Bab 33

19.4K 696 14
                                        

"Mana perempuan gila tu?," tanya Mira kasar kepada Azlin.

"Dia ambil emergency leave," jawab Azlin acuh tak acuh. Tahu saja siapa perempuan gila yang dimaksudkan Mira. Menyampah dia bercakap dengan Mira yang tidak tahu menghormati orang lain. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia tidak peduli akan Mira tapi nanti dia juga yang sakit telinga dan hati mendengar tengkingan si Mira.

"Emergency leave??," jerit Mira. Azlin serta-merta menutup telinganya. Mahu pecah gegendang telinganya.

Tanpa menunggu lebih lama Mira terus menuju ke pejabat abahnya.

"Abah!!," panggil Mira tanpa salam.

"Ya, ada apa?," jawab Daud. Handphone yang dipegangnya diletakkan di atas meja.

"Perempuan gila tu ambil emergency leave. Kenapa?," tanya Mira, tidak berpuas hati.

"Perempuan gila? Siapa?"

"Abah boleh jangan pura-pura bodoh tak. Siapa lagi orang gila yang abah sayang sangat lebih dari anak sendiri tu?," perli Mira menyampah.

"Oh, Mia. Kenapa dengan dia?" Siapa tak sayang anak sendiri Mira oii. Kau je yang tak sedar-sedar. Kalau abah kau tak sayangkan kau dah lama dia buang kau tepi jalan. Mia tu pun sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Kenapa dia ambil emergency leave?," ulang Mira. Selagi dia tidak mendapat jawapan dari abahnya selagi itu dia tidak akan berganjak dari situ.

"Apa salahnya dia ambil emergency leave? Sekurang-kurangnya dia tahu prosedur syarikat. Tak macam kamu. Suka hati nak datang atau tak nak datang kerja. Datang kerja pun goyang kaki, minta duit dengan abah," bebel Daud. Semua gerak-geri Mira dia tahu. Duduk satu department sudah tentu dia sendiri boleh lihat dan dengar segala tindak-tanduk Mira

"Kenapa Mira pula yang salah. Abah kan bos jadi suka hati Mira lah nak datang bila-bila. Bukannya ada siapa-siapa peduli," jawab Mira. Bosan dia 12 jam berada di syarikat ini tanpa buat apa-apa. Dia bukannya berminat untuk mempelajari selok-belok menguruskan kewangan syarikat. Buang masa je. Baik dia shopping tak pun clubing.

"Tak lama abah jadi bos syarikat ni. Lambat laun abah kena pulangkan semula kepada pemilik asal dia." Kesihatan dia bukannya baik sangat. Jadi ada bagusnya dia serahkan semula syarikat ini pada Mia sebelum dia menutup mata. Sudah sampai masanya untuk dia beristirehat di rumah. Tapi sebelum itu dia harus selesaikan masalah yang sedang dihadapi. Barulah tenang hatinya untuk menyerahkan hak milik syarikat itu kepada Mia.

"Pemilik syarikat? Pak long dah lama mati la abah." Jangan-jangan abah maksudkan pemilik syarikat ini ialah Mia.

"Jaga sikit percakapan kamu. Hormat pada orang yang dah pergi," tegur Daud. Mira hanya memuncungkan bibir apabila ditegur Daud.

"Betul lah apa yang Mira cakap. Abah kan yang pegang share terbanyak dalam syarikat ini." Macam tu lah Mira suka mendengar kata-kata dia sahaja. Orang tegur tak nak dengar. Sebab itu lah dia jadi keras kepala dan degil. Ikut perangai siapa pun dia tak tahu.

"Memang lah abah yang pegang share syarikat terbanyak tapi Mira lupa ke yang dulu mana abah mampu beli semua share-share tu. Ini semua duit dari pak long kamu. Lagipun share Mia, abah yang pegang," ucap Daud mengingati Mira. Dia tak nak lah anaknya itu lupa daratan. Lupa pada siapa yang banyak berbakti kepada mereka sekeluarga.

"So?? Orang tu dah lama mati. Bukannya dia boleh bangun balik untuk tuntut hutang dia," jawab Mira angkuh.

"Mira!!!!," marah Daud. Serta-merta dia memegang dadanya yang berdenyut tiba-tiba.

"Abah akan serahkan semuanya pada Mia. Itu wasiat pak long kamu," tegas Daud tanpa meminta pandangan dari sesiapa pun. Amanah yang harus dijaganya selagi Mia belum sedia mentadbir syarikat.

'Serahkan semuanya pada Mia? Huh, abah memang dah gila. Habis tu nanti dia nak dapat duit dari mana? Nak rompak bank?,' bebel Mira dalam hati.

"Abah memang dah gila. Habis tu abah serahkan semuanya pada perempuan malang tu apa je yang tinggal untuk kita? Alah, abah itu wasiat je bukannya ada hukuman apa-apa kalau tak buat."

"Memang kita tak kena apa-apa di dunia ini. Tapi akhirat belum tentu lagi. Abah cuma nak sampaikan amanah yang abah pegang selama ini," ucap Daud seraya mencapai botol ubat sakit jantung apabila sakit di dadanya makin mencengkam. Malang tidak berbau apabila botol ubat tersebut jatuh apabila tangannya terketar-ketar memulas penutup botol tersebut.

Mira mengangkat botol tersebut. Huh, ubat sakit jantung ye. Suatu berita yang tidak dijangka. Sejak bila abah dia sakit ni?

Daud menghulurkan tangannya sebagai Isharat supaya Mira meletakkan ubat tersebut atas tangannya.

"Abah nak ubat ni kan?," tanya Mira sambil menggoyangkan botol tersebut.

Daud mengangguk lemah. Sakit yang mencengkam menyebabkan dia susah untuk berkomunikasi.

"Jadi Mira nak abah jadikan Mira pengarah syarikat ini. Serahkan syarikat ini pada Mira sebagai tukaran ubat sakit jantung abah ni," ugut Mira. Peluang keemasan betul. Rugi dia lepaskan.

Daud terkejut. Membulat matanya. Serta-merta tangannya jatuh ke sisi. Tak sangka dengan permintaan Mira.

Mira mengeluarkan kertas putih dan menulis surat penyerahan tugas abahnya kepada dia.

"Sign!!," arah Mira seraya melemparkan pen di atas meja berhadapan dengan Daud

Daud diam tidak bergerak. Matanya tidak berkelip memandang Mira.

"Sign la orang tua. Kau memang nak mati sekarang ke?," tengking Mira.

"Abah menyesal lahirkan kamu di dunia ni," ucap Daud perlahan namun masih boleh didengari oleh Mira.

Dengan terpaksa Daud menandatangani surat yang ditulis Mira. Maafkan pak cik Mia. Pak cik gagal menjaga amanah papamu. Pak cik gagal di tangan anak pak cik sendiri.

"Bagus. Kan senang kalau dari dulu kau ikut cakap aku. Kau nak ubat kan. Nah." Mira lantas mencuahkan ubat-ubat tersebut di lantai. Daud memandang sayu ubat-ubatnya yang jatuh bertaburan di lantai.

"Ambil lah." Mira gelak jahat. Entah syaitan apa yang sudah merasuk Mira. Agaknya ketua segala syaitan kot.

'Lagi bagus kau mati lah orang tua tak guna!! Tak menyusahkan aku. Tak payah aku nak dengar ceramah-ceramah kau.'

Tak sangka anak kandung dia sanggup buat dia macam ini. Anak yang dia tatang bagai minyak yang penuh. Daud cuba bergerak. Namun sayangnya dia terjatuh dari kerusi. Terus sakit jantungnya makin teruk. 'Ya Allah, kau maafkanlah anakku ini,' doa Daud dalam hati sebelum mengucap dua kalimah syahadat dan terus pergi meninggalkan dunia yang sementara itu.

Makin menjadi-jadi gelak jahatnya apabila melihat tubuh kaku abahnya. Langsung tiada rasa sedih dan bersalah terhadap apa yang dilakukanna. Diciumnya surat yang baru ditandatangani oleh abahnya yang sudah menjadi arwah itu. Kemudian dia ternampak surat wasiat di atas meja abahnya. Apabila ditarik surat itu dia terpandang handphone abahnya masih bernyala. Ada panggilan yang masih belum ditamatkan.

'Amin?,' baca Mira dalam hati.

"Kau dah dengarkan semuanya?," tanya Mira malas menyembunyikan kebenarannya. Lagipun ini Mira lah. Dia takkan tunduk pada sesiapa pun.

Amin yang baru berniat untuk menerjah masuk pejabat Daud terhenti.

"Kau jangan lupa aku tahu siapa kau dulu. Kau nak aku sebarkan gambar-gambar bogel kau?," ugut Mira.

Amin terpempang. Macam mana Mira tahu. Tapi itu cerita dulu. Dia dah berubah. Bertaubat ikhlas kerana Allah SWT.

"Sekarang aku nak kau diamkan diri. Sahkan 'wasiat' yang abah aku sign ni," arah Mira. Terus Amin menutup panggilannya. Dia meraup wajahnya sebelum membuka pintu pejabat Daud.

      

Aku Bukan CinderellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang