Bab 3

29.4K 1.2K 30
                                    

Seminggu kemudian berlangsungnya perkahwinan antaranya dengan Azizah. Azizah, janda beranak dua merupakan pilihan ibunya. Kata ibunya Azizah rela menjaga Mia sama seperti anaknya sendiri. Lagi pula ibunya amat kenal dengan Azizah. Azizah seorang yang baik tetapi nasib hidupnya tidak sebaik mereka. Dia bekerja keras bagi menyara kedua-dua anaknya.

Darus bersetuju dengan pilihan ibunya. Dia yakin pilihan ibunya adalah yang terbaik buat masa hadapan Mia.

"Mia, rindu mama?," tanya Darus sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Mia mengangguk.

"Mama Azizah boleh jadi mama Mia."

Mia diam. Tiada siapa yang boleh menggantikkan mamanya. Namun tidak diluahkan. Dia hanya menurut apa yang papanya lakukan.

"Kak Mellisa dan Kak Marissa boleh jadi kawan Mia. Jadi Mia ada kawan baru," pujuk Darus.

Mia mengangguk mengiyakan kata-kata Darus.

Darus menarik Mia ke dalam pelukkannya. "I love you," ucap Darus.

"I love you too, papa," jawab Mia.

Setelah tamat majlis perkahwinannya, Darus terus terbang ke Australia atas urusan kerja. Mia ditinggalkan dibawah jagaan Azizah.

"Mama Azizah, Kak Melissa dan Kak Marissa masuklah," pelawa Mia dengan senyuman manis.

"Waaaah." Kagum Azizah dan kedua-dua anaknya melihat kediaman Darius yang bergias mewah.

"Mama Azizah duduklah biar Mia panggilkan kakak untuk bawa barang-barang ni masuk bilik," ujar Mia. Kata-kata Mia tidak dihiraukan, mereka asyik melihat perhiasan mewah yang ada di rumah itu.

"Mama Azizah, Kak Melissa dan Kak Marissa jom lah kita makan," ajak Mia setelah bibik menyiapkan hidangan makan malam untuk mereka.

"Aku bukan kakak kau," marah Melissa. Tergamam Mia dibuatnya.

"Melissa. Bukan sekarang," tegur Azizah.

Usai makan mereka semua berlalu ke bilik masing-masing untuk melelapkan mata.

Baru sahaja Mia ingin terlelap dia terdengar pintu biliknya dibuka. Kelihatan Melissa sedang melangkah ke dalam biliknya.

"Jadi ini bilik kau?," tanya Melissa sambil mengitari seluruh bilik itu. Cantik. Macam bilik seorang puteri.

Mia mengangguk. Sejujurnya dia takut akan Melissa. Melissa garang dengannya.

"Kau takkan kekal lama dalam bilik ni," ugut Melissa sebelum berlalu ke bilik tidurnya.

Mia tercengang mendengar kata-kata Melissa.

Kini setelah papanya berkahwin dengan Azizah, papanya sering ke luar negeri atau negara atas urusan kerja. Seperti biasa Mia ditinggalkan bersama-sama dengan Azizah. Semakin lama Mia tinggal bersama-sama mereka semakin jelas sikap sebenar mereka. Pantang sahaja silap sikit Mia pasti akan didenda. Orang gaji di rumahnya diugut untuk diberhentikan sekirannya hal penderaan Mia diketahui oleh Darus. Malah, nanny Monanya telah diberhentikan atas alasan Azizah mahu menguruskan segala hal yang berkaitan dengannya agar dia dan Azizah lebih rapat.

Sedang Mia ralit membelek buku pemberian mamanya, Azizah masuk ke dalam biliknya. Buku tersebut dirampas Azizah dan dilemparkan ke dinding. Terkejut Mia dibuatnya. Apa salah dia sampai Azizah melayannya sebegitu.

"Siapa benarkan kau duduk bersenang-lenang dekat dalam bilik ni? Jangan nak jadi pemalas. Sekarang turun dan kemas bilik Mellisa dan Marissa," arah Azizah.

"Tapi, Mama Azizah...."

"Siapa mama kau. Mama kau dah lama mati. Tu dalam kubur tu mama kau. Tak hingin aku jadi mama kau," tengking Azizah.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now