Bab 30

20K 700 1
                                    

"Tumpang tanya, pejabat Sara dekat mana?," tanya Mia di kaunter hadapan syarikat.

"Nama cik?"

"Mia. Damia Husna binti Darus."

"Sebentar ya."

"Pejabat Cik Sara di tingkat 2, Cik Mia," ujar gadis yang berada di kaunter itu.

"Terima kasih." Mia terus berlalu ke pejabat Sara.

"Sara!!," jerit Mia tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Wei, malu dekat orang la. Kau ni macam dah bertahun-tahun tak jumpa aku je," tegur Sara sambil menutup mulut Mia. Rakan sekerja Sara semua memandang ke arahnya.

Sara senyum seraya memohon maaf kepada rakan sekerjanya. Lalu dia menarik Mia menuju ke pantri pejabatnya.

"Kau nak air apa?," tanya Sara.

"Apa-apa pun boleh."

"Kenapa kau happy semacam ni? Ada berita baik ke?," tanya Sara melihat mood Mia yang bersinar-sinar.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta la," luah Mia sekali nafas.

"Like seriously!!!!," jerit Sara.

"Aku dah agak."

"Kau jangan cakap kau jatuh cinta dengan lelaki lain selain Danial," ugut Sara sambil meletakkan mug di hadapan Mia.

"Bukan," geleng Mia laju.

"I'm fall in love with Danial. Jangan tanya aku kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu macam mana dan bila aku jatuh cinta dekat dia," sambung Mia seraya mengacau hot chocolate yang dibancuh Sara.

"Yeah!!!!! Congrats," jerit Sara lagi. Dia memang dah jangka yang Mia akan jatuh cinta pada Danial.

"Tapi kau jangan cakap dekat siapa-siapa lebih-lebih lagi dekat suami aku tu okay. Biar nanti aku yang cakap sendiri."

"Okay," janji Sara.

"By the way, kau cuti ke ni?," tanya Sara.

"Aku masuk lambat sikit semata-mata untuk beri tahu kau pasal isi hati aku ni."

"Amboi, tak menyempat. So, apa rancangan kau?"

"Rancangan apa?," tanya Mia pelik.

"Takkan lah nanti kau nak cakap dekat Danial 'Awak, saya suka awak? Awak suka saya tak?' Lapuk la cara macam tu. Buat la cara lain pula," terang Sara.

"Cara lain? Maksudnya?"

"Laa takkan itu pun aku kena terangkan. Kau pandai-pandai fikir sendiri. Kau kan dah kahwin. Aku ni baru je bergelar tunangan orang," jawab Sara.

'Apa yang aku kena buat. Takkan aku nak ajak dia naik kapal lepas tu propose dia. Isyh, propose-propose tu laki la yang sepatutnya buat. Lagipun sayang duit ah. Lebih baik pergi honeymoon terus.'

"Hah!!," sergah Sara seraya menepuk meja.

"Sara!!," marah Mia. Nasib baik dia tak melatah bukan-bukan tadi. Suka betul Sara ni kasi dia heart attack.

"Hehehe. Peace..," sengih Sara sambil menaikkan jarinya membentuk V.

"Isyh kau ni, yang tu pun jenuh berfikir. Kau dah pakai belum baju yang aku hadiahkan tu?"

"Belum," jawab Mia perlahan. Ish mana mungkin dia nak pakai baju babydoll tu depan Danial. Malu.

"Aku agak dah. So, aku cadangkan kau pakai baju tu malam ni and buktikan yang kau sayang dan cintakan dia. Okay?," cadang Sara.

Mia diam memikirkan idea Sara. Patut ke ikut cadangan Sara tu? Segannyaaa.

"Cara lain tiada ke Sara?," tanya Mia. Malunya memang menebal gila walaupun mereka merupakan suami isteri.

"Lu pikir la sendiri," ucap Sara lalu berlalu keluar dari pantry.

"Sara!!," marah Mia.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now