"So far macam mana kerja dekat syarikat ni?," tanya Daud sewaktu mereka sedang menjamu selera bersama-sama.
"Alhamdulillah, semuanya Mia masih boleh handle lagi. Lagipun ramai pekerja syarikat ni sanggup hulurkan bantuan kepada Mia bila Mia tak faham," jawab Mia sopan.
"Boleh la lepas ni Mia take over syarikat arwah papa Mia tu. Arwah papa Mia pasti bangga."
"In sha Allah pak cik. Tapi bukan sekarang lah. Mia baru je nak bertatih dalam syarikat tu dah pak cik suruh Mia berlari," balas Mia berkias.
"Apa salahnya jadi pengarah syarikat. Lagi la Mia boleh belajar dengan cepat."
"Mia masih mentah lagi dalam syarikat Air Trio ni. Mia takut bila Mia take over syarikat sekarang syarikat arwah papa tu akan gulung tikar. Mia nak jadi macam arwah papa, papa dan pak cik. Berjaya mendapatkan projek-projek besar dari client yang berpengaruh," terang Mia.
"Sudah adat Mia, dalam perniagaan pasti ada jatuh bangunnya. Barulah kita akan cepat belajar dari kesilapan. Cuma janganlah business jatuh, keyakinan diri kita turut out," nasihat Daud. Sebagai orang yang dah ada banyak pengalaman dalam urusan perniagaan ni tak salah dia nak mendidik anak buahnya dari sekarang.
"Oh, by the way mak cik kamu dah bising-bising tanya kenapa kamu tak bawa Danial stay rumah. Mak cik kamu tu nak kenal-kenal la siapa yang berjaya menambat hati kamu. Pak cik pun sama. Nanti bila lapang datang lah rumah pak cik. Pintu rumah pak cik sentiasa terbuka untuk kamu," pelawa Daud.
'Alamak, betul juga cakap pak cik ni. Dah lama aku tak lawat mak cik semenjak kahwin,' getus Mia dalam hati.
"In sha Allah, hujung minggu ni saya ajak Danial," janji Mia. Dia dari dulu lagi dia tidak mahu menyusahkan keluarga pak ciknya itu. Selain itu ada sebab lain mengapa dia jarang pulang ke rumah pak ciknya.
"Mak tiri kamu macam mana?," tanya Daud.
Mia terdiam takkan lah dia nak cakap yang mak tiri dia tu dah halau dia. Pak ciknya bukan percaya pun. Mak tiri dia kan talam dua muka.
"Mak cik baik-baik je. Mak cik mestilah dijaga rapi oleh Kak Marissa dan Kak Melissa," bohong Mia.
Hakikatnya.
"Mama, siapa nak masakkan untuk kita ni? Lissa lapar la," rungut Melissa.
"La kamu yang nak makan kamu masak la sendiri," jawab Azizah sambil menyapu egg mask pada wajahnya.
"Ala mama, Lissa dah penat hari-hari makan meggi. Botak la kepala Lissa nanti. Kita makan dekat luar nak?," pujuk Melissa. Dia tahu mamanya bukan pandai sangat pun dalam masak-memasak ni. Dulu pun mereka setakat makan nasi dengan ikan goreng tak pun dengan telur goreng.
"Nope. Esok mama ada function. Lagipun pak cik tiri kamu tu tak bank in kan lagi duit dalam akaun Mia." Semenjak berkahwin dengan Darus dia tidak pernah bekerja lagi. Dulu dia ditanggung oleh Darus kini duit semuanya diambil dari akaun bank Mia yang tiap-tiap bulan dimasukkan oleh Daud. Katanya amanat arwah Darus. Bukannya sedikit Daud masukkan, beribu-ribu. Selain itu, dia turut mengambil keuntungan dari restoran yang ditaja oleh Darus semasa hayatnya masih ada.
"Mama!!!!," rengek Melissa.
"Mama!!!! Ada tikus lintas depan Rissa dekat ruang tamu," jerit Marissa. Sedap-sedap tengah layan telenovela tiba-tiba ada tikus membuat lintas langsung di depannya. Terkejut beruk dibuatnya. Macam mana tikus dan segala mak neneknya tak buat lintas langsung kalau rumahnya lagi teruk dari tongkang pecah. Dengan pizza basi yang entah bila punya, dengan pinggan mangkuk bersusun tidak berbasuh, dengan habuk setebal mekap Azizah. Alahai....
"So?? Tikus je koooot," tanya Azizah tidak peduli. Dia kemudian menuju ke arah katilnya dan menolak semua baju-baju yang menimbun jatuh ke lantai. Kemudian, dia mula melelapkan matanya. Siang-siang hari lagi dah membuat tahi mata. Macam mana mata tak jadi macam panda.
"Mama!!!," jerit Melissa dan Marissa serentak.
"Rajin-rajin lah lawat mak tiri kamu tu. Walaupun kamu tiada langsung pertalian darah dengan dia tapi Azizah itu pernah menjadi salah satu dari anggota keluarga kamu," nasihat Daud. Mengingati anak saudaranya itu akan tanggungjawab sesama saudara.
"In sha Allah pak cik."
Mereka kemudian menyambung makan dalam suasana tenang. Namun cuma sementara apabila mereka dikejutkan oleh jeritan seseorang.
"Abah!!!!," jerit Mira lalu dia memeluk abahnya itu, iaitu Daud.
"Ya Allah. Mira cubalah beri salam dulu. Ini tidak, menjerit macam nak keluar anak tekak," nasihat Daud seraya mengurut dadanya. Nasib baik dia tak jatuh sakit di situ.
"Surprise, abah," ucap Mira tidak mempedulikan nasihat Daud.
"Mira," keluh Mia perlahan takut didengari oleh Daud.
"Cis, anak tak sedar diri ni pun ada dekat sini. Merosakkan mood je," perli Mira apabila menyedari kelibat Mia.
Ini lah sebabnya mengapa susah betul dia nak bertandang ke rumah pak ciknya. Mira a.k.a sepupunya yang amat menjengkelkan. Dari dulu lagi dia asyik cari gaduh dengan Mia. Tidak tahu la kenapa. Sebab dia cantik sangat ke? Entah la, rasanya dia biasa-biasa je, ada hidung, mata dan mulut. Apa yang bezanya?
"Mind your own language young lady," tegur Daud. Entah perangai siapa la si Mira ni turutkan.
"Ala abah ni, Mira baru je sampai Malaysia abah dah bising-bising," rajuk Mira.
"So then, what are you doing here in Malaysia?," tanya Daud. Anaknya itu pernah menyambung ijazah di universiti swasta di Australia atas pilihan sendiri. Dia menghalang tapi sikap degil anaknya memaksa dia untuk membenarkan anaknya belajar di luar negara. Kini anaknya memilih untuk tinggal dan bekerja di sana. Penat sudah dia dan isterinya memujuk Mira untuk tinggal di Malaysia tapi dengan perangai Mira kalau sudah hitam, hitam lah jawabnya.
"La abah, Mira nak balik Malaysia pun tak boleh ke? Mestilah Mira rindu abah dan ibu," jawab Mira lantas memeluk bahu abahnya itu.
"Iyeke kamu rindukan abah? Ini mesti ada udang di sebalik batu kenapa kamu balik Malaysia." Bukan dia nak bersangka buruk tapi dia lebih tahu akan perangai anaknya itu.
"Abah!!!," rengek Mira. Sengaja menunjukkan manjanya di hadapan Mia. Mia kan anak yatim piatu, mestilah rindukan belaian parent dia kan. Mira gelak jahat dalam hati sambil menjeling Mia.
"Pak cik, Mia naik dulu lah. Waktu lunch dah nak habis ni," pinta Mia. Naik berbulu Mia melihat kemanjaan Mira yang tak kena tempat itu. Selain itu dia ingin memberi ruang kepada pak ciknya untuk melepaskan rindu pada anaknya itu. Marah-marah Daud pun mestilah gembira akan kepulangan anak tunggalnya itu.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomantizmCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...