sesampainya di rumah Citra Nurafilya masih tetap dengan gaya merajuknya langsung tak melayan Tengku Faiz Fikri , Tengku Faiz Fikri yang bersiap siap bersama seluar trek dan t-shirt berwarna biru di biarkan seolah - olah tidak wujud di hadapannya . " citra , jomlah teman aku jogging ! " ucap Tengku Faiz Fikri perlahan . Citra Nurafilya hanya memekakkan telinga. pura - pura tidak dengar sungguh dia masih marah DAN Malas mahu melayan ! " citra , jomlah ! Aku minta maaflah pasal tadi . Sudah sudahlah merajuk , kau tahu tak muka kau yang cantik ni hodoh betul bila kau merajuk . Macam orang nak mati ja ! tak percaya kau cuba tengok muka kau dekat cermin" tutur Tengku Faiz Fikri perlahan .
citra nurafilya mendiamkan diri lagi . lagi bengang bila dengar Tengku Faiz Fikri berkata begitu . lagi masam mencuka mukanya , bibir di juihkan tanda meluat "citra , jomlah aku minta maaf . takkan kau tak kesian dekat aku jogging sorang sorang , aku dahlah segak nanti orang culik aku macam mana ? " ujar Tengku Faiz Fikri lagi mengumpan , cuba nak raih rasa kesian Citra . dia tahu itu kelemahan. Citra. citra nurafilya pantas menjawab " i don't care lah . culiklah . tak penting pun kau ni kalau ada menyusahkan aku buat apa . " balas Citra ego benar , dia tak sedar apa dia cakap .
Tengku Faiz Fikri memasamkan mukanya, tak sangka begitu respon Citra . " what ? , takpalah kau memang tak sayang aku kan . hm semua orang tak sayang aku . Tak nak teman lain kali kau cakap elok elok lah tak nak . ini tidak kau kutuk aku lagilah . takpalah bye . " ucap Tengku Faiz Fikri dan terus berlalu. kecewa benar dia dengan layanan Citra. citra nurafilya mula rasa bersalah. ' sekarang siapa yang merajuk ni ! ' bebel Citra Nurafilya perlahan dahi nya ditepuk perlahan , apa kau buat ni Citra. langkah Tengku Faiz Fikri yang semakin jauh meninggalkannya dipandang sepi. jauh disudut hatinya nak saja dia maafkan Tengku Faiz Fikri tetapi egonya tetap menghalang untuk berbuat demikian. Egonya yang salah ! Citra Nurafilya naik ke biliknya , iphone 7 yang berkelip kelip disisi katil dipandangnya
' aku sakit tahu kau buat aku macam ni. aku struggle nak kenal kau Citra even kau layan aku nak tak nak tapi aku takkan mengalah macam tu Citra . aku akan buat kau suka aku Citra. aku janji. Citra, aku tahu aku lewat , aku tak tunaikan janji aku . aku minta maaf . please forgive me dear . ' - mamat poyotik - tik
' aku tahu kau baca , tapi kau tak nak reply . tolonglah aku minta maaf . aku janji tak buat lagi . aku ada emergency case waktu tu sayang . tolonglah faham hati bakal ketua pelajar mu ni sama . ' - mamat poyo
- done edit ✅✅-
^p/s : maaf pendek . saya busy sikit tapi saya cuba update ya . tolong vote dan komen untuk update seterusnya . salam sayang @berrynurul on instagram💖
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
RomanceCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...