Bab 24

22K 835 13
                                    


"Awak, nak masak apa ya malam ni?," tanya Mia sambil membelek barang manakala Danial menolak troli.

"Emm, saya teringin nak makan nasi goreng dengan ayam masak paprik la," jawab Danial sudah terbayang-bayang ayam masak paprik di ruang matanya.

"Hemm, okay lah tu," akui Mia. Dia mula menuju ke tempat sayur-sayuran.

Setelah membeli barang, mereka terus pulang ke rumah.

"Awak pergi lah mandi dulu."

"Sayang tak nak mandi sekali ke?," tanya Danial nakal.

"Nonsense," geleng Mia. Lantas dia berlalu ke dapur untuk mengemas barang-barang yang telah dibeli tadi.

Danial gelak dengan reaksi Mia. Tak mengadap wajah isterinya sehari boleh moody dia seharian.

Usai solat maghrib Mia terus mula memasak untuk malam ini. Danial pula duduk di kabinet dapur sambil memerhatikan Mia.

"Awak boleh duduk dekat kerusi tak?," tanya Mia lantaran kaki Danial menghalangnya untuk membuka pintu kabinet.

"Baik sayang," jawab Dania lalu bangun.

"Nah. Dari awak tenung saya berjam-jam baik awak tolong saya siang sayur-sayur ni," arah Mia lagi. Rimas dia dari tadi Danial tak lepas-lepas memandangnya. Macam nak terkam je.

"Baik boss. Sayang kan kesayangan saya. Mestilah saya tenung hari-hari. Biar lekat terus wajah sayang ke dasar hati saya yang paling dalam," balas Danial lalu mengenyit mata kepada Mia.

Mia terkedu. Kemudian dia cepat-cepat mengalihkan pandangan matanya dari memandang Danial. Degupan jantungnya berdegup pantas seolah-olah dia baru sahaja lari pecut. Terus Mia menyiapkan masakannya tanpa mengendahkan Danial. Cepat siap, cepat reda degupan jantungnya.

Tepat pukul 9 malam Haikal dan Sara datang bersama.

"Sara!!!," jerit Mia sambil terlompat-lompat memeluk Sara.

"Woi.. Woi.. Sesak nafas aku ni. Mati lah aku nanti. Tak merasa nak kahwin kang." Sesak nafas Sara dipeluknya Mia.

"Rindu kau gila-gila." Macam ni lah hidup berumah tangga. Tak sempat nak hang out dengan geng-geng, sibuk nak uruskan rumah tangga sendiri. Takpe-takpe ada masa dia tarik Danial berjumpa dengan kawan-kawannya pula.

"Macam ini lah perempuan," ucap Danial kepada Haikal.

"Marilah masuk. Nak tunggu Mia jemput esok belum tentu dia ajak," perli Danial sambil memeluk bahu sahabatnya itu.

"Ehh, lupa laa. Jemput masuk. Buat macam rumah sendiri." Atoiii, excited betul Mia jumpa Sara. BFF lah katakan.

"Woo, Mia kau masak ke semua ni?," tanya Sara kagum. Dia tahu Mia boleh masak tapi dia tak pernah pun merasa air tangan dari Mia. Mak tiri dan evil sisternya awal-awal dah bedal habis semua yang dimasak Mia.

"Yup.. Aku tahu kau dah lama teringin makan masakan aku kan. Duduk lah korang. Buat tak tahu malu je," pelawa Mia.

"Aku memang tak malu pun bila bab-bab makan ni," bidas Sara. Kecur air liurnya melihat ayam masak paprik.

"Nasib lah kau dapat bakal bini macam tu," ucap Danial.

"Nak buat macam mana yang ni je aku sangkut. Nak tambah cawangan lain pun susah," adu Haikal. Sara boleh dikatakan kuat cemburu juga lah. Tapi dia bukan jenis yang mengongkong dan kuat mengarah.

"Awak jangan nak cari pasal," ugut Sara.

"Yummmmy!!," jerit Mia tiba-tiba.

"Sayang kenapa?," tanya Danial apabila Mia menjerit kegembiraan.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now