Bab 11

27.5K 1K 5
                                    

"Kita nak pergi mana ni?," tanya Mia apabila menyedari bahawa dia berada di dalam kereta seorang yang tidak dikenalinya. Selepas dia ditendang keluar dari rumah peninggalan papanya oleh Azizah, otaknya kosong. Tidak tahu apa yang harus difikirkan. Yang asyik terulang-ulang di matanya adalah rumah peninggalan papanya yang meninggalkan banyak kenangan antaranya dengan kedua-dua orang tuanya. Tidak semudah itu untuk dia lepaskan rumah itu pada tangan Azizah. Tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal dia lakukan.

"Kita dah sampai pun." Mendengar jawapan Danial, Mia lantas terpandang sebuah rumah banglo dua tingkat yang dia kenali. Bukan ke ni rumah.....

Alamak ni bukan ke rumah parent dia? "Cop.. Cop.. Awak nak bawa saya jumpa parent awak ke?," tanya Mia dengan pantas. Alamak dia belum bersedia untuk berjumpa parent si Danial ni. Dia tak sangka secepat itu Danial bertindak. Dah la pakaian yang dipakainya sekarang ini tidak terurus dengan bau masakan tadi lagi. Ya Allah, malunya....

"Yup. The sooner the better. Mulai sekarang awak akan stay dekat sini. Saya tak nak awak jauh dari saya."

Gulp!! Mia menelan air liurnya. Gasak laa.

"Assalamualaikum. Ma, pa Danial dah balik."

"Walaikumusalam," jawab Datin Haslina merangkap mama Danial.

"Siapa kawan kamu ni? Cantik," puji Datin Haslina. Bakal menantu aku ke? Sopan... Tak macam yang dulu.

"Ni lah Cinderella yang Danial ceritakan tu," jawab Danial. Disebabkan dia merupakan anak tunggal keluarganya jadi tidak ada rahsia dalam kamus hidupnya dengan ibu bapanya.

"Ooo, dia ke Cinderella tu. Jemput masuk. Buat macam rumah sendiri," pelawa Datin Haslina. Mia lantas menyalami Datin Haslina sebelum masuk ke dalam banglo milik Dato' Hishamuddin.

"Papa mana ma?," tanya Danial.

"Tempat biasa lah Danial. Duduk lah dulu biar mama buatkan air," jawab Datin Haslina. Biasanya petang-petang begini Dato' Hishamuddin beriadah di padang golf. Sebelum dia menghilang disebalik dinding pemisah antara ruang dapur dan ruang tamu sempat lagi dinaikkan ibu jarinya kepada Danial tanpa Mia sedari. Danial senyum dengan reaksi mamanya. Dia sudah menjangka mamanya akan menyukai pilihannya itu.

"Awak.. Saya segan la dengan mama awak. Sepatutnya kita bincang la dulu," tegur Mia. Sakit pula hati dia bila Danial langsung tidak bertanyakan pendapatnya. Alih-alih kena jumpa parent dia pula. Dah la dia ni tak prepare mental dan fizikal lagi untuk menjawab pertanyaan dari mereka.

"Chill la. Mama saya tak makan orang pun. Dia makan nasi macam kita juga," jawab Danial. Matanya tak lepas-lepas dari menoleh ke arah Mia yang ayu bertudung.

"Tapi sepatutnya awak minta la persetujuan parent awak dulu nak saya stay sini. Nanti mereka ingat awak membelakangkan mereka pula dengan buat keputusan sendiri," tegur Mia dengan nada perlahan. 'Isyhh mamat ni aku cungkil juga mata tu. Dari tadi duk tenung aku. Ada pape kat muka aku ke or ada something wrong somewhere pada baju aku?'

"Mama dah tahu. Awal-awal lagi Danial sudah khabarkan," jawab Datin Haslina bagi pihak Danial.

"Lagipun, bagus lah Mia nak tinggal sini. Sekurang-kurangnya mama ada teman. Bosan la asyik mama je perempuan yang ada dekat dalam rumah ni," ucap Datin Haslina menyokong perbuatan anaknya itu.

"See. I know mama is the best," sorak Danial.

Dah tahu? Pelik macam mana mama Danial sudah tahu akan kedatangan dia ke sini sedangkan kedatangan dia ke rumah keluarga Danial itu bukan dirancang.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now