"Isha. Danial, abang kamu mana?," tanya Datin Haslina dengan wajah yang cemas.
"Kenapa mama?," tanya Danisha kehairanan apabila mamanya kelihatan kelam-kabut.
"Aduh, mama. Mia tak tahan dah," jerit Mia dari dalam rumah.
Danisha yang baru sahaja pulang dari bertemu sahabatnya terkejut mendengar jeritan kakak iparnya itu. "Kak Mia.. Mama, Kak Mia dah nak bersalin ke?," tanya Danisha. Riak wajahnya kini bertukar cemas sama seperti mamanya itu.
"Cepat Isha kita ke hospital," arah Datin Haslina seraya berlari menuju ke arah menantunya itu. Ini pengalaman pertamanya menguruskan orang yang mahu bersalin. Cemasnya tidak terkata.
Sambil berpimpinkan Danisha dan Datin Haslina, Mia perlahan-lahan menuju ke arah kereta. Lantas Danisha menuju ke tempat pemandu dan memandu menuju ke hospital yang terdekat.
"Aduh, mama. Sakkit," adu Mia. Berpeluh-peluh wajahnya menahan sakit.
"Sabar sayang," pujuk Datin Haslina. Tangannya tidak henti-henti menelefon Danial. Namun panggilannya langsung tidak berjawab. Lantas nombor Dato' Hishamuddin didailnya. Alhamdulillah, panggilannya bersambut.
"Abang, menantu kita dah nak bersalin. Lina dah call Danial banyak kali tapi tak berjawab," ucap Datin Haslina setelah panggilannya bersambut.
15 minit memecut akhirnya sampai jua mereka di hospital terdekat. Mia terus dibawa ke labour room. Usai sahaja Mia masuk ke bilik bersalin Datin Haslina terus terduduk di lantai hospital. Dari tadi lagi dia menahan dirinya dari tersungkur gara-gara ketar lutut. Manakala Danisha pula tersandar di dinding. Selama dia pandai membawa kereta tidak pernah dia memecut kereta 100km/h seperti tadi.
20 minit kemudian Danial dan Dato' Hishamuddin sampai ke hospital.
"Mia. Mia mana mama?," tanya Danial. Tak cukup nafas dia dibuatnya berlari ke wad bersalin itu.
"Dekat dalam," tunjuk Datin Haslina.
Seraya Datin Haslina berkata-kata seorang jururawat keluar dari bilik itu.
"Suami Puan Mia?," tanya jururawat itu kepada Danial. Laju sahaja Danial mengakui pertanyaan jururawat itu.
"Isteri saya macam mana?," tanya Danial risau.
"Isteri encik memerlukan encik di dalam."
Mendengar sahaja kata-kata jururawat itu terus Danial menerjah masuk ke dalam bilik bersalin itu. Mia dihampirinya.
"Sayang," panggil Danial.
"Bie...," panggil Mia dalam kesakitan. Jatuh setitik dua air matanya.
Danial menyapu air mata yang jatuh ke pipi Mia.
"Tahan sayang. Bie ada dengan sayang. Bie tahu sayang boleh," ucap Danial memberi semangat kepada isterinya.
"Baik. Puan Mia bila saya kata push Puan Mia terus teran," arah doktor sakit puan itu.
Mia mengangguk laju.
"Push Puan Mia," arah doktor itu lagi.
Mendengar sahaja arahan doktor itu Mia meneran sehabis boleh. Sakitnya dia ketika itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Barulah dia tahu bagaimana peritnya seorang ibu mahu melahirkan seorang anak. Lengan Danial dicekamnya.
Danial membiarkan sahaja Mia mencengkam lengannya. Sakit di lengannya gara-gara cengkaman Mia dibiarkan sahaja. Ya Allah, andai sahaja sakit itu boleh dipindahkan, dia rela untuk menanggungnya. Tak sanggup dia melihat isterinya kesakitan.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...