Bab 48

20.1K 646 3
                                    

"Bie, kenapa kemas semua baju masuk dalam bagasi? Nak balik Malaysia dah ke?," tanya Mia. Ala.. Dia tak puas lagi makan angin di sini.

"Sayang dah ada di sini berapa hari dah?" Hek eleh, orang tanya dia, dia tanya kita balik.

"Emmm, di Melbourne dua hari. Di Perth ni almost seminggu lebih," jawab Mia menghitung harinya selama berada di Australia.

"Hah, lama tu. Tak puas-puas lagi?" tegur Danial.

Mia mula memucungkan bibirnya. Bukan senang dia nak ke sini alih-alih dah kena balik Malaysia.

"Aii, sejak bila sayang bie ni pandai mucung-mucung ni?," gurau Danial seraya menarik pipi Mia.

"Humph," dengus Mia. Mukanya dipalingkan ke arah lain.

"Sayang nak duduk di Perth lagi ke? Bie ingat nak bawa sayang ke Gold Coast," umpan Danial.

Bersinar terus mata Mia mendengar perkataan Gold Coast. Ingatkan nak balik Malaysia dah.

"Nak. Nak," jerit Mia sambil melompat-lompat seperti kanak-kanak meminta gula-gula. Dua kali lima aje dia dengan Danial.

"Okay. Kalau macam tu meh la tolong bie packing baju-baju ni. Cepat sikit kita bertolak ke Gold Coast."

"Bereh boss." Laju je Mia mengemas pakaian mereka.

Sampai sahaja di Gold Coast mereka terus ke Main Beach di Surfers Paradise setelah check in hotel. Kenapa hotel? Sebab kata Danial senang dia tidak perlu memasak bagai makan di luar atau restoren hotel jelah gamaknya. Main Beach dikatakan pantai yang menjadi tumpuan utama bagi mereka yang ingin menikmati keindahan pantai di Gold Coast, melayari ombak dan juga mandi manda. Tarikan utaman Main Beach di Surfers Paradise ialah kerana lokasinya yang dekat dengan hotel dan kemudahan fasiliti yang lain. Ia memang lokasi pantai yang paling mudah untuk dilawati pelancong seperti mereka. Pantainya yang panjang berpuluh kilometer dan pasir yang memutih memukau pandangan Mia yang melihatnya. Mereka ke situ hanya untuk menikmati pemandangan sahaja. Takkan lah nak join sekaki mandi pantai dengan mat salih yang hanya berbikini dan berswimwear pula.

Kemudian mereka ke Main Beach street. Nak ke sini mudah je, ambil je mana-mana bas yang tertera Main Beach. Tapi Danial mencadangkan untuk berjalan kaki sahaja dari hotel penginapan mereka di Islander Hotel. Merajuk lah juga Mia kena jalan kaki. Penat tahu nak jalan kaki ni lain lah ada orang nak dukungkan. Rupa-rupanya dari hotel mereka ke Main Beach street ni cuma ambil masa 5 minit je. Bas pun belum tentu nak hantar mereka yang dekat itu ke sini. Lokasi ini menjadi tumpuan sebagai tempat makan dan berhibur. Ada banyak Buskers, Ahli Silap Mata dan pelbagai jenis aktiviti yang mula hidup bila tiba waktu malam di Main Beach Street ini. Meriah sungguh.

Hari kedua mereka di Gold Coast, Australia, Danial membawanya ke Sky Point Observation Deck. Sky Point Observation Deck ini berada di tengah-tengah Main Beach. Bayaran masuk yang perlu dibayar sekitar AUD 22 untuk dewasa dan AUD 13 untuk kanak-kanak. Siapa lagi yang bayar kalau bukan Danial. Baguskan holiday dengan Danial. Jimat duit dia. Di Observation Deck ini Mia melihat 360 darjah keseluruhan Gold Coast dari ketinggian setinggi 75 tingkat atau sekitar ketinggian 225 meter. Di kedudukan ini, dia boleh melihat dengan jelas seluruh kawasan Gold Coast dan membawa sehingga 200 kilometer jauhnya. Hebat. Sama seperti di Langkawi cuma bezanya di Langkawi kita kena naik cable car untuk melihat permandangan keseluruhan Langkawi.

"Subahanallah, cantiknya," ucap Mia perlahan.

"Jom, kita makan," ajak Danial.

Mia menurut ajakan Danial lantaran perutnya juga sudah mula berkeroncong.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now