Bunyi siulan dari telefon bimbitnya menyedarkan Sara dari lamunannya. Lantas telefon bimbit yang setia berada disisinya dicapai. Mesej yang baru masuk tadi dibukanya.
Thinking about you. I hope you too thinking or dreaming about me. Can't wait for tomorrow. I love you. - Haikal -
Sara tersenyum gembira membaca mesej dari Haikal. Lantas mesej Haikal dibalasnya.
Yes I do. I'm collecting my memories about our love story. I love you too. A lot. - Sara -
5 minit kemudian telefonnya berdering. Tertera nama Haikal di skrin telefonnya.
"Assalamualaikum, Cinta," ucap Haikal.
Sara tergelak kecil sebelum menjawab salam Haikal.
"Walaikumusalam, Rindu," jawab Sara.
"Permaisuri hati Haikal ni tengah buat apa? Sudah lewat malam ni. Tak boleh tidur?"
"Permaisuri hati Haikal ini tengah mengingati si pengarang jantung Sara sehingga membuatkan permaisuri hati Haikal ini tidak lena tidur," jawab Sara.
Terdengar gelak ketawa dari corong telefon. Suka benar Haikal dengan kata ganti yang digunakan Sara.
"Sama lah kita. Tak sabar nak bertemu adinda besok hari."
"Kekanda sudah bersedia kah untuk besok hari?"
"Untuk adinda lautan api sanggup kekanda renangi inikan pula mahu menyambut tangan tok kadi. Sudah kekanda siapkan diri ini. Adinda pula bagaimana? Sudah bersedia mahu menjadi milik kekanda seorang?"
"Sudah lama adinda ini berangan mahu menjadi milik kekanda seorang," jawab Sara.
Tergelak lagi Haikal dengan jawapan Sara.
"Apa perasaan Juliet ketika ini?"
"Perasaan Juliet ketika ini bercampur-baur wahai Romeoku. Gembira ada. Takut ada. Gementar ada. Tapi yang penting sekarang ni Juliet miss her Romeo," balas Sara.
"Oh really?? No wonder Romeo di sini terasa seolah-olah ada yang memanggilnya sehingga membuatkan si Romeo tidak dapat melelapkan mata."
"Jadi apa yang Romeo dapat lakukan untuk mengubati perasaan rindu ini?," tanya Sara.
"Tiada apa yang dapat Haikal lakukan kecuali titipan doa buat sang kekasih agar sentiasa selamat dan berada dalam lindungan rahmatNya."
"Amin," ucap Sara.
"Sarah Emellia binti Roslan. Apa yang awak buat dalam gelap ni? Dah tak tahu nak beza siang ke malam. Besok hari penting awak. Nanti mata macam beruang panda baru tahu," bebel Safura.
"Alamak, awak mama dah mula membebel. Kita jumpa esok. Take care and sweet dream," bisik Sara.
"Baik, sayang. I love you. Assalamualaikum."
"Love you too. Walaikumusalam," balas Sara sebelum menamatkan panggilan.
"Amboi, esok nak jumpa pun menyempat lagi berbual di telefon," perli Safura.
"Sara tak boleh tidur la mama," adu Sara.
"Mama pula kenapa tak tidur lagi?"
"Mama kering tekak. Nak pergi minum air la ni. Alih-alih nampak kamu tengah duduk depan pelamin ni dalam gelap. Nasib mama tak jerit pencuri."
"Sorry, mama," ucap Sara.
"Dulu, mama pun macam kamu," ujar Safura seraya mengambil tempat di sebelah anaknya itu.
YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...