Bab 23

21.7K 898 5
                                    

Hari ini Mia meminta kerja separuh hari dari pak ciknya. Ada kerja yang perlu dia bereskan hari ini.

Habis sahaja waktu kerjanya dia menuju ke pasaraya untuk membeli sedikit barang mentah. Kemudian Mia pulang ke rumah dan memasak makanan special untuk Danial iaitu menu barat seperti pizza, spagetti dan lain-lain.

Hari ini dia ingin membuat kejutan untuk Danial lantaran rasa bersalah terhadap layanannya semalam. Jelas diwajahnya Danial terasa dengan pelakuannya semalam. Ini semua gara-gara Mira yang mengarahkannya membuat kerja diluar kuasanya. Sekejap buat itu, sekejap buat yang ini. Aduhh, berasap dia dibuatnya.

Sebelum waktu lunch tiba, Mia memandu ke syarikat Danial berseorangan.

"Tumpang tanya, pejabat Encik Danial di mana?," tanya Mia kepada gadis yang menjaga kaunter di lobi syarikat itu.

"Maksud cik, Encik Adam Danial bin Dato' Hishamuddin ke?." Yelah dalam dunia ni bukan seorang je nama Danial.

"Yup."

"Cik ada buat appointment ke? Nama cik?"

"Emm, saya isteri dia," ujar Mia. Kejadah apa nak lawat suami dia kena buat temu janji bagai.

"Ohh, maaf Puan Mia. Ini kali pertama saya bertemu dengan puan. Nak saya beritahu pada Encik Danial ke?."

"Emm, tak mengapa. Biar saya jumpa dia sendiri." Janggal sebentar Mia ada yang membahasakan dirinya 'puan'. Ini kali pertama ada yang menggelarnya dengan panggilan 'puan'.

"Baik Puan Mia. Pejabat Encik Danial di tingkat 10."

Mia mengucapkan terima kasih dan berlalu untuk menuju ke pejabat Danial. Agaknya Danial marah tak dia muncul di pejabatnya tiba-tiba? Risau juga dia dibuatnya.

Mia mengetuk pintu pejabat Danial setelah dia menjumpai pintu bertanda namanya.

"Masuk," arah Danial dari dalam. Mia menarik nafas sebelum membuka pintu tersebut.

"Hai, awak. Saya kacau ke?," tanya Mia apabila dia melihat Danial sedang berbincang sesuatu dengan Haikal.

"Mia!! What a suprise. Come in. Kami dah habis berbincang pun," sapa Haikal lantas dia menutup segala fail-fail yang terbentang di hadapannya.

"Hai Haikal, lama dah tak jumpa korang semua. Sihat?," tegur Mia.

"Alhamdulillah. Mia makin berseri-seri ya selepas kahwin ni. Kalau saya tahu saya dah lama masuk line," gurau Haikal. Sengaja ingin melihat reaksi Danial.

"Ehem, yang kau puji tu isteri aku. Line dia dah penuh dengan aku," jawab Danial separuh berbisik kepada Haikal. Isyh, Haikal ni agak-agak la nak usyar bini orang. Lagipun si Sarah tu kau nak campak ke mana?

"Ada-ada jelah Haikal ni," balas Mia tersipu malu. Encik suami dekat sebelah tu dah jealous lah tu. Pandang Haikal pun semacam je.

"Oh by the way, datang la rumah kami lepas Ishak. Ajak Sara sekali. Mia buat makan-makan sikit untuk kita-kita. Lagipun dah lama tak contact Sara semenjak dia bekerja ni," ajak Mia.

"In sha Allah. Tiada aral melintang kami sampai. Okaylah saya keluar lunch dulu. Danial jangan nakal-nakal. Have a good day guys," ucap Haikal tersengih nakal kemudian dia berlalu keluar.

"Ada hal apa sampai sayang cari saya dekat office ni?," tanya Danial. Tak pernah-pernah Mia datang pejabat dia. Ada hal kecemasan ke?

"Eh, dah waktu lunch la. Jom makan," ajak Mia berpura-pura melihat jam ditangannya.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now