Bab 25

21.8K 888 3
                                    

Niat Mia harini dia ingin melawat mak tirinya. Sejahat-jahat mak tirinya dia masih ahli keluarganya. Marah pun marah la asalkan dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan juga sebagaoi seorang saudara seislam.

"Sayang serious ke nak lawat mak tiri sayang tu?," tanya Danial hairan. Baik sungguh isteri dia ni. Kalau dia jadi Mia dah lama dia putuskan semua perhubungan dengan mak tiri dia.

"Yup. Mia nak tengok-tengokkan keadaan mak cik je. Lagipun awak kan ada." Nak melawat mak tirinya seorang diri memang Mia tak berani. Takut terjadi apa-apa pada dia.

"Nak buat macam mana kan. I'm your prince charming," ucap Danial berbangga.

"Stop day dreaming Danial or else we will be late," tegur Mia seraya menghalau Danial untuk bersiap. Manakala dia turun ke dapur untuk menyusun bekal makanan yang telah dimasaknya.

"Assalamualaikum," ucap Mia seraya menekan loceng.

"Eh, Danial lah!!!!," jerit Melissa lantas membuka pintu pagar dan menyerbu ke arah Danial. Mia langsung tidak disapanya.

Danial lantas menyorok di belakang Mia. Menyampah betul dia dengan kakak-kakak tiri Mia ni. Rimas.

"Huh, kau datang sini buat apa?," tanya Melissa kasar apabila terpandang Mia.

"Mak cik ada?," soal Mia kembali sopan.

"Kau buat apa nak jumpa mama. Mama dah buang kau dari keluarga kami," ucap Melissa angkuh.

"Lissa!!! Suruh mereka masuk," jerit Azizah. Berani betul anak tirinya itu datang untuk berjumpa dengannya. Tapi bagus juga ada hal yang perlu dia bincangkan.

Mendengar sahaja pelawaan Azizah, Mia melangkah masuk ke dalam rumah peninggalan ayahnya itu. Namun mulutnya ternganga melihat keadaan rumah yang bersepah macam sarang tikus. Danial lagi lah tak percaya. Rumah ni semua orang perempuan yang tinggal tak kan sampai bersepah macam ni.

"Aku busy. Tiada masa nak kemas rumah." Azizah macam tahu-tahu je apa yang difikirkan Mia dan Danial.

"Ni mak cik, Mia ada buat bekal sikit untuk mak cik sekeluarga," ujar Mia lantas menghulurkan bakul yang berisi bekal makanan.

"Aku tak hingin pun makan kau masak," tengking Azizah namun tangannya masih menyambut huluran Mia.

"Ummm, I smell something nice la," tegur Marissa yang baru selesai mandi.

"Danial!!!!," jerit Marissa apabila ternampak Danial. Dia lantas duduk di sebelah Danial. Namun Danial lagi pantas dia terus berdiri dan duduk berdekatan Mia. Masam mencuka terus wajah Marissa.

"Apa ni?," tanya Marissa kepada Azizah.

"Makan lah. Mia masak nasi ayam," terang Mia. Tanpa berkata apa-apa Marissa terus mengambil bakul tersebut dan menuju ke dapur. Penanga makanan lebih kuat dari penanga Danial buat masa sekarang.

"Mak cik sihat?"

"Kenapa? Kau harap aku mati ke?"

"Marissa dan Melissa kerja ke sekarang?," tanya Mia lagi. Dia sudah lali mendengar tengkingan dan sindiran dari Azizah.

"Huh, budak bertuah tu semua mengharapkan duit aku. Bercakap pasal duit, pak cik kau tu dah lama tak masukkan duit dalam akaun kau tu." Nasib baik lah masih ada restoran yang boleh tanggung mereka. Kalau tak merempat la gayanya.

"Mia mana tahu mak cik. Selama ini pun Mia tak pernah tengok buku akaun tu," jawab Mia. Berapa amount dalam bank tu pun Mia tak pernah tahu.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now