Bab 41

19.1K 694 1
                                    

Akhirnya berjaya juga Mia sampai ke Perth. Mula-mula sampai mestilah cari tempat penginapan dulu. Nanti sudah penat mencuci mata di Perth dia terus boleh berisirehat. Tempat penginapan yang termurah dan lengkap dapurnya menjadi pilihannya. Boleh lah dia masak sendiri. Jimat. Jimat.

Pearth totally great for shopping. Siapa-siapa kaki shopping memang wajib la singgah sini. Nasib baik dia bukan salah seorang daripada kaki-kaki shopping. Kalau tak lagi banyaklah perbelanjaannya berada di sini.

Dalam 45 minit dari Perth, Mia sampai ke Freemantle. Melalui pembacannya di blog-blog, Old Freemantle market barang dia harganya agak mahal sikit. Jadi Mia bercadang untuk shopping ole-ole di E-shed Market, di toko Bu Ade. Nama tokonya Aussin. E-shed Market ini buka pada hari Jumaat hingga Ahad je. Hari lain tutup. Nasib baiklah hari ini hari Jumaat. Jadi sempatlah Mia membeli buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia nanti. Harga barang-barang di sini boleh dirunding. Key chain harganya AUD 3.95 satu, beli banyak dapatlah diskaun.

Setelah puas memborong ole-ole, Mia ke Freemantle Chocolate Factory pula. Bagi penggemar coklat macam dia ni memang satu kewajipan lah ke sini. Coklat-coklat di sini siap ada tester lagi. Takde lah dia tersalah pilih coklat. Tapi test-test juga bagi yang islam tu kena lah tanya ada campur liquior atau tak. Kang tak pasal-pasal salah beli yang ada 'bahan terlarang' pula. Naya mak oii. Mia mula merasa coklat campur caramel. Heaven gila rasa. Sedap sangat. Sedap dia sampai rasa nak lompat bintang. Ada juga coklat yang campur cili. Memang bukan taste dia lah yang campur cili ni. Pelik dan sudah tentu lah pedas. Setelah merasa beberapa coklat, Mia membuat pilihan untuk membeli beberapa coklat yang menarik deria rasanya. Dah namanya hantu coklat, mau berbeg-beg dia memborong coklat di situ. Beli Mia jangan tak beli.

Di sini selain kedai ole-ole, Mia turut mengunjungi kedai kacang, dried foods, kedai nasi, dan lain-lain. Kacang roasted dekat sini memang the best la. Syurga makanan betul di Freemantle ini. Tak henti-henti dia merasai makanan halal yang jarang ditemui di Malaysia. Apabila perut sudah kenyang jadi aktiviti yang terbaik adalah balik semula ke bilik penginapannya. 'Solat jamak Ishak dan Maghrib. Lepas tu terus lelap,' rancang Mia dalam kepala.

Namun usai sahaja solat matanya masih lagi sedar walhal sudah seharian dia berjalan ke hulu ke hilir hari ini.

Sungguh dia rindu akan Danial dan keluarganya di Malaysia. Apa khabar mereka di sana? Handphone baru sudah dibelinya cuma tunggu masa dia menghubungi siapa-siapa di Malaysia. Tapi persoalannya siapa yang mahu dia hubungi? Danial? Naa.. Memang tak la. Sakit hatinya masih belum sembuh. Malah bertambah-tambah apabila mengingati apa yang terjadi sehingga dia membawa diri ke bumi Australia ini. Mama? Papa? Danisha? Hah, good idea. Danisha boleh menyimpan rahsianya. Lagipun dia sahaja harapannya untuk mengetahui akan khabar keluarga mentuanya itu.

Lantas dia on whatsapp. Umm, Danisha online. Jimat kreditnya.

'Assalamualaikum adik. Ni Kak Mia.'

'Kak Mia!!!! Where have you been? Abang like crazy cari akak. Opss. Walaikumusalam.' Pantas sahaja chatnya dibalas Danisha.

'Isha boleh janji dengan Kak Mia tak? Janji jangan beritahu abang nombor Kak Mia ni. Rahsiakan perbualan kita.'

'Tapi kenapa kak?'

'Kak Mia need a little time and space sebelum akak berdepan dengan abang Danial.'

'Okay. Okay. Isha faham. Isha janji takkan bocorkan rahsia ni. Kak Mia ada di mana tu?'

Tak mungkin gadis semuda Danisha faham akan perasaannya sekarang. Sedangkan dia sendiri tidak mengerti akan perasaannya. Mahu menangis, air mata seakan-akan sudah kering. Mahu marah, tenaganya seperti hilang ditelan bumi. Mahu gembira, namun masih terpalit dihatinya duka.

'Somewhere that abang Danial know the place better. Okay drop the topic. Semua sihat?'

Berbicara mengenai masalahnya membuatkan fikirannya berserabut. Dia belum bersedia untuk menceritakan masalahnya pada siapa-siapa. Biarlah dia pendam sendiri.

'Kami di sini sihat-sihat sahaja. Cuma abang worst.'

'Worst? Maksud Isha?'

Hmmm, risau juga Kak Mia terhadap abangnya. Rasa-rasanya Kak Mia tiada lah marah sangat pada abang Danial. Ya, she need some space setelah apa yang berlaku. Mungkin masa bisa mengubah segalanya. Doanya biarlah hubungan mereka kekal.

'He miss you damn much. Makan minum dia tak menentu. Selagi Isha tak paksa dia makan selagi itulah dia tak makan. Isha ada one week je lagi dekat Malaysia. Nanti siapa pula yang nak tengok-tengokkan abang?'

'Kak Mia out dulu la. Ada kerja yang perlu dibuat.'

Persoalan Danisha dibiarkan tergantung. Tak mampu rasanya dia menjawab persoalan Danisha. Danial.. Walau jauh di mata, Danial masih tetap di hatinya walaupun kecurangan Danial menghancurkan hatinya.

Daripada Mia memikirkan Danial lebih baik dia meneliti kertas kerja hotel-hotel yang telah dibina dan dimajukan papanya. Syarikat papanya dari sehari ke sehari makin merosot. Risau dia. Tapi apa yang dia boleh lakukan, dia bukannya pekerja di syarikat itu lagi. Yang dia mampu cuma melihat dari jauh. Mujur Azlin ada membantunya hal-hal berkaitan syarikat. Hal berkaitan kewangan sewaktu dia masih berada di syarikat telah dia selidik. Ternyata semua salah Mira. Mira telah menyalahgunakan posisinya sebagai Pengarah Kewangan dengan menggunakan duit syarikat untuk kepentingannya. Takpe biar Mira hidup dalam keselesaan sebelum dia menendang keluar Mira dari syarikat. Itu tekadnya.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now