.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now