Bab 26

21.9K 795 2
                                    

Sebulan telah berlalu. Projek Tan Sri Adnan telah berjaya Danial siapkan pada waktu yang ditetapkan. Syukur tidak terkata dia. Nasib baik ada Mia yang menyiapkan pakai dan makan minumnya. Kalau tiada Mia gamaknya tidak teurus lah hidup dia selama seminggu tu.

"Assalamualaikum."

"Walaikumusalam," jawab Mia. Lalu dia mengintai di sebalik tingkap. Mak cik?

Apa yang mak tiri dia buat dekat rumahnya itu? Musykil dia dibuatnya

"Siapa sayang?," tanya Danial.

"Mak cik," jawab Mia perlahan.

"Mak cik?," tanya Danial hairan.

"Apa yang mak cik nak?," bisik Danial perlahan.

Sebelum Danial berlalu untuk membuka pintu, Mia meraih tangan Danial. "Awak janji jangan marah mak cik. Awak cakap baik-baik ye," nasihat Mia.

"Tapi.."

"Please...," pinta Mia sambil merenung mata Danial.

"Okey sayang," patuh Danial.

"Masuk la mak cik," pelawa Danial.

"Mia!!!," jerit Azizah setelah Danial mempelawanya masuk.

"Mak cik minta maaf Mia. Mak cik tahu mak cik banyak salah dekat Mia," rayu Azizah sambil melutut.

"Ya Allah, mak cik. Bangun mak cik." kelam kabut Mia dibuatnya. Kenapa dengan mak ciknya itu? Dengan pakaian yang tak terurus, tudung senget benget. Tudung? Alhamdullilah mak ciknya dah bertudung. Sejuk mata dan hatinya memandang.

"Mia, mak cik banyak buat salah dekat Mia. Mak cik dera Mia. Mak cik pukul Mia, arah Mia buat macam-macam." Berlinang air matanya sambil berkata-kata.

"Mak cik, Mia dah lama maafkan mak cik. Mia tak marahkan mak cik pun," pujuk Mia seraya menarik Azizah bangun.

"Tapi mak cik banyak buat dosa terhadap Mia..."

"Shhhh, mak cik. Mak cik tiada salah apa-apa pada Mia. Disebabkan mak cik lah Mia berada di tahap ni," pujuk Mia. Air mata Azizah disapunya dengan ibu jarinya.

"Tapi.."

"Tiada tapi-tapi dah mak cik. Mia ikhlas maafkan mak cik sekeluarga," potong Mia.

"Terima kasih Mia. Terima kasih. Mak cik tak tahu la macam mana nak balas budi Mia. Mia baik sangat pada kami tapi mak cik ni hah yang buta yang pekak sebab tak pandai nak hargai anak yang sebaik Mia."

"Takpe, mak cik kan ahli keluarga Mia. Yang lepas tu biarkan ia berlalu. Yang penting mak cik dah berubah dan insaf. Jom lah masuk mak cik. Mia buatkan air."

Mia memandang Danial. Danial tersenyum membalas pandangan Mia namun jauh disudut hatinya dia ragu-ragu dengan permohonan maaf Azizah.

"Mak cik duduk la Mia buat kan air."

"Sayang duduk la teman mak cik. Biar saya yang buat kan." Danial menepuk bahu Mia dan berlalu ke dapur. Apa susah fresh orange kan ada. Tuang je dalam gelas. Settle.

"Apa yang terjadi ni mak cik?," tanya Mia pelik apabila mak ciknya datang bersama tangisan.

"Mak cik malu dengan Mia. Dah tua bangka macam ni baru nak insaf. Mak cik dapat hidayah minggu lepas. Mak cik tak tahu la macam mana nak cerita," luah Azizah lantas menyapu air matanya.

"Alhamdulillah. Mia bersyukur mak cik dah berubah. Hidayah tidak mengira usia mak cik bezanya cepat atau lambat sahaja. Sama seperti mati. Bila-bila masa sahaja ajal boleh menjemput kita," ucap Mia.

"Jemput minum mak cik," pelawa Danial.

"Mak cik gembira tengok kamu bahagia dengan Danial," puji Azizah lantas senyum.

Mia hanya senyum mendengar pujian dari Azizah.

"Mak cik balik dulu la. Lepas ni mak cik ada usrah yang perlu dihadiri," ujar Azizah seraya berdiri.

"Emm. Lain kali datang lah lagi rumah Mia. Nanti Mia masakkan mak cik sedap-sedap," ajak Mia. Lalu dia memeluk Azizah. Azizah membalas pelukan Mia sambil lewa.

Azizah kemudian lantas terus pulang ke rumahnya.

"Wau, mama datang dari mana ni?," tanya Melissa. Pelik, mamanya bertudung harini. Dengan siap baju kurung lagi.

"Uhhh, panas. Rimas!!," jerit Azizah seraya mencampak tudung yang dipakainya ke lantai.

"Amboi cakap pasal mati. Nak sangatlah tu aku mati cepat. Puihhh. Huh, bahagia konon. Takpe-takpe nikmatilah bahagia kau lepas ni derita yang bakal menyusul," jerit Azizah lagi seraya ketawa berdekah-dekah.

"Mama tuh kenapa? Tergelak macam orang tak cukup akal je?," tanya Marissa kepada Melissa.

"Entah," jawab Meliss. Hairan juga dia bila mamanya mengilai sorang-sorang.

"Mia!! Mia!!," panggil Azizah. Sekali lagi gelak jahatnya terletus.

Melissa dan Marissa saling berpandangan kemudian mereka menjongketkan bahu. Lalu mereka berlalu meninggalkan Azizah yang masih gelak tak ingat dunia.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now