Bab 35

19.9K 718 4
                                    

"Saya tak rasa itu wasiat asal pak cik Daud," ucap Danial memecah kesunyian sewaktu memandu pulang ke rumah.

"Syarikat tu sudah berada dalam genggaman Mira. Sooner or later saya akan kena tendang keluar dari syarikat itu," keluh Mia. Dia sendiri telah melihat kesahihan wasiat tersebut. Lagipun wasiat tu sudah disahkan oleh Amin. Dia mempercayai Amin sebagaimana pak ciknya percaya pada peguam itu.

"Jangan risau sayang, saya kan ada. Saya masih mampu tampung perbelanjaan kita."

Mia memandang Danial. Tak mungkin dia mengharapkan Danial. Silap hari bulan Danial ceraikan dia macam mana. Nampak gaya Danial lagi menyayangi perempuan muda itu.

"Tapi itu impian saya. Impian untuk tadbir syarikat arwah papa," tegas Mia. Itu yang diimpikan semenjak papanya dijemput ilahi.

"Sayang.. Mungkin kita boleh gunakan cara lain untuk dapatkan syarikat arwah papa tu."

"Cara apa Danial? Cara apa je yang ada sekarang ni? Kita takkan menang walaupun guna peguam sekali pun," tengking Mia terus dia menuju ke bilik setelah sampai ke rumahnya. Tension, sedih semua ada. Mia rasa seperti seorang loser. Kalah dalam permainan caturan Mira. Kini dia benar-benar keseorangan.

Danial terkejut. Buat kali pertama Mia menengkingnya. Namun disabarkan hatinya. Cuba mengerti keadaan Mia. Dimaafkan sahaja kesalahan Mia itu. Danial membiarkan Mia berseorangan. Dia tahu Mia perlukan masa untuk tenangkan diri.

Tepat jam 10 malam dia mengejutkan Mia yang sedang lena tidur. Dari rumah mak cik Fatimah lagi Mia tidak menjamah apa-apa makanan.

"Sayang?," panggil Danial. Namun Mia tidak memberi respun. Lalu Danial mengoncangkan bahu Mia.

"Ya Allah bahangnya badan sayang. Panas." Patut lah Mia tidak bermaya. Dia demam panas.

"Kita pergi klinik ya sayang," ajak Danial kemudian berlalu untuk mengambil tudung Mia. Sakit-sakit sekalipun aurat isterinya perlu dijaga. Nanti di akhirat kelak dia yang akan dipersoalkan.

"Awak.." halang Mia. Lalu digelengkan kepalanya.

"Tapi badan sayang panas sangat ni. Kita pergi klinik ya. Abang kan ada," pujuk Danial lembut.

"Saya cakap saya tak nak kan," marah Mia. Bila amarah menguasai diri sakit pun tak terasa. Sesungguhnya dia benci bila Danial layan dia dengan baik bila mana dia tahu yang Danial akan meninggalkannya bila-bila masa sahaja.

Danial diam. 'Emosi Mia tidak stabil,' pujuknya dalam hati. Dia mengangguk lalu turun ke bawah untuk memasak bubur buat Mia. Setelah itu dia mengambil ubat panadol dan segelas air masak.

"Sayang, makan bubur dulu ya. Baru makan ubat," kejut Danial lalu meletakkan dulang berisi bubur di tepi katil.

"Biar abang suapkan." Lalu Danial menyudukan sedikit bubur. Dia meniup dulu bubur tersebut sebelum menyuapkan Mia.

Abang!! Abang!! Sejak bila Danial bahasakan diri dia abang. Geli la Mia dengar. Nak berabang pula dengan dia walhal main kayu tiga dibelakangnya. Hatinya tiba-tiba terasa panas dengan panggilan tersebut.

Sebelum sudu tersebut mengenai bibirnya, Mia menepis sehingga membuatkan sudu yang dipegang Danial terpelanting jatuh ke lantau.

"Astarfirulahalhazim," ucap Danial.

"Sayang ni kenapa? Cuba ceritakan pada abang. Abang ada buat silap ke?," tanya Danial masih berlembut dengan isterinya itu. Kesabaran amat penting sewaktu melayan emosi isterinya yang tidak stabil itu. Jika api berlawan dengan api jawapnya hangus terbakarlah.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now