'Assalamualaikum, abang. How your days?'
'Walaikumusalam. My day? Hem.. Sometimes great and sometimes it was bad. So, as a conclusion my day was bad because Kak Mia are not here with me'
'Ceh!! Jiwang la abang Isha ni. Abang, tengah buat apa tu?'
'Tengah berfikir. Adik nak join ke?'
Baru sahaja Danisha ingin membalas chat, Danial telah menghantar satu gambar kepadanya.
Danisha tergelak melihat gambar abangnya yang sedang membuat rupa berfikir. Aii, pandai dah abang dia berselfie sekarang ni. Dia perasan penampilan abangnya sudah berubah.
'Sejak bila abang Isha ni jadi hantu selfie?'
'Ini semua Kak Mia la yang ajarkan.'
Kak Mia? Abang dia dah jumpa Kak Mia ke?
'Kak Mia dah balik ke? Dia ada di Malaysia?'
'Sadly to say dia tiada di sini lagi. Abang pun tak tahu dia ada di mana.'
'Habis tu macam mana abang berjumpa dengan Kak Mia?' Ish, ikutkan Danisha mahu sahaja dia call abang dia tu. Penat menaip satu-satu. Tapi memikirkan bil telefonnya bakal melambung dimatikan sahaja niatnya. Panggilan antarabangsa dari UK ke Malaysia bukan murah.
'Berhubung dekat whatsapp je lah. Macam dengan Isha sekarang ni.'
Danisha menarik nafas lega. Syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Danial masih berhubung dengan Mia walaupun seorang di Malaysia yang seorang lagi tak tahu di mana.
'Bila Kak Mia nak balik Malaysia?,' tanya Danisha. Kalau dah berhubung di whatsapp tu maknanya hubungan mereka dah baiklah tu. Selesai satu masalah.
'Itulah masalahnya.'
Laaa... Ada masalah baru pula ke? Ingatkan dah selesai.
'Apa?'
'Kak Mia denda abang. Dia suruh abang teka dia ada di mana. Dia suruh abang jemput dia baru dia nak pulang ke Malaysia.'
Danisha tergelak membaca ayat Danial. Tak matured betul la kakak dan abang dia ni. Siap main teka-teki lagi.
'So, abang dah tahu ke Kak Mia ada di mana?'
'Ish, Isha ni.. Kalau abang dah tahu Kak Mia di mana sekarang juga abang terbang pergi jemput Kak Mia.'
Erk.. Parah betul orang bercinta ni.
'Betul juga tu. Ada clue pape tak?'
Sakit hati je mengingati akan clue-clue yang diberikan Mia.
'Ada. Ni hah clue dia.' Danial menghantar gambar clue-clue yang diterimanya dari Mia.
'Clue ke hapenya kalau gambar binatang dengan pokok. Semua tempat ada benda-benda tu.'
Betul juga apa kata abang dia tu. Tapi binatang ni? Macam kenal.
Hemmm. 'Somewhere that abang Danial know the place better.' Danisha teringat akan chat yang dihantar oleh Mia padanya seminggu lepas.
'Abang, negara apa yang abang paling tahu selok-belok jalan dia?'
Isyh, soalan apa pulak adik dia tanya ni? Tak kena pada topik betul.
'Mestilah Malaysia.'
Danisha tepuk dahi. Ish, abang dia ni kalau ada di sebelah dia sudah lama disekeh-sekehnya kepala abangnya. Malaysia tu tolak tepi lah. Dia pun paling tahu selok-belok Malaysia walau selalu sesat.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...