Danial mengeluh. Masuk kali ini sudah seratus lebih 'Mia' yang ditemuduga namun Mia yang dicari-carinya masih belum ditemui. Bukan sahaja Danial, Haikal juga sudah seperti berputus asa untuk meneruskan sesi temuduga itu. Hari sudah semakin gelap namun yang beratur untuk ditemuduga masih panjang.
"Dude, idea kau memang terbaik," sindir Amirul seraya menepuk bahu Imran yang masih meneruskan sesi temuduga itu.
"Aku tak sangka pula ramai yang ada nama 'Mia'. Yang nama bukan Mia pun mengaku nama gelaran dia Mia," adu Imran. Tidak disangka ideanya membawa padah kepada dirinya sendiri. Rahangnya sudah lenguh gara-gara tidak henti melemparkan senyum.
"Kau ni macam tak tahu berapa ramai perempuan berangan nak jadi awek Danial," balas Amirul.
"Aku rasa kita patut tamatkan sahaja interview yang sia-sia ni. Makin lama makin mengarut aku rasa. Lagipun aku tak rasa Mia yang aku cari tu akan muncul," cadang Danial.
"Aku sokong," tambah Haikal.
"Attention, please. Kami disini nak ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk diinterview. Tapi, sukacita saya maklumkan interview ini ditamatkan sekarang memandangkan waktu kolej pun sudah berakhir," ucap Amirul lantang. Usai Amirul berkata-kata terdengar pelbagai rungutan dan keluhan dari mereka yang sudah lama beratur gara-gara menunggu giliran mereka untuk ditemuduga.
Sedang Melissa dan Marrissa berjalan pulang dengan lagak modelnya, mereka dikejutkan dengan kehadiran kertas yang tiba-tiba terbang dan menampar muka Melissa.
"What the hack!!," jerit Melissa. Hilang terus gaya modelnya. Marissa disebelahnya sudah meletuskan ketawa.
"Seronok kau gelak," marah Melissa lantas memukul Marissa menggunakan kertas yang berterbangan tadi.
"Sorry, sis," ucap Marissa dalam sisa ketawanya.
"Makhluk mana yang berani buang sampah merata-rata? Kalau aku tahu angkara siapa siap lah," marah Melissa. Kertas itu direnyuk-renyukkan lalu dibaling ke lantai. Namun, nama Danial yang tertulis pada kertas itu menarik perhatiannya. Lantas kertas itu dikutipnya semula.
Marissa mendekati Melissa untuk membaca apa yang tertulis pada kertas itu. Setelah, kertas itu dibetulkan, Melissa dan Marissa memandang antara satu sama lain.
"Mia??!," ucap mereka serentak.
Lantas mereka menuju ke ruang legar dimana temuduga itu dijalankan. Namun hampa apabila ramai orang berpusu-pusu untuk keluar dari situ.
"Dah habis ke?," tanya Melissa kepada Marissa. Marissa hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.
"Jom balik. Kita ada urusan yang perlu diselesaikan," ajak Marissa.
Maknanya betullah buah mulut yang mengatakan bahawa Danial sedang mencari calon isteri.
"Mia!!!!!!!," jerit Melissa dan Marissa usai pulang dari kuliah.
"Kau memang nak rasa makan penampar aku kan," marah Marissa.
'Pang..'
"Tiada gunanya kau beri amaran bagai," jelas Melissa. Kan senang tak payah penat-penat nak tengking bagai.
Mia tergamam. Terasa pijar pipinya yang ditampar Melissa. Salah apa pulak dia kali ini sampai Melissa menamparnya??
"Kenapa..."
"Kenapa aku tampar kau?," potong Melissa.
"Hah, sepatutnya kau tanya diri kau tu. Dasar perempuan tak sedar diri," sindir Marissa.
"Si jantan keparat tu cari Mia. Siapa Mia yang dimaksudkan.. Kau ke?," tanya Melissa sambil mencerlungkan matanya.
"Apa akak merepek ni? Bukan saya seorang je nama Mia, berapa ramai orang dalam dunia ni nama Mia." Dia tahu siapa yang dimaksudkan Melissa dan Marissa. Tak lain tak bukan jejaka terhangat di pasaran, Danial.
Ini mesti pasal iklan mengarut tu. Ish, kalau dia jumpa siapa yang tampal iklan mengarut tu sudah dia lenyek-lenyek macam cengkodok pisang. Tak pasal-pasal pipi dia yang mulus ni menjadi mangsa tamparan Melissa.
"Bukti apa yang akak ada sampai akak nak tuduh Mia," marah Mia pula.
'Pang...' sekali lagi Mia ditampar oleh Marissa.
"Wau, fast learner," puji Melissa kepada Marissa.
Mia hanya berdiam diri. Dia menerima sahaja apa yang Melissa dan Marissa lakukan. Tiada guna dia melawan. Akhirnya jua dia juga yang akan dipersalahkan. Berada di dalam kurungan kerabat evil menyebabkan tiada tempat untuk dia mempertahankan dirinya sendiri. Yang betul tetap salah, apatah lagi yang salah. Pokoknya, semua yang Mia cakap salah dimata mereka.
"Berani kau menjawab," marah Marissa.
"Aduh!!!! Akak nak bawak saya ke mana?," keluh Mia kesakitan apabila Melissa menarik cuping telinganya sambil memaksanya berjalan mengikuti langkahnya.
Sesampainya di bawah tangga Mia ditolak masuk ke dalam sebuah bilik kecik. Bilik yang dijadikan sebagai tempat beristirehat untuk pembantu rumahnya pada masa dulu. Yang ada dalam bilik itu cuma tilam semata-mata.
"Kak!!!!!," jerit Mia apabila Melissa mengunci pintu dari luar.
"Kau duduk situ diam-diam sampai aku puas hati," ucap Melissa lantas berlalu dari situ.
"Kak jangan buat Mia macam ni!!!!," jerit Mia.
"Kak, Mia pinta untuk solat sebentar lepas tu akak nak buat apa pada Mia buat lah," jerit Mia lagi apabila menyedari yang dia masih belum menunaikan solat Asar.
Hanya satu sahaja yang difikirkan Mia ketika ini. Macam mana dia mahu menunaikan kewajipannya yang satu itu apabila dirinya tidak sempurna untuk menghadap sang pencipta.
"Kak Melissa," jerit Mia. Namun tiada balasan.
Tiba-tiba Mia terdengar bunyi tapak kaki seseorang sedang berjalan di hadapan bilik tersebut. Lantas dia memanggil.
"Siapa dekat luar? Tolonglah Mia nak minta satu benda je," rayu Mia.
"Kau nak apa?," tanya Azizah kasar.
"Mak cik, Mia nak minta telekung sahaja mak cik. Waktu Asar dah nak habis ni mak cik," pinta Mia disebalik pintu yang berkunci.
"Kau ingat aku ni kuli kau? Sesuka hati je nak mengarah aku," marah Azizah lantas berlalu dari situ. Niat dia ke situ hanya mahu memastikan suara siapa yang membuat bising. Ni mesti perbuatan anak-anak kesayangannya itu.
"Mak cik!!! Mak cik!!!," jerit Mia. Pudar harapannya agar permintaannya yang satu itu ditunaikan. Menyesal dia tidak mengerjakan solat Asarnya di kolej terlebih dahulu. Ada hikmahnya apa yang terjadi ke atas dirinya itu. Ini menyedarkan dia untuk solat diawal waktu tanpa perlu bertangguh-tangguh. Malah, solat diawal waktu itukan dituntut oleh Allah SWT.
Mia lantas memandang dirinya. Baju kain semua okay dah tutup aurat tapi.. Mia menggaru kepalanya. Satu ni je masalah dia sekarang ni. Sekelilingnya dipandang.
'Ahak!!' jerit Mia dalam hati. Dia sudah tahu bagaimana nak tutup rambutnya itu. Cadar tilam pun jadi lah. Asalkan auratnya tertutup
'Ya Allah, kau terimalah ibadatku ini. Amin,' doa Mia dalam hati.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
רומנטיקהCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...